Would You Marry Yourself?
3:02:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin








Video streaming by Ustream

"Amin, dah berpunya ke belum? Dah ada pilihan di hati? Kalau dah ada, mama nak arrange khitbah lepas raya ni. Lagipun, Amin dah nak habis belajar kan?", soal mak saya menerusi telefon bimbitnya.

"Err, ma..belum ada lagi. Tak approach siapa-siapa lagi pun. Single...", saya tersipu-sipu malu.

"Iya ke tak ada lagi? Atau Amin yang memilih?" gertak mak saya.

"Hehe..sebenarnya Amin malu. Em, maa..tak mau la cakap pasai ni lagi. Seganlah. Oh terlupa, lusa Amin ada midterm. Kalau tak kesah, doa-doakan lah sikit...", saya cuba untuk mengelak.

"Kalau malu, biar mama yang arrange. Nanti mama calllah yang belah perempuan. Ala..macam case kakak Mariam la. Mama yang uruskan. Nak? Kalau dah ada bagitahu mama.", mak saya mencelah.

Tersentap.

Kalau ikutkan, bulan ni sudah 3 kali mak saya bertanyakan soalan yang sama. Saya jadi keliru dan tak keruan bila mak saya bertanyakan soalan sebegitu. Mungkin itu naluri seorang ibu. Boleh membaca isi hati anak-anaknya.

Tapi bagi saya, masih terlalu awal untuk berbincang soal ni.


Memilih

Saya bersetuju dengan buah fikiran ustaz Hasrizal dalam konteks mencari dan menjadi.

Saya ni bukanlah orang yang terlalu cerewet dalam soal memilih. Bagi saya, proses untuk menjadi itu adalah lebih penting daripada mencari. Kalau ikutkan zaman sekarang, memang susah untuk mencari calon yang terbaik. Calon yang akan menjadi teman berkongsi nyawa hingga ke hujung usia.

Semua orang mahu mencari yang terbaik. Tapi mudahkah untuk bertemu yang terbaik? Kalau jumpa sekalipun, sejauhmana mampu untuk mengekalkan momentum menjadi yang terbaik?

Jadi tak perlu kusutkan fikiran dalam soal untuk mencari yang terbaik.

Fokuskan diri pada menJADI yang terbaik.

Apapun, video ni memberi makna yang mendalam.




Kata Hati

Ikut fatwa hati.

Hati itu tenang kepada kebaikan, dan gelisah terhadap kejahatan.

Nabi bersabda,


Ertinya,

"Perempuan itu dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka dahulukanlah yang beragama, nescaya engkau akan beruntung."

Bagi saya, senang untuk kita mencari seseorang yang punyai harta yang banyak, keturunan yang baik dan rupa paras yang elok. Tapi, agak sukar untuk mencari yang beragama.

Ya, mencari yang beragama itu agak susah. Dan, saya memilih untuk mencari cinta yang susah daripada mencari cinta yang senang. Moga ada keberkatannya di situ.

Akhir sekali, marilah merenung firman Allah dalam surah An-Nisa', ayat pertama,


Maksudnya,

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."


Nota : Aisyeh, dalam sibuk-sibuk final year pun masih lagi sempat menulis artikel macamni. Buang tabiat apa? Kata orang Melayu, buang tabiat ni tandanya nak mati. Nasib la ~

.
Big Circle - BC
9:14:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin




Sayap kanan Institusi Usrah.

We ♥ IU :)

.
Institusi Usrah 11/12 - The New Line Up
11:44:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin




Suka untuk saya memetik kata-kata Ustaz Dzulkhairi, mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sebagai satu bahan renungan bersama;

Kisah ‘Umar al-Khattab bertanyakan imaginasi sahabat-sahabat beliau masih terngiang-ngiang di benak saya. Seorang sahabatnya berimaginasi memiliki hartayang membukit lalu diinfaqkan seluruhnya pada jalan Allah. Seorang lagi juga begitu, tinggi melangit imaginasi yang dipasangnya.

Namun ‘Umar lain. ‘Umar berimaginasi memiliki pemuda-pemuda yang soleh, pintar dan perkasa sebagaimana beberapa sahabat nabi. Pemuda sebegitulah yang bakal menyemarakkan perasaan berselera untuk meninggikan Islam dalam apa jua keadaan dan pemuda sebegitulah yang bakal memastikan kemuliaan Islam tercapai kelak.

Lebih kurang sahaja Sukarno yang terkenal dengan pidatonya yang berapi-api, jika beliau diberi 100 orang tua, akan ia goncangkan sebuah gunung yang terdapat di Indonesia, manakala jika ia diberi 10 orang pemuda, akan ia goncangkan dunia.

Kita tidak terlalu bersifat nostalgik. Lalu kita masih lagi tidak lekang menceritakan tentang keunggulan Islam di zaman kemuncaknya di Andalusia, kota lagenda 1001 malam Baghdad, Pulau Sicily di Selatan Italy, Constantinople di zaman Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh, Palestin di bawah genggaman Solahuddian al-Ayyubi, dan sebagainya. Kita tidak boleh lagi terlalu berbangga dengan kebijaksanaan Ibnu Sina, kepintaran Omar Khayyam, ketinggian akal Ibnu Nafis, kecerdikan al-Ghazali atau sesiapa sahaja. Ya, tidak salah hal ini diungkapkan untuk mengimbau kekuatan lampau dengan tujuan memercikkan semangat kesedaran dan keinsafan, tetapi hal ini janganlah terlalu bersifat retorika dan nostalgika sehingga melupakan kita daripada matlamat perjuangan yang ada di hadapan mata sekarang.

Kata pujangga: ''Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku''. Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah.

Kepemudaan bukan hanya milik orang muda, malah ia juga milik orang tua. Kepemudaan yang unggul disebut oleh al-Banna: “Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

Saya ingin sudahkan tulisan saya pada kali ini dengan memetik satu ayat al-Quran yang menceritakan tentang jiwa yang ada pada pemuda Ashab al-Kahfi, dengan harapan mudah-mudahan ia menjadi sumbu kepada kekuatan umat Islam masa kini.

“Sesungguhnya merekalah fityah (pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami tambahkan bagi mereka petunjuk”.