mahasiswa robot
2:11:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Pada tahun 1971, gerakan mahasiswa dan rakyat negara ini menjadi terpana seketika apabila kerajaan telah memperkenalkan AUKU. Akta ini menjadi penyumbang terbesar kepada kelesuan gerakan pelajar dan masyarakat kampus di negara ini, sehingga ditentang oleh parti oposisi, para cendekia bahkan parti komponen kerajaan seperti parti gerakan.

Dalam konteks negara Malaysia hari ini, kita merasa sangat sedih dengan kekangan terhadap gerakan mahasiswa kerana kesannya terhadap intelektual amatlah buruk, universiti menjadi sekadar sekolah tinggi yang hanya bertujuan membekalkan pasaran tenaga kerja. Kampus hari ini amatlah sepi dengan budaya kritikan yang sihat, bukan sahaja mahasiswa ayng membisu malahpara cendekiawannya hanya terpasung dalam kesejukan bilik kuliah berhawa dingin. Secara statiknya pula kita makin jauh ketinggalan daripada penarafan universiti yang cemerlang dalam dunia. Universiti telah dipolitikkan sedarjah politik cawangan, akhlak buruk anak kampus mula menghiasi dada akhbar, menggantikan kehebatan pidato yang bersemangat membela rakyat di Sudut Pidato Universiti Malaya dalam dekad 60an dan 70an.

Suasana kampus hari ini sampai ke tahap "menopause", kenyataan pimpinan kampus utama yang tidak bergigi malah kemandoman aktivisme pelajar juga menjadi faktor penyumbang kepada kelesuan intelektual. Ranking universiti awam kita yang semakin tercorot di pentas antarabangsa.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah antara faktor penyumbang kepada kelesuan gerakan pelajar di negara ini. Budaya takut yang berjaya dilahirkan daripada akta ini telah menumpulkan budaya kritis dan analitis pelajar. AUKU telah memberi saham kepada ketakberdayaan gerakan pelajar negara ini.