TEORI BEBAL DARWIN
10:54:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Saya membaca satu buku mengenai keruntuhan teori evolusi di dalam buku "MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN".Boleh tahan tebal buku ni. Namun ketebalan tidak menjadi faktor penghalang untuk saya baca. Isi-isi buku ni hebat. Mengupas dalam kebatilan dan kepalsuan pemikiran kabur sang pendusta. Teori pincang ni telah menjadi asas kepada semua falsafah anti-kepercayaan spiritual di muka bumi ini. "Perjuangan Untuk Terus Hidup" merupakan selogan keramat Darwin untuk menjajah dunia seluruhnya. Teori ini mengaplikasikan Undang - Undang rimba ke tabiat manusia, siapa kuat menjadi raja dan siap lemah akan tetap menjadi hamba.


Gambar-gambar ini merupakan menggambarkan penderitaan,
ketakutan, keganasan dan kesengsaraan yang telah dilakukan oleh Hitler
dan mereka yang berkongsi pandangan dengan beliau terhadap manusia.
Darwinisme menjadi punca pokok mimpi ngeri ini, masih terus menyiksa
manusia seluruh dunia.


Kebencian Hitler terhadap agama


Walaupun belum habis membacanya, tapi saya dapat merumuskan satu sebab mengapa manusia merasakan satu keinginan yang mendalam kepada kehidupan duniawi dan menolak agama ke tepi adalah anggapan bahawa kehidupan adalah kekal.

Dengan melupakan bahawa kematian pada bila-bila masa akan mengakhiri kehidupan, manusia mudah merasakan bahawa ia mampu mengecapi hidup yang gembira dan sempurna. Sebenarnya, mereka terang- terangan menipu diri sendiri. Kehidupan dunia hanyalah sebuah tempat sementara di mana Allah menguji manusia.

Ini adalah sebabnya mengapa manusia diciptakan serba kekurangan dan jauh daripada mencukupi untuk memuaskan keinginan dan keperluan manusia yang tidak terbatas. Setiap benda yang mempersona di dunia ini akhirnya akan ketinggalan, rosak, reput dan lenyap.

Ini adalah hakikat yang tidak pernah berubah.


This entry was posted on 10:54:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Komentar: