Are You Going To Finish Strong
12:00:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Aku masukkan entry kali ni sebagai satu boost-up kepada semangat aku yang semakin melemah ! Arghh..aku pun tak tahu kenapa semangat aku kian hilang dan lemah. Apa yang perlu aku buat ? Mungkin ker aku patut muhasabah balik diri dan pertajamkan balik motif hidup yang sudah menumpul? Ustaz Najib Khassim ada ingatkan aku supaya meletakkan hadaf (matlamat) di tempat yang paling tinggi iaitu Allah. Kalau letak hadaf diposisi yang paling tinggi, apa-apa mehnah dan tribulasi yang mendatang, pasti aku tidak mudah putus ada. Aku juga ingat satu doa Umar Al-Khattab, 'Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari orang zalim yang kuat dan orang mukmin yang lemah.' Haa..korang nak tahu apa kata M.A. Uswah ? Beliau kata, "Islam agama tercintaku, Melayu bangsa sejatiku, Bahasa Melayu bahasa terindahku. Ku bangga menjadi bangsa Melayu yang Islami. Oleh itu, jadilah muslim sejati, jadilah juga melayu sejati."

Aku tertarik dengan video kat atas ni. Apa yang mengkagumkan, walaupun brother tu tak punyai akidah yang sohih jika dibandingkan dengan kita tapi dia sungguh berani dan rela untuk meneruskan hidupnya walaupun tangan kaki takade. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bersedia untuk menempuh risiko demi perjuangan yang kita junjung? Anda berani? Jawab soalan aku ni...
Memori Lalu
2:37:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Tengah-tengah kesunyian dalam bilik, ana teringat kat sahabat-sahabat sekolah dulu. Perasaan rindu mendorong ana untuk masukkan entry dan gambar sahabat-sahabat sekolah dulu. Gambar-gambar ni dok tersimpan jer dalam folder tak buka-buka. So, saja letak kat blog supaya bleh ana tengok kalian selalu. hu3!, Uhibbukum jamiaan ~



Ni gambar selepas Pertandingan Debat Ala-Parlimen. Agak-agak, kami menang tak? hu3!..




Sahabat-sahabat seperjuangan


Kak Maisarah


Beraya di rumah Cikgu Zawawi. Seorang guru yang berdedikasi.

http://melorian.ning.com/profile/NikMuhammadAmin


Kemenangan Bersama !
12:38:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Tahniah buat Dato Seri Ir. nizar Jamaluddin. Tahniah juga buat Gerakan Islam yang semakin diterima ramai. Takziah buat BN yang semakin mereput !
My Life ?
12:03:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Saja saya ambil beberapa minit untuk update blog yang dah naik sawang ni, hu3!.. Then terfikir nak letakkan post yang cumel kat bawah ni. Post kali ni saya tujukan khas buat diri saya dan kepada student IPT lain amnya. sebijik macam anda tak? huhu!


Once the new semester start…

At the first week:
user posted image

At the second week:
user posted image

Before the mid-term test:
user posted image

During the mid-term test:
user posted image

After the mid-term test:
user posted image

Before the final exam:
user posted image

Once know the final exam schedule:
user posted image

7 days before final exam:
user posted image

6 days before final exam:
user posted image

5 days before final exam:
user posted image

4 days before final exam:
user posted image

3 days before final exam:
user posted image

2 days before final exam:
user posted image

1 day before final exam:
user posted image

A night before final exam:
user posted image

1 hour before final exam:
user posted image

During the final exam:
user posted image

Once walk out from the exam hall:
user posted image

After the final exam, during the holiday:
user posted image

………………….?????


~ Dipetik dari blog Ameel ~

Siapa Ghuraba'
12:12:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang yang asing”. Hadis ini mahsyur dan menjadi pembakar semangat penggerak-penggerak islam seluruh dunia. Saya tertanya-tanya, siapakah golongan yang asing atau ghuraba tu?

Saya teringat satu kisah sirah, ketika mana Saidina Umar Al-Khattab sedang bertawaf di Ka'bah, dia terlihat seorang lelaki yang seolah-olah melekat di pintu Ka'bah. Lelaki tu sedang berdoa, "Ya Allah jadikanlah aku sedikit. Jadikanlah aku sedikit!". Kemudian, selesai sahaja bertawaf sebanyak 7 pusingan, Umar Al-Khattab menarik lelaki tersebut dan bertanya akan kenapa lelaki itu meminta sedikit sedangkan kebanyakan orang mahukan yang banyak. Maka jawab lelaki tersebut, "Tuan, bukankah Allah ada menyebut dalam Al-Quran, hanya sedikit yang bersyukur, hanya sedikit yang berzikir, hanya sedkit yang ingat akan Allah, hanya sedikit yang mengigati mati...Jadi saya nak jadi yang sedikit itulah tuan" Lantas, Umar Al-Khattab memeluk lelaki tersebut dan berkata, "Kamu jugalah yang faham isi kandungan Al-Quran"

Jadi teman-teman,kita tak perlu rasa pelik kalau yang nak mai solat tu sedikit, yang nak sedekah sedikit, yang nak ingat pada Allah sedikit, yang nak berjuang pada jalan Allah tu sedikit sebab Allah dah kata dalam Al-Quran, memang golongan itu sedikit. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit itu.

"Yaa Allah, jadikan aku golongan yang sedikit itu"