Study Kes
1:52:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Selesai saja buat report malam tadi, saya terus mencapai katil. Dek kerana kepenatan setelah seharian 'menjalar' atas muka bumi ni. Saya cuba untuk tidur namun otak masih berputar ligat memikirkan beberapa masalah yang timbul kebelakangan ini. Walaupun masalah ni tampak kecil, pun begitu jika dibuat pemerhatian secara halus, ia mempunyai beberapa segmentasi yang perlu ditangani secara baik.

Study Kes 1 ;

Aisyah seorang yang sangat aktif bergiat dalam persatuan. Banyak persatuan, badan-badan pelajar yang dia ikuti. Suatu hari, Aisyah melepaskan kebimbangan, bagaimanakah cara untuk meletakkan keutamaan apabila dia terpaksa membuat keputusan sama ada untuk ke program tamrin yang dianjurkan oleh sebuah persatuan islam, atau ke program sukan tahunan anjuran MPP di sebuah kampus. Masalah yang timbul adalah, Aisyah merupakan Hicom dalam barisan komiti program sukan tahunan itu, dan dia diperlukan semasa program itu sedang berjalan. Dalam masa yang sama Aisyah ingin ke program tamrin tersebut. Aisyah kini dalam dilema. Apa yang perlu Aisyah buat ?

Study Kes 2 ;

Kelab bahasa di sebuah kampus menghadapi beberapa masalah kritikal. Iaitu, kekurangan tenaga lelaki bagi menggantikan barisan kepimpinan kelab pada sidang hadapan. Tenaga perempuan ramai, tiada masalah. Presiden kelab tersebut, Zamir, telah mengadakan perbincagan khas bagi menangani kemelut ini. Dalam perbicangan itu, ada suara-suara yang mengatakan ;

1. perempuan ramai, tapi tidak pandai berdikari.
2. perempuan banyak idea, tapi gerak kerja zero. Sembang deras.
3. Perempuan tidak mampu memipin dengan baik.
4. lelaki dah la sedikit, slow dan manja pulak tu.
5. lelaki sedikit, kerja berterabur dan tidak sistematik. Sembang deras.

Situasi ini hanya meletakkan Zamir dalam kepinga-pingaan yang berpanjangan. Kerana, harapan Zamir mahu melihat kelabnya itu pergi lebih jauh dan kembali bertenaga agar kelabnya itu mampu memainkan peranan sebagai sebuah wadah yang unggul dan memberi impak kepada seluruh masyarakat kampus. Zamir dihinggap seribu satu tanda tanya..

Persoalan yang timbul ini adalah benar. Pada hemat anda bagaimana?

This entry was posted on 1:52:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Komentar:

On April 1, 2010 at 2:49 AM , Anonymous said...

Kes 1 :

Aisyah perlu grab kedua-duanya sekali. klu sukan tuu boleh run tnpe dia (kira bkn main prson on that day) dan ada org bleh backup, so bleh lh aisyah tu gi tamrin.

Kes 2 :

tukar kelab bahasa tu jd kelab perempuan lh, gamaknya..

 
On April 1, 2010 at 3:00 AM , aMeL said...

cakap je la kisah sahih...
solusi pandangan diri ini mengikut urutannya.

Kes 1:

1. Istikharah & minta dipermudahkan.
2. Dapatkan pelepasan jika berat ke tamrin.
3. Dahulukan tanggungjawab.


Kes 2:
(dari segi pemilihan, tak tertakluk hanya pada ahli)

1. Amanah pada tanggungjawab.
2. Boleh memimpin.
3. Bijak bertolak-ansur.
4. Tahu mengatur strategi.

 
On April 1, 2010 at 3:55 AM , Deen said...

Pada saya,

Kes 1 :

Aisyah kena utamakan tanggungjwb dulu...kalau nak gi tamrin mmg kena ada org backup tuk program sukan tu...tp kebiasaannya yg backup ni akan blur sbb dia tak begitu memahami ape tugas2 dia & tak mengikut perkembangan dari mula...jadi pentingnya peranan aisyah wkt program tu berjalan...sbb dia faham akan situasi..melainkan backup tu pun mmg expert dah...

ape2 pun terserah pd diri 'Aisyah' tu sendiri

Kes 2 :

mmg agak susah gak yg ni
masih cuba mencari solusinya kerana masalahnya lebih kurang sama ngn pemimpin2 persatuan lain juga...

