"lampu isyarat" dari Tuhan
9:37:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Kemenangan dalam perjuangan Islam bukan diukur pada kejayaan meraih kekuatan ekonomi, keupayaan ketenteraan atau kukuasaan politik semata-mata. Yang lebih penting ialah sejauh mana, dalam usaha tersebut, hukum hakam Allah berjaya ditegakkan.

Jika kekuatan ekonomi tercapai dengan cemerlang tetapi meinggirkan hukum-hakam Islam dalam urusannya, maka perjuangan itu dikira gagal. Begitu juga perjuangan dalam bidang politik, jika untuk berjaya apa sahaja dilakukan sehingga melanggar batas dan kehendak Islam, maka ianya adalah satu kegagalan. Justeru, Islam menentang prinsip politik ''tujuan menghalalkan cara''. Tujuan yang digunakan hendaklah berpandukan hukum-hakam Allah.

Sekiranya dengan berpegang teguh pada hukum Allah, kekuatan ekonomi atau politik tidak dapat dicapai sepenuhnya, maka perjuangan Islam tetap dikira menang wlaupun dipandang ''gagal'' mengikut kaca mata biasa. Tegasnya, hukum Allah adalah matlamat yang tidak boleh digolok-gadai, sedangkan kekuatan ekonomi, ketenteraan dan politik hanyalah alat. Matlamat tidak boleh dikorbankan hanya kerana terlalu ghairah ingin mencapai alat !

Sebenarnya dengan mematuhi hukum-hakam Allah ini dapat mengatasi kemunduran, kejatuhan, kemerosotan, kemelesetan dan sebagainya. Namun, kalau berlaku juga kegagalan pasti ada pendekatan yang salah digunakan. Adalah salah sama sekali kita beranggapan bahawa dengan mematuhi hukum-hakam Islam itu akan menghalang kemajuan dan pembagunan.

Bahkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Mematuhi hukum-hakam Allah inilah menjadi penjana dan pemangkin kemajuan dan pembangunan, yang bersih daripada sebarang kesan sampingan yang negatif. Bukti telah menunjukkan betapa sistem kewangan Islam perbankan, takaful, pajak gadai dan lain-lain telah tumbuh dan berkembang di Malaysia. malah sambutan orang bukan Islam turut memberangsangkan. Ini menunjukkan sistem berteraskan hukum Allah, punyai potensi besar untuk cemerlang.

Selain itu perjuangan Islam tidak dituntut setakat persoalan keluarga, tetapi turut dituntut menegakkannya berterusan malah lebih meluas. Dengan perjuangan itulah nantinya mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih global kerana hanya dengan pembangunan dan kemajuan yang lebih tinggi sahaja hukum Allah ditegakkan dimata dunia.

Dalam perjuangan kita dituntut memartabatkan Islam selaras dengan ungkapan Ibn Abbas r.a, "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi mengatasinya". Justeru hukum-hakam Islam mesti diletakkan di tempat teratas bagi menyelesaikan "halangan" untuk mencapai kemajuan. Islam adalah agama yang dinamik dan hukum-hakam Allah itu suatu yang realistik dan praktik. Jadi, Islam bukan halangan tetapi kawalan dalam usaha memburu kejayaan dunia.

Hukum Allah boleh diibaratkan sebagai lampu isyarat di jalan raya yang fungsinya sebagai kawalan agar perjalanan kenderaan sentiasa selamat. maka, selama kita mematuhi lampu isyarat itu, selama itulah kita akan bebas bergerak ke mana jua arah dengan selamat. Begitulah hukum Allah yang hakikatnya "lampu isyarat" dari Tuhan untuk mengawal perjalanan hidup kita.





Undergoing MyBlogLog Verification
This entry was posted on 9:37:00 PM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Komentar:

On August 4, 2009 at 12:13 AM , bikrunnajah said...

mksdnye hukum hakam Allah tu adalah lampu isyarat dr Tuhan??

 
On August 4, 2009 at 12:33 AM , Nik Muhammad Amin said...

bukan. itu hanya perumpaan.. sebab manusia biasanya susah nak faham sekiranya tidak diberi analogy yang ada disekitar mereka.

anyway, perumpaan hukum hakam Allah adalah seperti lampu isyarat sangat bertepatan ana kira..

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf."
(surah al-Anam 6 : 126)

~hanya sbuah perkongsian artikel

 
On August 5, 2009 at 12:24 AM , Anonymous said...

trme kasih. perkngsiaan yg baaik..

 
On January 12, 2011 at 12:04 PM , Anonymous said...

Adakah ini di copy paste dari laman web telaga biru?

 
On January 12, 2011 at 1:20 PM , Nik Muhammad Amin said...

tak, ini dari majalah solusi. edisi awal-awal dulu. Juga ada dalam telaga biru dan beberapa website yang laain.