AKU PERLU BERUBAH
4:11:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Malam itu, saya dibentak keras oleh senior-senior dalam sesi muhasabah. Mereka mengigatkan saya mengenai kondisi diri yang kelihatan lemah dan tidak terarah dalam memacu organisasi. Saya hanya mendiamkan diri dan cuba untuk menerima apa yang mereka katakan walaupun pedih dan memeritkan. Saya cuba menahan emosi kerana saya tahu itu adalah ujian atau teguran daripada Allah direct kepada saya yang selama ini selalu lalai dan lemah. Saya sedar itu.

Saya balik ke rumah dengan harapan besar untuk berubah, menjadi seorang yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Mata saya tertumpu tajam ke arah skrin laptop tatkala fikiran mula menerawang jauh mengoyak sejarah tokoh-tokoh islam kontemporari. Saya teringat Abdul Qader Awdah, Dr Abdullah Nasih Ulwan, Syiekh Faisal Molawi dan Dr Abdul Majid Zandani. Mereka sangat tegar mempertahankan islam walaupun menghadapi tribulasi yang hebat. Dr Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin Afghani juga terlintas dibenak fikiran. Mereka mempunyai ciri-ciri Qiadah Sulbah yang amat hebat ! Saya cuba untuk menghirup semangat mereka.

Saya terasa begitu kerdil. Organisasi yang kecil ini pun tercungap-cungap untuk dipikul. Apatah lagi yang besar. InsyaAllah saya akan cuba belajar dan perbaiki diri. Saya bersedia untuk dilatih dengan latihan kepimpinan. Ada sesiapa tawarkan latihan ini? Saya bersedia...
This entry was posted on 4:11:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Komentar:

On March 20, 2009 at 12:30 PM , Deen said...

sape yg tegur tu?!
nk sy fire diorg balik..??hahahha
bg sy....abg dah ok dah...
utk ubah tuk lg bagus tu pun ok gak...
harap2 nnt bleh berkerjasama ngn abg lg...

 
On March 20, 2009 at 3:56 PM , Nik Muhammad Amin said...

sapa yang tegur? hu3!, mustilah senior-senior yang nak tengok Islam kembali berpencak di bumi MMU. nak fire diorang? huhu! boleh jugak, nanti abg datang bilik din utk brainstorming soalan2 maut utk hentam diorang..haha!

nway, gurau jer..abg sgt berterima kasih kepada senior2 yang tegur abg, dan abg suka orang yang tegur secara berdepan dari cakap2 belakang.

nak bekerjasama ngn abg lagik? workeh, no hal. abg ada satu plan besar dan bahaya serta memerlukan think tank seperti din. takpe nanti kita bincang..hu3!!