menerobos halangan !
12:20:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Aku bukan Umar AlKhattab. Aku bukan Ibnu Qayyim. Aku bukan Al-Qaradhawi malah aku bukan Tuan Guru Nik Aziz ! Aku hanya insan biasa. lahir daripada latar belakang keluarga yang biasa. dibesarkan dengan cara yang biasa tetapi aku mahu menjadi orang yang luar biasa !

Orang yang hebat adalah mereka yang mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah lampau. Orang yang hebat adalah mereka yang boleh dipimpin dan memimpin, boleh menegur dan ditegur. Orang yang hebat adalah mereka yang berjiwa besar. Orang yang hebat adalah mereka yang berjiwa singa bukan berjiwa kambing.
Saf Kepimpinan Institusi Usrah Sidang o8/o9
12:06:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh".
Surah As-Saff : 4

Official Website :
http://www.iumelaka.com/v1/
Taman-Taman Syurga di Dunia ~
8:49:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

JADUAL MINGGUAN KULIAH

MASJID AL-IRSHAD MMU (MELAKA)

HARI

PENYAMPAI

KELAS/MASA

ISNIN

UST MOHD NAJIB B KHASIM

(PENSYARAH MMU)

HADITH

Masa : maghrib – Isyak

SELASA

UST AHMAD B ZAINAL ABIDIN

(PENSYARAH MMU)

AYAT HUKUM

Masa : Maghrib – Isyak

RABU

UST AMSYARI B JAIS AL-HAFIZ

(JAIM)

TAJWID & TARANNUM

Masa : Maghrib – Isyak

KHAMIS

(ceramah bulanan)

UST ZAMIHAN B MAT ZIN

(ILIM)

TAUHID

Masa : Maghrib – Isyak

*1 Bulan sekali

Tarikh :

27 November 2008 / 18 Disember 2008

19 Febuari 2009 / 19 Mac 2009

09 April 2009 / 07 Mei 2009

JUMAAT

SHEIKH SALAH AL-QADERI

(Jemputan ALS)

PROCEEDING INTERPRETATION Of LOW VERSES

(Bahasa Arab)

Masa : Selepas Maghrib

*2 Minggu sekali

  • Kelas telah disambung semula bermula pada 19 November 2008
  • Ceramah bulanan Ust Zamihan akan bermula pada 27 November 2008
Assalamu'alaikum wbt,

Berikut merupakan jadual kelas pengajian ilmu yang sedang berlangsung di Masjid Al-Irsyad MMU. Saya menjemput kalian semua untuk turut sama-sama turun ke masjid, bersetentang mata dengan ustaz di bawah satu bumbung yang dipayungi jutaan malaikat memohon rahmat dan keampunan bagi orang-orang menuntut ilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.



"Usrah is the Nucleus of Da'wah"

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil
Exco
Da'wah and Tarbiyah Bureau
Usrah Institution 0809
Multimedia University
Melaka Campus
Phone no. : 013-6285901
E-mail : zuhud_life@yahoo. com
Website : http://www.iumelaka .com/v1/



saja-saja jer : Flat Earth Theory
12:47:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

adakah ini gambaran flat earth ?? ngee ~~ seram kot !


Dalam satu perbincangan ilmiah, kitorang ada sentuh bab bentuk bumi yang sebenarnya tau. Then aku mencelah. Beri sikit pendapat laa, yang ada satu theory yang mengatakan bahawa bumi tu rata. Ia dipanggil Flat Earth Theory. Kitorang teruskan perbincangan, agak menarik bincang bab-bab macam ni. 5 jam discussion focus bab ni pon takper..aku rela beb.

Ada sorang hamba Allah yang keluarkan satu ayat alQuran, ayat 6 daripada surah An-naba', " Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?"..tapi dia kata, wallau'alam laa. mungkin juga ayat tu ada yang tersirat.


Member haku sorang ni pulak bagi kaedah mantik laa kononnya, "cuba bayangkan sekor semut yang dok atas bola yang besar, dia nampak flat jer, tapi hakikatnya bumi sfera !, so sama laa macam kita dok atas bumi ni"..


Aku mencelah lagi, "sebenarnya saya rasa, kita dok kat bumi ditipu dek angkasawan tak?? NASA yang bertanggungjawab sorokkan info tentang bumi ni."..
Otak dan akal aku berputar laju, pikir kot-kot dapat jawab theory ni..cheewah. Setahu aku dulu gallileo gallilei (saintis yang bina telescope) laa yang kuarkan statement yang bumi adalah pusat kepada earth. tapi pendapat beliau ditentang dan dia dibunuh !

aku balik rumah, terus jer google google internet bab flat earth theory ni. bukan apa, just curious ! aku google dalam wikipedia, kot-kot jumpa jawapan tentang theory ni..then klik laa forum sepupu aku, atasbawah.com..haha jumpa pon ! baca dan terus baca lagi.. kepala dah fenin macam lalat.. aku rest jap, dan berhasrat nak kaji lagi bab flat earth ni kemudian hari..aku tutup laptop dan buka buku, study...

