Nasihat yang bukan nasihat
9:04:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin



Komik Peanuts sangat menarik. Ada suatu kisah apabila Lucy berjalan ke arah Charlie Brown. Charlie sedang bersandar pada dinding sambil menopang kepala. Lucy memandangnya lalu berkata, "Lemah semangat, Charlie Brown?"

"Masalah kamu ini sebenarnya," katanya selepas Charlie tidak menghiraukan soalannya., "Masalah kamu ini sebenarnya kerana kamu adalah kamu!"

"Jadi apa yang boleh saya buat?" balas charlie dengan rasa jengkel.

Lucy menjawab, "Saya tidaklah pandai menasihati orang lain. Saya hanya dapat tunjukkan masalah kamu sahaja."

Individu yang suka membantu orang lain tidak bertindak seperti Lucy. Kebanyakan mereka bersikap seperti Henry Ford yang berkata, "Jangan cari kesalahan sahaja, carilah jalan bagi menyelesaikannya."

Dalam organisasi, ramai yang bertindak seperti watak Lucy dalam kartun Peanuts. Mereka gemar melambakkan masalah ke meja pimpinan organisasi, kemudian pergi mengumpul masalah lain pula :p