Tabloid ILuvislam Semakin Mantap !
9:51:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Salam,

Kepada sesiapa yang ingin memiliki tabloid hebat ini, boleh hubungi 0136285901. Ia sangat menarik dan berbaloi. Oh ye, selain warga MMU, warga-warga student kat area Melaka seperti UTeM, UniKL, UiTM, KYM, Maktab Perguruan Melaka, Kolej Perubatan Manipal, Kolej Komuniti, Matrikulasi Melaka dan lain-lain, boleh juga hubungi 0136285901



.
The DARK FACE of currency
9:43:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Today’s World Economy: The Dark Face of Currency??

Date: 23rd February 2010 (Tuesday)

Time: 9.00 p.m. until 11.00 p.m.

Venue: ACR 1003

Speaker: Mr. Abdul Halim B. Abdul Hamid (FBL lecturer)

http://thegolddinar-tv.blogspot.com/


jOm ramai-ramai, insyaAllah bakal membuka paradigma dalam melihat tentang isu ini. Mungkinkah isu yang melanda dunia ini ada kaitannya dengan hidden agenda yahudi illuminati?


Cuti yang luarbiasa !
12:31:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Cuti sambutan Hari Raya Cina yang lepas saya manfaatkan sepenuhnya untuk study, berukhuwah bersama family, berkebun, murajaah, main Pro Evolution Soccer 2010 dan juga meluangkan tenaga, minda, serta keringat bersama MANTOP Training and Consultancy. MANTOP Training and Consultancy di terajui oleh Ustaz Zamri TV9. TakdirNya telah membawa saya dan kakak untuk menjadi fasilitator dalam sebuah kem kepimpinan di Sekolah Berasrama Penuh Intergasi Rawang (SEPINTAR). Ia sangat menarik !

1. Program yang paling penat dalam sejarah hidup saya. Beberapa kali diri ini cuba untuk 'mencuri' ruang untuk melelapkan mata seketika. Itu baru jadi fasilitator, bukan lagi kem komander. Kem komander dan surrender, hehe!

2. Fasi yang insyaAllah mantop-mantop juga. Beberapa fasi dari Al-Azhar Mesir, Madinah, UKN, USIM, UiTM Perubatan, dan lain-lain. Tak lupa juga dari MMU. hek ~

3. Peserta adalah barisan pimpinan dalam Lembaga Kepimpinan Pelajar, LKP. Mereka semua sangat3 hebat. Tak pernah saya alami suasana bersama dengan mereka di tempat-tempat lain semasa saya menjadi fasilitator. Kepimpinan dalam diri mereka mula terserlah.

4. Banyak saya belajar daripada Kem Survival kepimpinan ini. Modul-modul yang dilakukan sedikit membentak pemikiran saya. Tarbiyah Jasadiyah fully diterapkan kepada pimpinan-pimpinan pelajar. Saya jelos tengok diorang ni. Tahan bila diuji, sabar bila emosi mereka ditekan. Kebal !

5. dll..(hehe!)



Ni gambar saya dan kakak menaiki pesawat Air Asia. Kebetulan, mak saudara saya batalkan tiket untuk ke Kuala Lumpur. So, diorang bagi kat kami. HoOrey! Boleh melayang kat udara. Ketinggian 28000 kaki dari paras laut, dengan kelajuan 853 km/jam ! hehe, laju sangat. Tak puas menghayati kebesaran Sang Pencipta melalui pandangan atas. Tengok bawah, alahai kecilnya kita tapi berlagak macam tuhan. Hm, moga jadi peringatan buat saya dan semua.











Banyak lagi gambar-gambar menarik. Cukup sekadar perkongsian dan sebagai memoir indah buat saya bersama saff pimpinan pelajar SBPI Rawang. Saya banyak menceduk ilmu bila berbual dengan Ustaz Fauzan, bekas Mahasiswa di Universiti Al-Azhar, juga bekas aktivis PMRAM.

"Nik, enta tau tak sebenarnya setiap manusia yang dilahirkan itu adalah pemimpin? Tapi nilai kepimpinan itu bukan datang secara azali, tapi nilai kepimpinan perlu dilatih!", respon Ustaz Fauzan bila saya bertanya apa resepi kejayaan ustaz dalam kepimpinan.


Dilema Berbilang Jamaah
10:59:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Sultan Muhammad Petra, Kelantan, saya dan kakak sempat berbual dan berbincang mengenai isu taadud jamaah. Isu yang sudah sekian lama, namun masih tiada penyelesaian yang betul-betul signifikan.

Melihatkan perkembangan dakwah dan tarbiyah hari ini, mengheret saya untuk lebih bersyukur kerana usaha dakwah dan tarbiyah itu ada di mana-mana sahaja. Baik dalam kampus, syarikat-syarikat, kawasan kampung, bandar, sekolah-sekolah dan banyak lagi. Malah hampir semua tempat. Usaha-usaha murni ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepada perubahan landskap dan pola masyarakat Malaysia.

Hakikat berbilang jamaah

Perlu disedari bahawa gerakan Islam itu seharusnya satu sahaja. Walaupun ada sabdaan junjungan dan ulama' muktabar yang mengatakan demikian, namun hakikatnya tidak sedemikian khususnya di negara kita. Di negara kita, terdapat banyaknya jamaah Islam dengan definisi yang pelbagai.

Ada orang berpendapat, wujudnya pelbagai jamaah adalah berpunca daripada perbezaan manhaj dan cara bekerja para duat. Mereka memilih jalan yang difikirkan sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat. Berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta melakukan beberapa penyesuaian mengikut keperluan waqi' semasa.

Tidak dinafikan perbezaan paradigma dalam melihat, cara berfikir dan menterjemah sesuatu merupakan fitrah bagi manusia. Perbezaan pemikiran dan persepsi sebegini diharuskan dalam syara', walaupun ada suruhan agar menjaga perpaduan dan suruhan agar tidak berpecah. Namun, perbezaan ini haruslah berpandukan syara' dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Faktor berbilang jamaah

Banyak jamaah yang muncul dengan faktor-faktor (dakwaan) tersendiri, antaranya ialah :

1. Gerakan Islam yang sedia ada telah kehabisan matlamat dan tujuan sedangkan matlamat dan cita-cita Islam belum tercapai.
2. Gerakan Islam sedia ada tidak lengkap dan menyeluruh.
3. Gerakan Islam sedia ada mempunyai kekeliruan dan seribu satu persoalan. Justeru mewujudkan gerakan Islam baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja dalam lapagan Islam daripada pelbagai tuduhan dan syubhat serta persoalan yang pelbagai itu.
4. Gerakan Islam yang sedia ada banyak melakukan kesalahan.

Tuntasnya, ianya ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap gerakan Islam sedia ada yang akhirnya menyebabkan penubuhan gerakan Islam baru. Lebih ketara, kejahilan mereka tentang gerakan Islam sedia ada yang menyebabkan mereka memilih jalan selamat.

Di negara kita, masih belum ada lagi Harakah Islamiyyah Syumuliyyah, seperti yang telah berlaku di Indonesia. Walaupun mereka dari jamaah Islam yang berbeza, namun mereka mampu untuk bergerak dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Di Malaysia belum lagi. Dan saya optimis, ia menjadi suatu impian dan harapan ramai pihak.

Suatu gerakan Islam yang bergerak secara kolektif pasti membawa ketumbukan yang besar kepada sesuatu perubahan. Persis. Ingat, tiada istilah Jama'atul Muslimin. Yang ada adalah Jamaah Minal Muslimin. Kita tidak mahu sebuah jamaah ataupun seorang duat yang hanya ingin menjuarai dan mengungguli jamaahnya semata-mata tetapi menomah, memburukkan malah memfitnah jamaah yang bukan sebulu dengan fikrahnya. Please deh..Hanya dok bergaduh sesama jamaah, tapi dakwah Islam tak kemana. Tidak keterlaluan jika saya mahu katakan, masalah ini disebabkan oleh masalah SIKAP manusia.

Teringat satu slogan, ''Islami Islami, la Syarqiyah wala Gharbiyah''. Bergabunglah dengan mana-mana jamaah sekalipun, yang penting bersama jamaah. Selagi matlamat jamaah itu tidak salah. Pun begitu, ada di luar sana jamaah yang boleh sampai ke tahap apa yang Allah mahu. Fikir-fikirkan...





Saya kurang pasti ada yang setuju ke tidak, tapi ini pandangan peribadi. Sekadar mencoret apa yang ada dalam dimensi benak fikiran ke dalam Dimensi Minda.

Berbohong
5:12:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Seekor ayam belanda sedang berbual-bual dengan seekor lembu. "Alangkah bahagianya sekiranya saya dapat duduk-duduk di dahan pohon paling tinggi," keluh si ayam belanda, "tetapi sayang, saya tidak berdaya."

"Jika begitu elok rasanya kamu makan sedikit tahi saya. Tahi saya banyak zat," jawab si lembu.

Ayam belanda mula memakan sedikit tahi lembu dan berasa lebih bertenaga. Ia dapat memanjat dahan pohon paling rendah. Esokya dia memakan lagi sedikit dan dapat naik ke dahan kedua lebih tinggi. Selepas dua minggu memakan tahi lembu, ia akhirnya dapat tiba pada dahan yang paling tinggi. Semasa ia bertenggek dengan bangganya, pemburu melihatnya lalu terus menembaknya.

Moral kisah ini adalah bercakap bohong mungkin membawa kita ke puncak, tetapi ia tidak akan kekal lama di situ.

Happy Chinese New Year
12:31:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin



Montaj Ekspedisi Gunung Senyum : )
1:12:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin







Montaj Ekspedisi Gunung Senyum. Saje je buat bila-bila ada masa terluang. Size asalnya adalah 1.7 GB, even durasi montaj hanya selama 4 minit sahaja. Besar sungguh. Tapi kondisi gambar dan effect betul-betul kow la. Puas hati tengok. Tapi untuk di'upload'kan ke dalam youtube, terpaksa compress size. Hasilnya seperti di atas. Namun, pada saya ia tetap syok, hehe. Sekarang tengah tunggu gambar-gambar IU Sport Fiesta. Kalau saya rajin, insyaAllah nak buat satu untuk Iu Sport Fiesta. Download la kalau nak :p
Jangan remehkan hal-hal yang kecil
12:13:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Seringkali hal-hal yang dianggap kecil akan mengakibatkan penyesalan besar bila diremehkan. Seperti kisah seorang anak kecil berlari dengan tergesa-gesa menuju ibunya lalu berkata, "Bu, apa nama lubang yang ada di depan rumah kita? Ibunya menjawab, "Ibu sedang sibuk masak. Pergi tanya ayah kamu!" Anak itu pun berlari menuju ayahnya dan menanyakan perkara yang sama, "Ayah, apa nama lubang di depan rumah kita?" Ayahnya menjawab, "Ayah sedang membaca Al-Quran. Pergi tanya kakakmu!"

Kemudian anak itu berlari ke arah kakaknya dan menanyakan hal yang serupa, "kak, apa nama lubang di depan rumah kita?" Si kakak menjawab, "Namanya sumur." Anak kecil tu kemudiannya berkata, "kak, cepatlah pergi ke lubang itu. adik kita jatuh ke dalam lubang itu, Kak."

Saya terfikir, kalau perkara yang melibatkan Sunnatullah memerlukan agar kita tidak memandang remeh dalam hal tersebut, apatah lagi apabila melibatkan perkara Syariatullah. So, kalau memandang remeh pada dosa yang dilakukan bagaimana? Huh, saya berdoa agar Allah kuatkan diri saya merempuh kehidupan di belantara MMU ni. Sangat tak mampu untuk meniru sahabat nabi yang melihat dosa seperti gunung yang akan menghempap diri. Tapi tak pula meniru golongan yang menganggap dosa seperti lalat yang hinggap di hidung. Bisa tepis bila-bila masa. Pun begitu, saya akan cuba sedaya upaya.

Setiap orang akan dihukum oleh dosa yang dilakukan. Cepat atau lambat hanya soal waktu. Lebih cepat lebih baik, biar segera sedar dan mengambil pelajaran besar.