Montaj Ekspedisi Gunung Senyum. Saje je buat bila-bila ada masa terluang. Size asalnya adalah 1.7 GB, even durasi montaj hanya selama 4 minit sahaja. Besar sungguh. Tapi kondisi gambar dan effect betul-betul kow la. Puas hati tengok. Tapi untuk di'upload'kan ke dalam youtube, terpaksa compress size. Hasilnya seperti di atas. Namun, pada saya ia tetap syok, hehe. Sekarang tengah tunggu gambar-gambar IU Sport Fiesta. Kalau saya rajin, insyaAllah nak buat satu untuk Iu Sport Fiesta. Download la kalau nak :p

Seringkali hal-hal yang dianggap kecil akan mengakibatkan penyesalan besar bila diremehkan. Seperti kisah seorang anak kecil berlari dengan tergesa-gesa menuju ibunya lalu berkata, "Bu, apa nama lubang yang ada di depan rumah kita? Ibunya menjawab, "Ibu sedang sibuk masak. Pergi tanya ayah kamu!" Anak itu pun berlari menuju ayahnya dan menanyakan perkara yang sama, "Ayah, apa nama lubang di depan rumah kita?" Ayahnya menjawab, "Ayah sedang membaca Al-Quran. Pergi tanya kakakmu!"
Kemudian anak itu berlari ke arah kakaknya dan menanyakan hal yang serupa, "kak, apa nama lubang di depan rumah kita?" Si kakak menjawab, "Namanya sumur." Anak kecil tu kemudiannya berkata, "kak, cepatlah pergi ke lubang itu. adik kita jatuh ke dalam lubang itu, Kak."
Saya terfikir, kalau perkara yang melibatkan Sunnatullah memerlukan agar kita tidak memandang remeh dalam hal tersebut, apatah lagi apabila melibatkan perkara Syariatullah. So, kalau memandang remeh pada dosa yang dilakukan bagaimana? Huh, saya berdoa agar Allah kuatkan diri saya merempuh kehidupan di belantara MMU ni. Sangat tak mampu untuk meniru sahabat nabi yang melihat dosa seperti gunung yang akan menghempap diri. Tapi tak pula meniru golongan yang menganggap dosa seperti lalat yang hinggap di hidung. Bisa tepis bila-bila masa. Pun begitu, saya akan cuba sedaya upaya.
Setiap orang akan dihukum oleh dosa yang dilakukan. Cepat atau lambat hanya soal waktu. Lebih cepat lebih baik, biar segera sedar dan mengambil pelajaran besar.


Komik Peanuts sangat menarik. Ada suatu kisah apabila Lucy berjalan ke arah Charlie Brown. Charlie sedang bersandar pada dinding sambil menopang kepala. Lucy memandangnya lalu berkata, "Lemah semangat, Charlie Brown?"
"Masalah kamu ini sebenarnya," katanya selepas Charlie tidak menghiraukan soalannya., "Masalah kamu ini sebenarnya kerana kamu adalah kamu!"
"Jadi apa yang boleh saya buat?" balas charlie dengan rasa jengkel.
Lucy menjawab, "Saya tidaklah pandai menasihati orang lain. Saya hanya dapat tunjukkan masalah kamu sahaja."
Individu yang suka membantu orang lain tidak bertindak seperti Lucy. Kebanyakan mereka bersikap seperti Henry Ford yang berkata, "Jangan cari kesalahan sahaja, carilah jalan bagi menyelesaikannya."
Dalam organisasi, ramai yang bertindak seperti watak Lucy dalam kartun Peanuts. Mereka gemar melambakkan masalah ke meja pimpinan organisasi, kemudian pergi mengumpul masalah lain pula :p

Ada orang beriman, tapi tiada cahaya padanya. Sebab apa? Sebab dilitupi oleh dunia. Iman yang ada itu tak bermanfaat. Tak usah untuk memberi manfaat pada orang lain, nak bagi manfaat pada diri sendiri pun tak mampu. Sebab, serabut dengan dosa. Bandingan iman kita macam kipas angin. Walaupun power kuat, tapi habuk banyak, masih tak boleh rasa kesejukan angin.
Sahabat, mungkin kita disalai neraka. Berwaspadalah.
Ingatan untuk diri yang hina dina.

Cheetah memang haiwan yang hebat. Ia antara haiwan yang terpantas di dunia ini, boleh berlari selaju 70 batu sejam. Namun harimau ini hanya pantas berlari. Sekiranya ia tidak dapat menagkap mangsanya pada terpaan pertama, harimau ini akan kelaparan. Ia tidak dapat berlari lama dalam jangka panjang adalah kerana mempunyai jantung yang kecil.

Rahsia melakukan perubahan itu selalunya berkaitan dengan disiplin.
Kebanyakan kita sibuk, tetapi kehidupan kita tidak berdisiplin. Kita mempunyai senarai 'perkara yang mesti di lakukan' (to do list) yang semakin hari makin banyak, cuba membina momentum dengan asyik memanjangkan lagi jumlah perkara yang perlu dibuat - dan menambah lagi. Ia jarang berkesan. Mereka yang berjaya meningkatkan diri, akademik dan organisasi daripada baik kepada bagus membuat senarai 'perkara yang perlu dihentikan' sama banyak dengan senarai 'perkara yang perlu dilakukan'. Mereka mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dengan membuang perkara yang tidak berguna. Perkara yang tidak penting dan tidak bermanfaat, sila lemparkan ke dalam senarai 'tong sampah'.
Moga ia menjadi peringatan buat diri dan taulan :p
2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kemabli dan mengaku tuhan/penyelamat.
Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.
Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:
Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari
Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.
Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.
Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?
Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.

Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo


Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayanya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Al-Qiaamah 1-12

sumber : http://holywar-efairy.blogspot.com/




Syukur. Itulah perasaan saya apabila melihat gambar-gambar di atas. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah saya dahulu mula mendapat rentak tersendiri. Ayuh adik-adik nuqoba', perkasakan tarbiyah bagi menjana qiyadah yang unggul. Ayuh kita bajakan kembali tanah yang gersang ini. Teringin untuk bersama adik-adik dalam melakar 'order' baru tarbiyah buat sekolah yang tercinta.






"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup
sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil.
Tapi orang yang hidup mati bagi orang lain akan hidup
sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar"
(Sayyid Qutub) - New Quantum Tarbiyah
"Kenapa harus jadi begini?", hati aku mula bergolak. "Huh, kenapa aku yang mesti dipilih untuk watak dalam cerita yang malang ini? takkan tak ada orang lain?", aku mula menyalahkan keputusan dari langit.
"Anakku, jangan ditangisi apa yang bukan milikmu", tiba-tiba ada seorang pakcik menyapa.
"Dalam perjalanan hidup ini kita sering merasa kecewa. Kecewa sekali. sesuatu yang luput dari gengaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran", sambung pakcik yang entah dari mana muncul.
Aku mula hairan dan jadi tidak keruan. Perwatakan pak cik itu sungguh pelik. Sepanjang aku menetap di Bukit Beruang, tidak pernah aku lihat kelibat pak cik itu di surau taman.
Namun, aku memberanikan diri untuk bertanya, "pakcik, kenapa apa yang saya minta pada Allah, selalu sahaja tidak dapat? tapi kadang-kadang apa yang tidak diminta, itu yang dapat". Aku mula mengesat air mata yang berlinangan dek kerana segan dengan pakcik itu. "Anakku, kita meminta pada Allah apa yang kita mahu tapi Allah membalas permintaan kita apa yang kita perlu. Tak semua apa yang kita minta itu baik untuk kita".
Kemudian, pakcik tadi membacakan ayat 216 dalam surah alBaqarah. Aku merapatkan sedikit telinga ke bibir pakcik dan menghadam ayat itu sebaiknya. Suara ketuaan pakcik menambahkan syahdu di hati. "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak meyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui", pakcik itu melagukan maksud ayat itu.
Oh, takung air mataku tidak tertahan lagi.
Pakcik tadi mula merubah paradigma aku dalam melihat sesuatu yang berlaku dalam kehidupan belantara ini. Cara aku melihat dan berekspresi makin terpimpin. "Pakcik, jadi macam mana Allah membalas segala permintaan kita?", aku mengajukan soalan.
Pakcik itu meleretkan matanya kepadaku. "Allah boleh membalas dalam banyak jalan. kalau bukan sekarang, kelak nanti. kalau bukan di dunia, insyaAllah di akhirat. kalau kita meminta sesuatu di usia muda, mungkin di usia tua nanti baru permintaan itu tertunai. sesungguhnya Allah bisa membalas dalam banyak cara dan jalan. percayalah. Anakku, usah kau risau dengan pembalasan dari Allah, yang terpenting adalah sejauhmana usahamu dalam bergantung harap pada Allah. Tersukan berdoa".
Duhai orang muda, ingat pesan Allah dalam surah al Hadiid ayat 22 dan 23, "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
Bait-bait nasihat pakcik itu tadi membawa aku terperosok dalam lembah kejahilan dan memaksa aku untuk bermuhasabah. Aku memandang ke langit, bermuhasabah bagi mengkoreksi diri yang penuh kejahilan dan kehinaan. "Aduh, kerdilnya diriku ini ya Allah".
"Pakcik, terima kasih ya sebab...", kelibat pakcik meresap hilang secara tiba-tiba. Aku kelam seketika dan dihinggap rasa keanehan. Aku lihat ada sepucuk surat disebelahku. Mungkin surat ini ditinggalkan oleh pakcik itu kepadaku. Aku yang kebingungan terus membaca surat itu :
" Anakku, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya hidup di akhirat kelak. Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!".
Tiba-tiba, seluruh alam menjadi kelam dan gelap. Tidak ada sedikitpun cahaya. Aku teraba-raba mencari arah. Apa yang aku tahu, aku tersepak sesuatu. Lantas aku jatuh tersungkur.
"Aduh sakitnya...".
Sejurus selepas itu, alam mulai cerah kembali. rupa-rupanya aku berada di atas lantai tepi katilku. Di tanganku ada sepucuk surat pemberian pakcik itu. Makin hairan dan keliru dibuatnya. Namun, aku gagahkan diri untuk bangun dan aku hanya mampu tersenyum.
"Kisah peperangan yang dilalui oleh Nabi SAW benar-benar memberikan pengajaran yang bermakna kepada kita semua sebagai umatnya. Perang bagi nabi bukan bertujuan menghancurkan musuh semata-mata, malah yang sebetulnya ialah menghapuskan kejahatan dan memalingkan musuh kepada kebenaran.Apabila kita berperang kerana membela bangsa, maka bukan jihad namanya. Jika kita berperang kerana kepentingan diri atau gerakan, itu juga bukan jihad. Berperang dalam erti kata sebenar ialah kerana ingin menegakkan kalimah Allah. Maka Allah SWT telah meletakkan syarat-syarat asasi yang mesti diikuti dalam medan peperangan.
Kesatuan sangat penting dalam berjihad. Berada dalam satu saff yang teratur, taat kepada perintah ketua, mendahulukan yang terpenting, jangan pentingkan diri sendiri, memulakan dengan nama Allah yang Maha Mulia, menjauhi maksiat dan memperkasakan taat, serta sentiasa memperbetulkan niat."
Usai study malam semalam, berehat sebentar bersama Adobe photoshop CS. Teringin nak create wallpaper bagi persatuan yang dicintai, Institusi Usrah. Sesiapa yang berminat untuk letakkan sebagai wallpaper di desktop anda, silakan. Free of charge je. Untuk gambar yang berkualiti, klik pada gambar dulu, kemudian baru save.
Ukhuwah Satu persoalan…..
Ukhuwah secara bahasanya bermaksud persaudaraan. Ku kenali istilah tersebut, seawalnya secara teori dan amali sewaktu bersekolah menengah asrama penuh, kira-kira 12 tahun dahulu.
Ku kira ukhuwah adalah unsur penting bagi mengikat hati-hati sekumpulan manusia dalam mana-mana tempat dan keadaan. Apatah lagi ukhuwah menjadi rukun yang penting bagi organisasi gerakan Islam yang mengumpulkan pelbagai latarbelakang dan ragam manusia serta CARA BERFIKIR untuk ditautkan hati-hati mereka di atas sesuatu isu atau keputusan.
Ukhuwahlah yang menjadi pemangkin yang membantu seseorang boleh berlapang dada dengan orang lain walaupun berbeza pendapat, disamping kefahaman yang selaras, peraturan organisasi, hukum-hakam serta akal yang sihat.
Ukhuwah kadangkala mudah dan cepat suburnya dan adakalanya lambat dan sukar serta memerlukan masa yang panjang untuk bermujahadah. Pengalaman mengajar kita sedemikian. Kadangkala kita cepat mesra dengan seseorang yang baru sahaja dikenali dan dalam masa yang sama kita lambat mesra dengan orang yang telah lama kita kenali.
Ku kira bagi seorang muslim mukmin, perasaan ukhuwah yang disuburi dengan imanlah yang menyebabkan hati bersedih bilamana melihat kesengsaraan dan kezaliman yang menimpa umat Islam di Palestin baik, di Iraq serta di selatan Thai dan sebagainya, selain unsur manusiawi yang Allah jadikan dalam setiap diri manusia tanpa mengira kepercayaan atau kaum.
Sabda Nabi junjungan sallaHu ‘alaihi wasallam dalam perkara ini ada benarnya seperti maksud hadis di sini :
” Ruh-ruh itu bagaikan satu batalion tentera ( junudul mujannadah). Mana-mana yang ia kenal ia akan masuk bersatu, dan mana-mana yang ia tidak kenal/serasi, ia tidak akan masuk bersatu”
Ukhuwah, ku kira, termasuk dalam unsur ruh yang tidak dapat disukat dengan sukatan kasar atau fizikal. Namun kesannya boleh dilihat di alam nyata melalui kesungguhan atau komitmen dalam menjaga hubungan, cepat memberi respons dan organisasi yang lancar walau dengan arahan dan tunjukajar yang ringkas.
Ku kira tindakan sebegini, perlu juga diberi pujian. Namun dalam masa yang sama yang salah dan yang benar itu perlu dijelaskan secara jelas menurut adab-adab akhlak Islamiah supaya isu sebenar tidak dipesongkan atas alasan ‘menjaga ukhuwah’
Oleh itu ukhuwah itu sendiri tegaknya dengan kefahaman yang benar pada sesuatu permasalahan.
Ukhuwah itu suatu yang suci sesuci ingatan Junjungan mulia tehadap umat sewaktu maut hampir datang menjemput Baginda. Ia juga sesuci seperti sucinya tangan-tangan kaum muslimin yang sanggup mengangkat pedang terhadap kaum keluarganya sendiri yang masih musyrik sewaktu pertempuran dua golongan , golongan iman dan golongan syirik dalam Perang Badar.
Orang-orang yang menuturkan ukhuwah tidak ramai yang mampu menggalas beban ukhuwah dalam bentuk bergerak kerja dalam jamaah. Ada yang hanya mampu melihat bebanan sahabat melaksanakan sesuatu program tanpa merasa perlu meringankan beban sahabat tersebut walau sekadar kata-kata sokongan atau setinggi-tingginya meng’offer’kan diri menjadi AJK. Ku kira ujian sebenar ukhuwah berlaku di sini.
Ku kira juga ukhuwah yang hakiki tidak terbina dengan slogan-slogan yang boleh dihias dengan bunga-bunga bahasa sebagai tema suatu program. Ukhuwah yang hakiki ku kira, akan subur selama mana sahabat-sahabat yang pernah berukhuwah itu, menghubungkan dirinya pada tali Allah yang menjadi asas bermulanya persaudaraan mereka itu. Selama mana jarak dan masa memisahkan, ukhuwah takkan tergugat selagi berpegang pada asas yang pernah membina ukhuwah itu sendiri suatu ketika dahulu.
Kepada Allah kuserahkan segala urusan atas kelemahanku menanggung beban ukhuwah fiLlah yang diungkapkan di ruangan ini….
“Semoga Ukhuwah FiLlah Subur Selamanya”
Wassalam.
Penulis : Mohd Zulkhairi

