Tuhan Tidak Ada !
5:40:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Suatu petang, seorang pelanggan datang ke kedai cukur rambut. Ingin trim rambut yang dah menebal dan berserabut. Kemudian, perbualan hangat antara pencukur rambut dan pelanggan tentang isu semasa negara yang kian menggerutu. Sesaat, perbualan mereka beralih kepada isu tauhid - kewujudan tuhan.

Kata pelanggan itu, "Tuhan tidak wujud ! Tidak sesekali ada"..Si pencukur rambut tadi heran dengan kenyataan pelanggannya itu. "eh, dia ni betul ke sewel?", monolog dalaman si pencukur. "kenapa kamu katakan yang Tuhan tak wujud?!", tanya si pencukur dengan nada marah.

"Cuba kamu tengok kat luar sana (sambil menghala jari telunjuk keluar tingkap), ramai orang yang sakit dan miskin. Kehidupan kat luar sana terumbang ambing, caca merba! Masakan Tuhan wujud !..Saya tak dapat bayangkan Tuhan yang Penyanyang boleh membiarkan semua itu terjadi", tegas pelanggan itu.

Si pencukur hanya terdiam. hairan dan keliru dengan pelanggannya itu.

Selepas selesai mencukur rambut, pelanggan itu meniggalkan kedai. Beberapa minit dia meninggalkan kedai, dia terlihat, ramai orang yang tidak terurus rambut mereka. Rambut yang tebal dan kotor. Dan sesetengahnya, ada rambut yang kusut dan busuk ! Pelanggan tadi lari kembali menuju si pencukur rambut tadi. Dia kata kepada si pencukur, TUKANG CUKUR TIDAK PERNAH WUJUD !

Tukang cukur makin bertambah keliru dengan pelanggannya tadi. "Bukan ker aku yang cukur rambut kamu tadi?!", jawab si pencukur kemarahan. "Kalau ada pencukur rambut, masakan ade lagi orang yang tak terurus rambut mereka, jelik!", pelanggan itu mencelah. "Saudara, bukan tukang cukur tak ada, tapi salah mereka yang tak cari aku..", tegas si pencukur.

"hm, betul jugak kan..baru aku tahu hakikat sebenar. Oh, jadi sama la dengan tuhan, TUHAN ITU ADA. tapi sebaliknya, CUMA KITA YANG TAK MAU DATANG kepadaNya. Sebab tu la ramai lagi yang sakit dan tertimpa kesusahan hati kat dunia ni..

Si pencukur tadi tercengang !


Kita sering meminta kepadaNya, tetapi
apabila ditunjukkan, kita
sendiri yang mengsia-siakannya.
Jawapan Allah tidak kita dengar.
Jalan yang ditunjukiNya, tidak kita ikuti.
Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan.
Mengapa ini terjadi?

Sebuah adaptasi ~
This entry was posted on 5:40:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Komentar:

On July 13, 2009 at 6:43 PM , Mawar berduri said...

pnulisn yg mnark dan brbekas pd hati..pasti ssuai utk pngisian tazkrah bersama adik2 baru..izinkan sy utk copy right bole tuan blog?

 
On July 13, 2009 at 8:48 PM , Nik Muhammad Amin said...

Salam,

Boleh Mawar Berduri, silakan..

 
On July 13, 2009 at 11:45 PM , mohamad said...

salam..

Amin,perkongsian cerita yg sgt2 menarik dn benar..

setuju ngn mawar beduri tu..elok di'share'kn mase tazkirah..buat org yg t'lupa m'cr tuhannye..

mohon izin copy utk manfaat yg lain..

 
On July 14, 2009 at 2:04 AM , Mata Hati said...

Jalan dan tujuan..
Dunia menyediakan jalan
kepada orang yang punya tujuan.
Bila tujuan seorang hamba menuju Allah,
pasti akan ditunjukkanNya
menerusi sunnah!

 
On July 15, 2009 at 11:41 PM , Anonymous said...

salam..

sy pun nk copy..
minta keizinan
smg para pembaca yg bakal baca
akn dapat manfaatnya..

 
On July 16, 2009 at 10:48 AM , Nik Muhammad Amin said...

ok boleh..

 
On July 20, 2009 at 11:08 PM , Nur 'Adilah said...

salam..
boleh x kalau sy nak copy jugak??
utk dikongsikan b'sama budak2 di cyber & sekeliling nya..

 
On July 22, 2009 at 11:10 AM , Nik Muhammad Amin said...

sila2..

 
On August 4, 2009 at 11:36 AM , Nurul Elfira Mohd Pahamin said...

:->