sEkadar ajaKan dariku ~~
1:56:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Kepada sahabat-sahabat yang sedang menuntut di Multimedia Universiti khasnya, dan masyarakat di sekitar Multimedia Unviversiti amnya. Di sini, sukalah saya maklumkan bahawa pada 11 Ogos 2008 ini, kelas pengajian ilmu akan bermula di Masjid Al-Irsyad Multimedia Universiti kampus Melaka. Bersempena dengan itu, suatu majlis ceramah dan sekaligus perasmian kelas pengajian ilmu ini akan diadakan pada 13 Ogos 2008. Butiran kelas pengajian adalah seperti di bawah :



Hari

Tenaga Pengajar

Perkara

Isnin

Ustaz Najib Kassim

Mustika Hadis

Selasa

Ustaz Ahmad

Ahyatul Ahkam

Rabu

Ustaz Amsyari

Tajwid dan Tarannum

Khamis

Ustaz Husaini

Akidah (2 bulan sekali)

Jumaat

Pelajar-pelajar Arab

Hadis 40 (Bahasa Arab)



Tarikh bermula : 11 Ogos 2008

Masa : 7.45 p.m. - 8.35 p.m. (Antara maghrib dan isyak)


Kelas pengajian ini telah dianjurkan oleh Institusi Usrah kampus Melaka dan Arabic Language Society (ALS) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia Universiti.


**********************************************************************************


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Abu Umamah r.a


Di dalam kitab minhajul a'bidin karangan imam al ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu.


Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal.Ilmu dan amal diibaratkan
sebagai 2 permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata
amal.

Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia sia, tidak akan diterima
kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah nabi s.a.w.Ilmu
merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.Orang
yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam
tanpa cahaya,kekadang ular pun di sangka kayu api.amatlah bahaya
kehidupan tanpa ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita
tentang pentingnya ilmu.Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah.Ini kerana,Firman Allah Taala
yang bermaksud "

"hanyasanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan
ulama'(org alim)"

Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok,maka amal diibaratkan sebagai
buah.daripada ilmu terbit amal.Bak kata pepatah arab,ilmu tanpa
amal,umpama pokok yang tidak berbuah.

Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai
oleh Allah Taala,jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan"

Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan
dan amalan.Allah menegaskan dalam firmannya dalam surah as-saff ayat 2-3, yang bermaksud


"Wahai orang2 yang beriman,mengapa kamu perkatakan sesuatu yang
kamu tidak kerjakan"."Sangatlah benci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak
memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.

Saya masih teringat lagi kata-kata sahabat saya, akhi Hamdi yang sekarang ini berada di Mesir, (Hamdi, ana rindu kat enta..huhu)

"Alang-alang menjadi muslim, biarlah ke syurga..Alang-alang beramal, jangan sampai Allah murka".

Syukran akhi Hamdi, kata-kata enta, ana pegang insyaAllah.

Sekadar itu sahaja, wassalam.

This entry was posted on 1:56:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Komentar: