kenali usrah
2:14:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
1) Pendahuluan.
Usrah adalah suatu perkataan yang tidak asing bagi majority gerakan Islam sedunia pasca kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin. Aplikasinya dipelbagaikan dan dianggap sebagai serendah-rendah sistem yang perlu ada di dalam sesuatu organisasi gerakan Islam baik apa sahaja bentuk dan wasilahnya. Hal ini perlu disedari akan peri pentingnya, dimana jatuh bangunnya gerakan adalah bergantung kepada faktor utama ini. Adalah suatu yang perlu bagi sesebuah gerakan melakukan proses taxonomy (pengkelasan) yang jelas dalam mengenalpasti marhalah, segmen ahli, jenis usrah yang sesuai mengikut perwakilan entity atau kelompok tertentu di dalam gerakan dakwah. Hari ini kita melihat terlalu banyak kepincangan dan salahlaku dalam proses pelaksanaannya apabila penterjemahan pelaksanaannya sering disalah ertikan, disorok fungsinya, dimomokkkan dengan beberapa dikotomi dan diberi imej yang lesu oleh si pembawa usrah itu sendiri. Salahlaku ini melibatkan kepada gerakan itu sendiri, para naqib dan para anak usrah yang terlibat.

2) Masalah-masalah yang timbul akibat permasalahan daripada usrah yang tidak berkesan. Jamaah kelihatan gah dan hebat pada mata umum tetapi lemah dari segi pillar, pasak dan tulang belakang jamaah. Penghasilan para petugas dan pemimpin yang separa masak serta tidak cukup pengetahuan, pengalaman dan proses didikan yang berguna kepadanya. Merencatkan pertumbuhan , perluasan system serta menyukarkan jamaah membina sistem pengurusan yang ampuh dan tersusun. Menyebabkan jamaah sukar menghasilkan sistem imunisasi dan pertahanan daripada serangan luaran, serangan isu, jenayah IT dan beberapa aspek yang mengurangkan tenaga jamaah. Menyebabkan jamaah menaggung amilin(petugas) yang kurang daya mampu membawa hala tuju jamaah mengikut acuan semasa yang waqii’y akibat sikap ahli yang dogmatic, pak angguk atau wala’ dengan nada yang tidak konstruktif. Menyukarkan jamaah mengubah imej, membawa halatuju baru kerana ahli hanya mendapat maklumat secara umum hanya melalui liqa’ umum, surat khabar jamaah, perkeliling yang terbatas kefahaman yang semestinya tidak membumi. Jamaah tidak akan dapat mengikat ahli melalui proses makro (liqa’ besar, muktamar) dengan menidakkan proses ikatan secara kecil-kecilan. Perlu diraikan sikap ahli yang cenderung kepada entity masing-masing (chauvinistic atau seolah-olah assobiyyah) sesama ahli bawahan. Mereka gemar mengutamakan kawasan, negeri dan mengutamakan rakan yang terdekat untuk diikat sebagai unit kerja berkesan jamaah. Masalah remeh jamaah yang bertahun lamanya tidak dapat diselesaikan dengan saksama.


3) Mengapa usrah gagal? Usrah gagal kerana pelbagai sebab musabab yang perlu dirungkai secara kritikal untuk menyelesaikannya secara adil dan telus. Usrah yang gagal sering diberikan tanggungjawab kepada para ustaz, para naqib dan murabbi untuk diselesaikan dan di atas pundak merekalah segala masalah ini dilepaskan. Jamaah yang terlarut dengan proses organisasi komplikated (siasah hizbiyyah) yang rencam dan kompetitif ini mula melupakan tanggungjawab dan focus utama jamaah, melupakan proses pengkolonian (perluasan) jamaah adalah bermula melalui usrah. Usrah adalah teraju jamaah. Atas atau bawah memang perlu berusrah. Tinggi atau rendah mentalitinya perlu juga berusrah. Tiada kompromi atas hal ini. Inilah penegasan yang wajar ditekan pada setiap kali perhimpunan jamaah, dilihat pelaksanaan usrah dan pelaksanaan sistem peningkatan usrah sebagai suatu yang tinggi dan penting dalam jamaah.

3.1) Kegagalan akibat kelemahan organisasi induk.

3.1.1) Pemimpin jamaah tidak memahami apa itu usrah, tidak permah mendapat usrah yang jitu, tidak faham falsafah tarbiah, tidak memahami sirah perjuangan Rasulullah, gerakan Islam awal yang menggunakan method usrah sebagai medium memperluaskan pengaruh dan kederisasi jamaah.

3.1.2) Jamaah lebih gemar mencari ahli melalui saringan ahli yang ramai dalam usaha mencari golongan pillar (sofwatul muqtaroh). Mereka tidak gemar menggunakan kaedah tinggalan Rasulullah SAW yang kemudian diteruskan oleh Al Imam Hassan Al Banna iaitu melalui pembinaan generasi yang sedikit tetapi berkualiti, yang kemudiannya golongan ini diperluas melalui sistem jaringan kaderisasi. Pendek kata kini kita gemar memilih ahli berkualiti melalui pemilihan daripada ahli yang ramai dan bukannnya melalui latihan dan didikan. Natijah proses ini (usrah kecil-kecilan) ialah, ia akan menghasilkan golongan yang masak tarbiahnya, rapat ukhuwahnya serta faham waqi’ jamaahnya.

3.1.3) Jamaah kurang memantau usrah pada syu’bah (cawangan-cawangan) bawahan, ahli bawahan serta tidak membawa turun kefahaman, manhaj serta pembawaan jamaah induk ke dalam usrah. Mungkin wajar wakil daripada pimpinan atasan , masu’l, exco turun ke usrah bawahan untuk membawa isu terkini, pembawaan terkini serta kesatuan amal terbaru. Hal inilah yang gagal diperaktikkan lantaran terhasilnya corak kepimpinan kini yang terlalu eksklusif dan disengagement (ketidakterlibatan).

3.1.4) Jamaah kurang mengadakan daurah dan bengkel latihan untuk nuqaba’. Hasilnya, nuqaba’ yang terhasil menggunakan poendekatan peribadi yang mungkin merugikan jamaah. Pendekatan kreatif adalah perlu. Yang perlu disekat adalah pembawaan fahaman dan pendapat furui’yyah yang mungkin memecah belahkan ahli serta merungkai kesatuan jamaah yang cuba dibawa oleh Imam Hassan Al Banna melalui usul 20 Risalah Ta’limnya. Jamaah perlu mengadakan pelbagai corak latihan kepada para naqib dengan tidak mengenepikan konvension dan ijtima’ tarbiah kubra untuk ahli bawahan agar mereka dapat menangkap sekurangnya 30% isi manhaj dan hasrat daripada para nuqaba’. Kesimpulannya penswastaan kerja usrah dan pembinaan fikrah ditidak wajar diberati kepada naqib semata-mata dengan tiada tindakan susulan daripada pihak induk jamaah. Perlu diadakan siri lawatan yang tidak rasmi untuk memantau tahap kefahaman ahli.

3.1.5) Perlu dihapuskan dikotomi puak usrah-puak siasah/politik. Perlu dihapuskan jurang keusrahan sesame ahli. Ahli perlu mendapat manhaj yang senilai walau apa latar belakang sekalipun. Sampai bilakah jamaah perlu menanggung keahlian yang tidak berdasarkan meritocracy (tahap kualiti) dan bukan atas dasar semangat dan syak. Tiadak ada puak-puak di dalam jamaah. Kesemua ahli wajib berusrah. Tidak ada yang ditakdirkan untuk menjadi golongan jahil sekiranya diri sendiri yang memilih jalan berkenaan.

3.1.6) Manhaj yang disediakan kelihatan tidak establish dan tidak berkekalan. Manhaj dibawa atas dasar pembawaan individu tertentu yang bertaraf murabbi. Apabila seorang penggubal sudah tiada lagi, manhaj kelihatan terhuyung hayang dan kelihatan perlu dirombak. Inilah kelemahan utama. Manhaj tarbiah dan usrah adalah manhaj yang bersifat induk jamaah bukannya atas dasar pembawaan individu. Perlu difahamkan kepada pengganti jawatan penyelaras usrah, agar meneruskan elemen yang lama dengan dibaik pulih mana yang perlu. Barulah hasil manhaj dapat disinarkan ke dalam jamaah. Pembawaan manhaj Ikhwanul Muslimin kelihaan berhasil kerana mereka beriltizam dan berdisiplin dengan manhaj yang digarap serta diteruskan oleh generasi terkemudian.

