Travelog Aspirasi Ramadhan
2:10:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Alhamdulillah, travelog aspirasi ramadhan telah berlalu dengan jayanya. Ia berlangsung di Cameron Highland. Saya ditugaskan untuk menjadi Camp Commander bagi travelog ini. Pada awalnya, andaian saya terhadap tugas sebagai camp commander ni senang ajer, tapi andaian itu kian meleset bila saya sendiri mengalami saat-saat itu. hehe..cuaca yang sangat sejuk hanya mengigit-gigit tubuh saya yang kecil ini. Nak jalan pun susah, adeh! Tambah pula, kena banyak keluarkan command, jerit dan bercakap di bulan ramadhan. Tuan President Institusi Usrah dah bagi nasihat awal-awal supaya saya tingkatkan stamina se-maxsimum mungkin.

Yang seronoknya, walaupun badan dihinggap rasa keletihan yang teramat (huhu!), tapi semua rasa-rasa tu hilang bila saya melihat adik-adik peserta. Entah kenapa..saya pun tak tahu. Mungkin sebab perasaan sayang saya pada adik-adik peserta lebih memuncak berbanding perasaan-perasaan lain. Alhamdulillah, saya awal-awal lagi dah setkan niat untuk mentarbiyah mereka. Maka senyum saya adalah senyum tarbiyah, marah dan teguran saya adalah untuk mentarbiyah, santai saya adalah untuk mengukuhkan ukhuwah, diam saya terhadap karenah mereka tanda sayang pada mereka. hehe, pening saya. entah kenapa rasa kasih dan sayang pada mereka melonjak-lonjak. Saya pun tak tau dari mana datang perasaan tu. Mungkinkah saya ni dah nak jadi bapa? erk.. (masih muda kot!)

Ni antara sebahagian kecil gambar-gambar yang saya ada. Ada banyak lagi. Nanti kalau pihak persatuan dah upload gambar-gambar travelog dalam online storage, nanti saya hebahkan. Buat masa ni, tengok je la gambar-gambar ni. Hensem dan cumel tak saya? hehe..