SAMURAI
7:21:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

"Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang lain yang menangis engkau yang gembira". Kata-kata yang dilaungkan oleh Pak Hamka itu sedikit menaikkan semangat yang kian mereput.

Dalam diam saya terpaksa merempuh komplikasi yang maha dahsyat. Saya jadi keliru dalam banyak perkara. Kendatipun begitu, saya harus akur, kerana lautan yang tidak bergelora masakan bisa melahirkan nelayan yang berani ! Ya, saya hanya perlu lebih berani. Berani dalam membuat keputusan yang bakal menentukan corak penghidupan saya selepas ini. Namun ia perlu berlandaskan ilmu yang mendalam serta pandangan yang holistik (helicopter-view).

Nasihat buat sahabat-sahabatku. Kita sering menyangka perjalanan dalam kehidupan amat mudah untuk kita rempuhi, padahal kita tidak mengetahui bahawa hakikatnya terdapat banyak aral dan mehnah yang tidak terduga disebaliknya.

Mahu tidak mahu, semangat samurai perlu dihirup sebaiknya agar kekuatan diri dapat dicakna secara total. Keberanian ini seperti tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.