Mohon sebarkan

Islam Hadhari: Satu konsep yang mengeliru dan mengugat akidah umat Islam Malaysia

Posted on Tuesday, February 19 @ 23:42:37 MYT by SongkokPutih

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Latarbelakang
- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia
sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam
bahasa Melayunya "Islam Bertamaddun". Islam Hadhari atau Islam
Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah
10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya
Nabi Muhammad saw pula mempunyai 5 rukun.

Niat dan matlamat
sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Nama nya yang
bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah
Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal.
Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan
rukun Islam asal.

Permasalahan
Islam
Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah
kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang
bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama
Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan
tinggi menjadi kelam kabut. Antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:

1. Penerusan
Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda
terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus
berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.
2. Konsert
dan program hiburan yang melampau secara "live" dan melalui media massa
meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.
3. Isu
murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar dari
Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat
belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk
mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas.
Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak mentah-mentah.
4. Gejala
maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di
kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka
beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan
diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.
Penegasan dan Gesaan
Cara
Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan
yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih
dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan
akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat.
Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.
Dengan
demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian
akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia
seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan
kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

19 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Mohon sebarkan
|
This entry was posted on 9:13:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Komentar: