Siapa Ghuraba'
12:12:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang yang asing”. Hadis ini mahsyur dan menjadi pembakar semangat penggerak-penggerak islam seluruh dunia. Saya tertanya-tanya, siapakah golongan yang asing atau ghuraba tu?

Saya teringat satu kisah sirah, ketika mana Saidina Umar Al-Khattab sedang bertawaf di Ka'bah, dia terlihat seorang lelaki yang seolah-olah melekat di pintu Ka'bah. Lelaki tu sedang berdoa, "Ya Allah jadikanlah aku sedikit. Jadikanlah aku sedikit!". Kemudian, selesai sahaja bertawaf sebanyak 7 pusingan, Umar Al-Khattab menarik lelaki tersebut dan bertanya akan kenapa lelaki itu meminta sedikit sedangkan kebanyakan orang mahukan yang banyak. Maka jawab lelaki tersebut, "Tuan, bukankah Allah ada menyebut dalam Al-Quran, hanya sedikit yang bersyukur, hanya sedikit yang berzikir, hanya sedkit yang ingat akan Allah, hanya sedikit yang mengigati mati...Jadi saya nak jadi yang sedikit itulah tuan" Lantas, Umar Al-Khattab memeluk lelaki tersebut dan berkata, "Kamu jugalah yang faham isi kandungan Al-Quran"

Jadi teman-teman,kita tak perlu rasa pelik kalau yang nak mai solat tu sedikit, yang nak sedekah sedikit, yang nak ingat pada Allah sedikit, yang nak berjuang pada jalan Allah tu sedikit sebab Allah dah kata dalam Al-Quran, memang golongan itu sedikit. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit itu.

"Yaa Allah, jadikan aku golongan yang sedikit itu"