3.2) Kegagalan Usrah akibat kesilapan Nuqaba’.

3.2.1) Tidak mengenali madu’ mereka.
Bagi pemegang usrah bawahan, mereka sebenarnya dalam proses mendakwah kepada ahli gerakan yang masih baru bertunas fikrah agar kukuh dan tegar dalam kefahaman harakah. Kadangkala mereka tidak menjustifikasikan usrah mereka agar selaras dengan segmen ahli usrah mereka. Mereka tidak mengubah intonasi, mengubah nada usrah dan ‘tuning’ agar kena dengan hati dan latar belakang anak usrah. Naqib yang bukan berasal dari kelompok usrah adalah sukar untuk diharmonikan dengan anak usrahnya sendiri.

3.2.2) Para naqib tiada fikrah Harakah.
Ada juga para ustaz yang dijadikan naqib ‘segera’ yang kadangkala mereka ini tiada background jamaah langsung. Kadangkala yang mengikut tarbiah jamaah yang bukan daripada Negara sendiri juga gagal membawa matlamat ini.

3.2.3) Tidak membuat persediaan dan kajian untuk bahan-bahan usrah.
Naqib yang gagal adalah yang gagal mengkaji dan menyediakan bahan sebelum usrah. Lebih malang ada naqib yang lupa hari dan masa usrahnya sendiri! Maka disini tabiat lemah begini perlu diunah. Manakan boleh menghasilkan ahli yang berdisiplin sekiranya naqibnya sendiri tidak berdisiplin.

3.2.4) Tidak segera menyelesaikan masalah sesama ahlinya.
Naqib yang malang akan kelihatan sebagai batu api dan penyemarak kekusutan dalam jamaah sendiri. Pihak pemimpin jamaah perlu mengenalpasti kewujudan naqib sebegini. Mereka kadangkala punca ketidakintima’ ahli bawahan dengan induk jamaah.

3.2.5) Tidak memahami politik dan isu semasa Negara, isu dunia Islam dan sekelilingnya sendiri.
Ada naqib yang kelihatan cuba menjuarai isu semasa dengan mengenepikan pendapat dan kesimpulan isu oleh pihak induk jamaah. Namun hal ini tidak menyekat kebebasan berfikiran dalam apa-apa isu, namun jangan sehingga kita menafikan pendapat jamah sendiri dan menyanggah sehingga hilang adab dan sopan terhadap jamaah sendiri. Naqib perlu dikalangan yang bijak isu, rajin mentelaah akhbar dan internet serta orang yang pandai memanipulasikan isu untuk dijadikan bahan dakwah umum kepada ahli usrahnya.

3.2.6) Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.
Hal ini mengakibatkan usrah terpisah dnegan matlamatnya iaiatu menjadi unit penyatuan fikrah, unit kerja Islami jamaah serta sebagai medium menyampaikan pemikiran induk jamaah. Usrah ini perlu dikenalpasti dan dirawat segera!

3.3) Kegagalan Usrah akibat keadaan ahli usrah sendiri.

3.3.1) Tidak bersedia dididik.
Golongan ini sebenarnya sukar untuk mengikuti mana-mana usrah. Sikap degil dan egonya pelru dikiks dahulu melalui pelbagai program tamrin yang sesuai untuk mengikis sikap berkenaan. Kebijakan naqib mungkin boleh mengikis sendiri sikap ini tanpa campurtangan jamaah induk.

3.3.2) Tidak suka menghadiri majlis rasmi usrah secara konsisten.
Mereka menganggap usrah adalah tempat merehat otak dan berifat terlalu santai sehingga gagal menghasilkan kejayaan objektif usrah. Sikap malas dan tidak gemar perlu dipupuk oleh naqib dengan memberi gambaran perjuangan sahabat sahabat kita di negara-negara lain yang lebih getir dan bermehnah tinggi berbanding mereka sendiri.

3.3.3) Tidak Ikhlas dan hormat kepada naqib. Perlu ditekankan adab-adab di dalam usrah, gaya duduk, gaya mendengar dan mencatat perkara yang tidak difahami dan tidak pernah didengari.

3.3.4) Tidak mahu mengikat persaudaraan ikhlas dan utuh sesama ahli. Apabila diadakan usrah yang menghimpunkan kesemua kumpulan usrah lain, akan kelihatan ‘barrier’ (sempadan) sesame group usrah ini. Inilah tanda kegagalan elemen ukhuwah dan At Tasamuh (lapang dada) dalam usrah.

