Salahuddin Al-Ayubi
11:57:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin




Salahuddin Al-Ayubi dibesarkan sama seperti anak-anak Kurd biasa. Mempunyai latar belakang pengajian yang juga sama seperti kanak-kanak lain, belajar ilmu-ilmu sains disamping mempelajari seni mempertahankan diri dan selok-belok peperangan.

Stanley Lane Poole, seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang anak gabenor yang rendah diri dan mempunyai potensi yang amat hebat tetapi tidak ditonjolkan potensi itu sehinggakan orang tidak menyangka beliau akan menjadi seorang yang hebat dan disegani pada masa hadapan. Tiada siapa pun menyangka sebelum beliau menguasai Mesir dan menentang tentera Salib, bahawa beliau suatu hari nanti akan berjaya merampas kembali Palestine dan menjadi pembela akidah Islamiyyah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan menjadi role model kepada ahli-ahli gerakan islam seluruh dunia sehingga ke hari ini ! Dalam diam, beliau membina potensi diri sehingga dapat meledakkan kemenangan besar tentera islam terhadap tentera Salib.

Meninggalkan kesenangan

Setelah Salahuddin tahu yang Allah telah mentakdirkannya dengan satu tanggungjawab yang berat, lantas beliau meninggalkan segala kesenangan dunia untuk memulihkan kembali kekuatan Islam ketahap yang begitu kuat bagi menghalau orang kafir dari tanah Islam. Beliau banyak menghabiskan masa di khemah-khemah peperangan berbanding istana dan ahli keluarganya.

Semangat jihad

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Kadi Bahauddin, 1234)

Salahuddin seorang penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane Poole mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Di samping itu, beliau juga seorang yang wara' dan suka mendalami ilmu-ilmu agama. Semangat yang berkobar-kobar untuk memenangkan islam terserlah dalam siri peperangan beliau mementang orang kafir.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Nah, inilah Salahuddin Al-Ayubi. Sepertimana namanya, dialah pembaik kepada agama ini suatu ketika dahulu. Apa yang saya ingin simpulkan, kita sebagai penggerak islam seharusnya meneladani sifat dan semangat yang ada pada jasad seorang paglima perang ini dan pembebas tanah air Palestine ini.







This entry was posted on 11:57:00 AM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Komentar:

On January 27, 2009 at 4:50 PM , TheBaginda said...

Sirah tokoh2 dahulu kito kena ambik kiro. banyok pengajaran yang boleh kito ambik. betol dok?

 
On January 30, 2009 at 4:07 PM , ..: nurafaz :.. said...

...: Salahudin Al-Ayubi :...
..: Penakluk Jurusalem :..

Buku karya Abdul Latip Talip... menceritakan kisah pahlawan terkemuka ini.

Lihatlah betapa teguhnya semangat jihad dalam dirinya, betapa kuat pegangannya pada agama, dan betapa org lain gerun akannya apabila berbicara tentang peperangan...

...: Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia :...

 
On February 1, 2009 at 2:59 PM , amel said...

mana nak dapat movie tu? lama dah cari...

 
On February 1, 2009 at 6:43 PM , Nik said...

Nik to amel :

Hm, aku pun tak pasti kat mana nak dapatkan movie ni. dah laama aku cari. Kepada sesiapa yang ada, harap kita dapat kongsi movie ni. Nak sgt tengok.