 
On April 1, 2010 at 10:12 AM , =_+ ! said...

nak kene jwb neh,
tapi kjp lg lah,
sbb adew kelas jap lg,

ada studi kes lain x?

 
On April 1, 2010 at 10:30 AM , Nadiah Arisya said...

study kes 2..pompuan mmg byk brsembang tp brtanggungjwb tau.
ble diaowg dberi amanah,kerja 2 akan siap pd msnya..tp depends gak kat seseowg..

 
On April 1, 2010 at 12:58 PM , =_+ ! said...

im back,

pada ana, pmpuan2 yg ada dlm mmu, iu khususnya xsprti apa yg abg nik tulis tu. sbb, pd pngamatan ana deorng jauh lbh baik dr llaki.

dr sgi gerak krja, krja bpasukan,smgt, iltizam,komitmen sgt bguss. deorng x bnyk smbang, tp kerja baik. semata2 utk Islam. ana hormat prmpuan2 dlm iu, walaupun ana llaki (malu dowh..)

utk llaki pulak, mmg deorng x ramai. tp so far ukhuwah dan bond antara kami kuat jer. hahahe, yg part kami slow dan manja tu mungkin betol. ana pun rse mcm manja je, sob3..ye2 ana cuba ubah :(

klu llaki sikit tu kuat, pmpuan ramai dn kuat, kte mmpu create POWER dlm iu.

 
On April 1, 2010 at 6:18 PM , Anonymous said...

salam.

pendapat saya

kes 1:

kt sini dpt lihat Aisyah diperlukan untuk program tersebut. Aisyah memegang satu tanggungjwab yg dia tak sepatutnya berikan pada org lain sebagai backup. Takut nanti jadi perkara yg lain. Kita tak tahu apa akn berlaku..
Aula ya aisyah.

kes 2 :

berat tuk saya utarakan pendapat saya. bukan mudah untuk memimpin baik pada seorg laki @ perempuan.. tp kita semua adalah pemimpin.. itu kronologi sebagai seorang manusia.

kat sini.. saya setuju dengan pendapat abang kamel, even semua tu perlukan usaha yg lebih untuk dicambahkan dlm diri..

 
On April 2, 2010 at 1:08 AM , Nik Muhammad Amin said...

akhirnya ada sdikit mse utk menjenguk teratak peribadi. alhamdulillah dah abes midterm. mnghitung hr dn mngatur langkah utk final pulak.

monolog ~ amboih, prsiapan utk exam (dunia) teratur gitu. prsiapan utk mati? hm moga2 jauh lebih hebat dr prsiapan utk prkara smentara ni..ameen..islam tidak mngajar kita utk takut pd mati, tapi islam ajar utk brsedia dgn mati..

study kes :

sbnarnya study kes ni adlh kolusi drpd prbincangan dgn shbt2 kampus lain.

Kes 2 : qaidah sulbah !

Qaidah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jamaah. Dalam istilah lain, ia boleh juga digelar sebagai prime mover, atau kumpulan elit, atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.

Nabi Muhammad SAW juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja baginda. Khalid al-Walid dan Hubbab al-Munzir adalah strategis peperangan. Umar al-Khattab mempunyai pandangan yang jauh. Huzaifah al-Yamani sebagai perisik. Banyak lagilah. Begitu juga Abu Bakar yang banyak membantu baginda dalam banyak hal.

Abu Bakar juga menjadikan Umar al-Khattab sebagai perancang bersama beliau. Umar tidak dibenarkan untuk keluar daripada bumi Madinah sepanjang pemerintahan beliau meskipun untuk peperangan. Pandangan Umar sangat penting untuk membantu urusan pentadbiran khilafah ketika itu.

Umar pula menjadikan sahabat-sahabat daripada 10 orang yang dijamin syurga menjadi Qaidah Sulbah.

Qaidah maksudnya kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting bagi seseorang. Apabila tulang belakang bengkok, maka ia memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.

Bolehlah seseorang hidup dengan sempurna sekiranya tulang belakang mereka rosak, atau bengkok? Maka begitu juga kesimpulan kepada sesebuah gerakan. Gerakan tidak akan mampu menjadi enegetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan Qaidah Sulbah yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.

Berikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah

• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas

Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh kita perincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah? Saya berikan beberapa idea

• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu

 
On April 2, 2010 at 2:49 AM , Hamba said...

soal kepimpian, ramai yang pandang mudah jer. tak tahu naper.

Hamba