3.3.5) Tidak menjaga rahsia usrah. Aib rakannya disebarkan di luar usrah. Rahsia jamaah tidak dijaga dengan baik.

3.3.6) Tidak membiasakan diri dengan pengorbanan. Perlu ditekankan hal ini kerana pengorbanan lawannya materialisme. Jamaah kita tiada material dan wang untuk dijadikan ‘bahan api’ jamaah. Bahan api jamaah adalah sikap pengorbanan dan sikap disiplin ahli.

4) Gambaran umum tentang Usrah serta saranannya.

4.1) Pada umumnya, usrah dilihat sebagai majlis yang diketuai oleh seorang ustaz (naqib) terdiri daripada beberapa ahli, dimulai dengan ummul kitab dan diakhiri dnegan penutup majlis. Diisi dengan pengisian berteras Al Quran dan Hadis oleh ustaz-ustaz dan anak usrah akan kelihatan ‘ berisi’ selepas mendengar pengisian. Inilah perspektif yang salah dan buruk terhadap usrah. Usrah sebegini hanya akan menghasilkan golongan yang dogmatic (pak angguk), tidak meningkat kefahamannya, bersifat terlalu serius dan tidak menarik minat ahli. Mereka mungkin memilih jalan mudah untuk mendengar pengisian melalui kuliah maghrib dan kaset-kaset.

4.2) Usrah perlu divariasikan pelaksanaannya.
Perlu dimasukkan elemen tambahan yang kontemporari. Sebelum membincangkan renovasi pelaksanaan, marilah kita melihat perspektif usrah daripada pandangan yang luas. Tahukah kita bahawa duduk-duduk di kedai makan sambil berbincang perkara-perkara iIslam, mengasah kefahaman jamaah, berbincang perihal jamaah, emnaikkan semangat sesame ahli adalah usrah? Berjalan, berehlah dan bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam disamping menyelitkan dengan objektif jamaah juga adalah usrah. Membuat kerja-kerja social bersama seperti mengajar tusyen murah untuk kebajikan sesame umat Islamn, membantu membersih masjid, menumpul dana untuk membantu rakan yang susah juga adalah aktiviti usrah disamping beribadat, membaca Al Quran dan berzikir bersama-sama. Marilah kita membersarkan lagi pandangan ini agar gerak kerjanya bole berada diluar ruang lingkup halaqah (bulatan) ilmiah semata-mata. Komitmen naqib dan anak usrah adalah penting untukmenjayakan method ini.

4.3) Ramai ahli yang buruk sikapnya sepanjang majlis usrah,.
Kelihatan tidak berminat, tidak bermaya, tidak mahu bercakap, datang dengan fahaman bahawa dia akan dibrainwashkan, merasa jemu dan tunduk sepanjang usrah, buat-buat tak dengar atau buat-buat tidur. Sebaliknya menganggap meeting adalah segala-galanya dalam jamaah walaupun pelaksanaanya mungkin belum dipertikai lagi. Mesyuarat dianggap tanda adanya jamaah. Begitu sekali terlarutnya ke dalam kesibukan berorganisasi sehingga mengubah fahaman kita tentang jamaah.