Terdapat dalam kalangan umat Islam sekarang bertanya, ''Mengapakah terdapat dalam kaalangan orang-orang kita yang aktif di medan politik lebih daripada ibadah?" Mereka ragu dengan gerakan dan kebangkitan Harakah Islamiyyah yang menyeluruh, kononnya ia tidak ada hubungan dengan pengertian Islam yang sebenar. Malah mereka menganggap ianya satu penyelewengan dari penghayatan islam yang sebenar. Islam tidak membezakan antara orang-orang di mihrab-mihrab masjid, yang mengeluarkan air mata khusyu' dan tawaddu' kepada Allah, dengan orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, baik dengan menggunakan air liur, dakwat pena, malah dengna peluh dan darah yang mengalir demi kecintaan mereka terhadap Islam. Al Imam 'Abdullah alMubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beribadat di Mekkah denngan meninggalkan jihad :
"wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci. Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui. saudara hanya bermain dengan ibadat. siapa yang pipinya berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran darah. kalau kudamu penat dalam kebatilan, maka kuda kami penat di medan perang".
Sesungguhnya membezakan antara orang yang beriktikaf di masjid dengna mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam, yang pertama dinamakan orang agama atau orang dakwah yang menghayati Islam, dan yang keduanya dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi, adalah perbezaan yang ditonjolkan oleh musuh Islam. Ini menunjukkan betapa jahilnya orang Islam jikalau mereka terpedaya dan terpengaruh dalam pentakrifan ini !
Petikan dari buku "Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah" oleh TG Hj Abdul Hadi Awang, Dewan Pustaka Fajar, Bab 1 dengan sedikit perubahan bahasa sesuai sebagai peringatan ringkas.
by Humaira'
Politik adalah alat, bukan matlamat. Kuasa adalah jalan, bukan tujuan.
ASSALAMUALAIKUM...HERE WE COME WITH ANOTHER CAMP TRIP CALLED
"MUSAFIR TAUTAN SYAHADAH 09"
DATE : 4th December - 6th December 2009
AT ANJUNG BONDA
Other than to build up our ukhhwah with ALLAH, this camp will benefits you as there
will be lots of interesting activities to challenge and to
test your capability.
So, do not miss to experience this camp and do bring along your fellow friends too!
Quickly submit your name to person incharge below or to your respective exco
bureau.
Contact person:
Mr. Alif Asyraf - 013-6818058