Pokoknya, apa yang aku nak sampaikan eh? aku pon tak tahu (huhu!)..gurau jer !


1) sahutlah seruan Allah daripada surah Al-Alaq yang menyuruh kita belajar dan mengkaji.
- tak ramai yang suka mengkaji terutama umat melayu. bukan nak hina, tapi tu adalah hakikat yang tak pernah berubah sejak sekian lamanya.

2) bila kita kaji, kita tahu dan kita tak mudah ditipu. - orang barat dari dulu lagi dok rancang macam2 benda untuk jatuhkan islam. kita ja tatau semua tu.

3) sudahkah anda baca bab theory flat earth?
New World Order (NWO) 2
1:02:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Cendikiawan agung Islam Badiuzzaman Said Nursi menggambarkan dalam satu perenggan garis panduan utama tanggunjawab ini :

"Kekejaman yang dilahirkan oleh falsafah alam semula jadi dan materialisme akan perlahan-lahan menjadi kuat dan tersebar pada penghujung zaman dengan falsafah materialisme, sehingga sampai ke tahap menafikan Allah...
Jelaslah betapa bodohnya jenaka ini bagi seorang yang penting, yang dapat dikalahkan oleh seekor lalat dan tidak dapat menjadikan walau satu sayap lalat untuk mengaku tuhan."

Dengan kata lain, idea materialisme ini yang akan berkembang pada hujung zaman akan sampai sehingga sanggup menafikan kewujudan Allah. Sebaliknya, ia telah menunjukkan betapa bodohnya jenaka ini, dan bukti-bukti kewujudan Allah seperti yang diturunkan dalam AlQuran akan diketahui.

Inilah cara untuk mendekati peperangan menentang Freemason. Perkara yang paling penting uang mensti dilakukan ialah membatalkan dan menewaskan falsafah Freemason. Adalah perlu untuk memusnahkan pengaruh idea-idea ideologi ini, yang secara diam-diam dan dari jauh melaksanakan kempen prppaganda medianya, yang menjauhkan manusiadaripada keimanan mereka dan mengheret mereka daripada agama mereka dan epada mitos-mitos materialisme, humanisme, dan Darwin. Tambahan pula, kita perlu menentang aliran ini dan memaklumkan umat manusia tentang kuwujudan Allah, kesatuanNya, dan kebenaran agama. Dan ini mesti dilakukan dengan teliti dan bersabar seperti mana anggota-anggota Freemason.

Arahan yang diberikan kepada orang-orang kafir 'Ad dan Thamud bertepatan dengan situasi anggota Fremason ini :

" Syaitan memperolokkan pada pandangan mereka : amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-prang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah)" (Al-Ankabut ; 38)

Matlamatnya adalah untuk menunjukkan kebenaran kepada semua manusia, termasuk anggota Freemason dan menyelamatkan mereka daripada kesilapan mereka.




Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 1



Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 2





Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 3



Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 4



Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 5



Freemasons, Forerunners Of The Dajjal: Part 6

sumber :

1) harun yahya
2) AtasBawah.com
3) Youtube.com
ayat-ayat cinta
11:15:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Mutiara Yang Hilang
9:27:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?"
Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim
berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Barack Obama Mara Ke White House
10:05:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
'Hello Obama. Goodbye McCain'. And welcome to the new era, new dimension. Itu yang dapat saya ungkapkan sejurus sahaja mengetahui keputusan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Satu perkembangan baru bagi politik dunia seluruhnya.

Namun, saya bukan pendokong Obama apatah lagi McCain. Saya hanya rakyat kerdil Malaysia yang cintakan keamanan dunia. Saya mahu melihat keharmonian yang telah diragut oleh pimpinan-pimpinan Amerika Syarikat terdahulu terhadap negara-negara islam khususnya, diubati dengan perlantikan Obama sebagai presiden baru menggantikan George W Bush, si rakus.

Kendatipun begitu, sejauh mana Obama boleh bertahan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang sememangnya didalangi oleh 'hidden hand' di sebalik tirai politik Amerika Syarikat? 'Hidden hand' yang saya maksudkan adalah 'Majlis Syura' yang mengatur langkah yahudi bagi membentuk Novus Ordo Seclorum atau New World Order. Ini hakikat yang tidak pernah berubah !

Apapun, syabas dan tahniah buat Barack Obama. Semoga beliau membuka satu dimensi baru buat seluruh umat manusia. Apa pandangan anda ?


Mengkritik bukan bererti membangkang,
Memuji bukan bererti mendokong,
Ini hanya pandangan dangkal,
Khilaf fikiran adalah rakan yang paling rapat.