4.4) Usrah sering diketuai oleh para ustaz.
Jika bukan ustaz atau bukan seorang yang alim dalam ilmu agama, jangan harap kata-katanya akan didengar. Adakah ini yang diajar oleh Imma As Syahid Hassan Al Banna? Sikap begini akan mengecilkan skop perluasan usrah sebagai medium pentarbiahan pelbagai entity dan segmentasi masyarakat. Masyarakat yang tidak ‘ngam’ dengan para ustaz akan ketinggal dalam usrah. “connector-connector’ jamaah yang terdiri daripada individu berlatar belakang professional, tenokrat, bukan aliran pendidikan Islam dan pekerja bawahan tidak layak didengari kata-katanya. Lantaran itulah kita melihat kapabiliti dan reputasi naqib dinaikkan melalui naqib yang berjawatan. Walaupun ada keburukannya, namun ia berjaya menampung keperluan naqib yang berlatar belakangkan pengajian Islam. Disini, jawatan dan kedudukan sesorang dalam jamaah boleh menimbulkan ‘respek’ dan thiqah (kepercayaan) ahli usrah kepadanya. Walaubagaimanapun, perlu difahami, kaedah ini bukansebagai syarat utama sehingga jawatan pula menjadi penentu bagi posisi naqib dan naqibah. 4.5) Perlu juga difahami bahawa usrah bukan halaqah ilmiah yang ketat dan bersifat paksaan. Usrah adalah penjanaan minda agar mereka yang hadir akan kembali dengan semangat untuk mendalami kefahaman Islam, bersemangat mendalami ilmu fiqh, aqidah dan sistem-sistem Islam, akan rajin amenghadiri kuliah di masjid dan madrasah-madrasah, gemar mendengar kaset ceramah, membeli buku dan membaca majalah islamis. Inilah yang diidamkan dalam usrah. Melalui usrah ahli akan beriltizam dengan akhlak Islam, bersopan santun sesame ahli, berlapang dada dan senantiasa membantu sesiapa yang susah. Bagi mahasiswa, selalu mereka menganggap usrah sebagai majlis ilmu yang perlu tunduk setunduk-tunduknya, mencatat tanpa difahami catatannya, malu bertanya soalan dan menyimpan idea sekiranya ada kerana ‘takutkan’ si naqib yang terlalu berilmu. Fahaman ini perlu dikikis.

4.6) Selalu kita melihat orang menganggap naqib adalah penyelesai masalah, guru utama dan murabbi besar dalam halaqah, natijahnya ahli akan takut bersuara, dogmatic dan kakau mindanya. Adakah ini yang dikatakan wala’ dan taat? Ketaatan begini akan memusnahkan struktur jamaah, akan melemahkan jentera jamaah menuju matlamat. Ahli begini tidak akan meningkatkan potensi jamaah. Mereka ini akan melepaskan perasaan dan hasrat hati di kedai kopi, di tempat awam sehingga membocorkan masalah jamaah, sehingga mezahirkan rahsia jamaah. Maka perlu diubah mentality dan pelaksanaan begini oleh para naqib. Ahli usrah juga perlu menyuarakan kaedah sebenar usrah agar kegemilangan usrah kembali semula.

4.7) Ramai juga menganggp ijtima’ Tarbawi jamaah sudah cukup baik dan lengkap. Walaupun ijtima’ tarbawi ada kesannya dan bersifat susulan kepada usrah dan juga sebagai penyelaras kepada fikrah-fikrah ahli, perlu diingatkan bahawa matlamat ijtima’ adalah rawak dan keberkesanannya adalah beradasarkan perspektif yang berbeza dengan usrah. Kejayaan tarbiah adalah daripada 70% Usrah (usrah bawahan, pemimpin atau usrah masu’l) serta 30% daripada ijtima’ jamaah di pelbagai peringkat.

4.8) Ramai yang menganggap segala pelaksanaan dalam usrah hanya tamat di dalam halaqah usrah. Usrah perlu diselingkan dengan tugasan seperti ; Mengkaji ayat-ayat Quran Mengkaji isu Membuat pemerhatian tentang gejala social serta membawa hasil pengamatan ke dalam usrah untuk dikongsi. Khidmat social seperti gotong royong. Membaca buku tertentu kemudian membentang ke dalam usrah. Melawat tempat tertentu yang ada ibrah (pengajaran) seperti muzium dan arkib. Riadhah bersama-sama. Usrah boleh diadakan dimana-mana sahaja walaupun tempat yang santai. Usrah juga boleh diselingkan dengan mendengar dan meneliti lirik lagu yang ada unsur perjuangan, penentangan dan kesusahan rakyat, menonton cd yang berunsur perjuangan dan bermanfaat. Usrah boleh dijadikan ceria dengan menasyidkan lagu-lagu tema yang berunsur jihad seperti yang diamalkan oleh Ikhwanul Muslimin.

5) Penutup.
Sebagai ahli gerakan, marilah kita bersama berjuang untuk mengizzahkan Islam melalui pemerkasaan Usrah. Usrah yang kejap dan mantap disamping istiqamah adalah suatu penawar kepada kelembapan gerakan Islam kebangsaan. Selamat berusrah !
semarak perjuangan
1:59:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
HATI, JIWA & PERASAAN
1:53:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Seterusnya..

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.