Klik imej untuk akses ke laman itu

New World Order (NWO) 1
10:49:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Saya terbaca satu hadis Rasulullah SAW, "Sesiapa yang mempelajari bahawa sesuatu kaum itu,ia terselamat dari rancangan jahat mereka". Setahu saya hadis ini bukan hadis Hassan Sahih, tetapi hadis ini mempunyai makna yang sama dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi,Hakim, Abu Daud, dan Ahmad.

Baru saya sedar akan peri pentingnya kita ambil tahu perancangan dan perkembangan ideologi atau falsafah kufur sang kafir. Sebab sebelum ini, saya tidak tahu bahkan malas nak ambil tahu. itulah budaya kita, malas. jangan sampai terhantuk baru nak tergadah ! Dengan mengetahui hakikat ini kita tidak mudah terperangkap dalam jaring - jaring yang mereka cipta.

Saya tertarik untuk membongkar tentang gerakan Freemason yang merupakan satu aliran fikiran. Gerakan Freemason adalah satu subjek yang telah banyak dibincangkan selama beberapa abad. Ada orang mendakwa Freemason sebagai jenayah dan kejahatan yang hebat. Daripada cuba memahami 'persaudaraannya', dan mengkritiknya sebagai objektif, kritikan telah menjadi musuh kepada organisasi ini. bagi pihak mereka pula, anggota-anggota Freemason ini telah mengekalkan tradisi berdiam diri berhadapan dengan dakwaan-dakwaan ini, mereka lebih cenderung menonjolkan diri mereka sebagai sebuah kelab sosial biasa sedangkan mereka tidak.

Kesan paling penting dalam kalangan penganut Freemason ialah falsafah mereka yang lebih sesuai digambarkan berdasarkan kepada beberapa istilah seperti 'metarialisme' dan 'humanisme sekular'. Bagaimanapun, ia adalah satu falsafah songsang yang berasaskan kepada andaian-andaian silap dan teori yang salah. Ini adalah titik permulaan asas di mana Freemason ini perlu dikritik. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa angota Freemason bebas membuat pilihan dan menganut apa saja pandangan dunia yang mereka kehendaki dan hidup berdasarkannya. Sama juga macam kita. Ini adalah hak asasi manusia, the choice in your hand. Penulisan ini hanya sebagai satu kritikan kepada mereka supaya kembali kepada fitrah dan juga membuka mata kita semua, Open Your Mind. Dan bukankah kritikan itu juga merupakan hak asasi manusia, hak untuk bersuara?

Sedikit lagi info tentang Freemason yang mereka ni bertanggungjawab dalam membuat satu barrier orang-orang Eropah daripada agama,dan pada kedudukannya,ia mengasaskan satu tatacara baru berdasarkan kepada falsafah materialisme dan humanisme sekular. Orang-orang Freemason ini juga begitu berpengaruh dalam memaksa dogma-dogma ini ke dalam kebudayaan bukan Barat. Saya ada baca satu buku yang dicatit oleh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, yang bertajuk ISLAM dan DEMOKRASI ;

KITAB INJIL (bukan yang asal) menyebut,
"Give to Caesar what is Caesar's, and to God what is God's."
Apabila diterjemahkan ia memberi makna, "Berikan kepada raja apa yang menjadi milik raja dan berikan pada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan."

Ternyata sekali Kitab Injil yang dipinda ini telah gagal memacu cara hidup manusia dan menangani urusan duniawi. Kesannya, berlaku pelbagai pergolakan luaran dan dalaman oleh puak Barat. Keadaan ini mempengaruhi perkembangan pemikiran yang melahirkan berbagai-bagai teori ciptaan manusia yang tidak bertunjangkan agama yang hak di barat, seperti Freemason ini.


Gambar :

Masonic Lodge

Wang Kertas 1 Dolar Amerika Syarikat



Video :




ILLUMINATI FREEMASON SYMBOLS IN CORPORATE LOGOS EXPOSED









Novus Ordo Mundi (New World Order)



Anda harus terus mengkaji dan menganalisa. Kemudian anda akan lihat banyak subjek dari aliran fikiran sehinggalah tajuk-tajuk utama akhbar,lagu-lagu rock kepada ideologi-ideologi politik dengan fahaman yang lebih mendalam, dan tilikan yang lebih tepat terhadap makna-makna dan matlamat-matlamat di sebalik peristiwa-peristiwa dan faktor-faktor.


sumber :
1) Kitab Maza ya'nni intima'ie lil Islam
2) Harun Yahya
3) atasbawah.com
4) Youtube (dah jadi Main Streem Media)
5) Google Earth (klik sini dan tulis : Hyde Park,London untuk melihat Hyde Park Masonic Symbol)