LAFAZ CINTA DI LEMBAH PENUH DOSA
8:36:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Maghrib yang hening tadi, membawa saya untuk membelek kembali surah Yusuf. Merenung ayat ketiga sudah cukup untuk menginjak-injak jiwa, bercucuran air mata. Merenung sebuah kehidupan yang penuh liku dan simpang.

Saat ini, terjadi beberapa isu di sekeliling saya yang membawa saya untuk kembali membaca kisah belati cinta si Zulaikha kepada Yusuf as. Suatu kisah yang paling baik untuk kita jadikan ikhtibar buat diri dan taulan, sepertimana firman Allah SWT menerusi ayat ketiga dalam surah itu :







"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."


Ayat-Ayat Cinta




Sebuah cerita cinta, lebih kerana hablum minallah, demi keagungan takbir di lembah-lembah penuh fitnah dan dosa. Itulah gambaran yang terpapar dalam sebuah cerita yang mengangkat kisah nabi Allah Yusuf as sebagai tulang belakang kepada plot cerita Ayat-Ayat Cinta.

Teringat beberapa isi penting dalam buku Aku Terima Nikahnya, sentuhan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil lewat pembacaan saya beberapa bulan yang lepas. Isi buku yang membawa saya untuk berfikir jauh membelah tahun demi tahun. Sarat dengan nasihat yang boleh disedut.

Allah SWT mengajar manusia supaya mengurus cinta sebaiknya. Ia ibarat petrol yang membakar. Kuasanya digunakan untuk menjana kuasa kerja. Ia mudah terbakar. Pantang disentuh, terus menyala. Oleh yang demikian, manusia awal-awal lagi dinasihati supaya berhati-hati dengan cinta.

Namun, manusia sering lupa. Mungkin kerana kurangnya kasih sayang dalam kehidupan menyebabkan manusia tidak menyempat-nyempat untuk bercinta, mengisi kekosongan jiwa mungkin. Dalam usia seputik jagung, fikiran yang belum matang dan dorongan nafsu yang membara, akhirnya ramai remaja yang dibius cinta.

Aku Dibius Cinta

Aku dibius cinta. Lagu nyanyian Melly Goeslow, memberi satu gambaran holistik akan gejala menyimpang muda-mudi.

Aku dibius cinta bukan lagi soal baru. Ia pernah berlaku sejak dahulu lagi. Dibius cinta juga merupakan bencana yang menimpa wanita bergelar Zulaikha.

Manusia yang dibius cinta sudah hilang pertimbangan waras fikirannya.

Keinginan yang membuta tuli hasil 'tarbiyah' keserakahan nafsu yang menjijikkan menyebabkan terangkat segala rasa malu yang membawa seseorang kepada kerendahan nilai diri. Aku dibius cinta juga mampu menyesatkan seseorang dalam cahaya yang terang benderang. Dek kerana mengejar cinta, tidak mustahil, wanita yang bertudung labuh mampu tercabut rasa malunya, lelaki berjanggut sejemput juga mampu hilang pertimbangan waras akalnya. Bahana cinta yang tidak terpimpin.

Cinta sebegini bukan sekadar buta, malah membutakan. Cinta ini bukan sahaja membius kewarasan minda. Malah, cinta ini juga mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata. Kesesatan itu menjadikan Zulaikha GILA.

Bius itu satu kelumpuhan. Resapnya merebak keseluruh badan. Manusia yang dibius cinta tak lut dengan cakap-cakap biasa manusia sekeliling. Malah, debat kita dan dia hanya menambah jauhnya kita dengan dia.

Bagi mereka yang bersungguh-sungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu untuk mencegah diri daripada biusan cinta, hanya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf as. Tidak tunduk kepada cinta songsang. Tidak tunduk pada paksa. Tidak tunduk pada suasana.

Kata Yusuf as,







" Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan terjadilah aku dalam golongan orang-orang yang jahil".

Cinta itu besar nilainya. Cinta itu suci. Maka, janganlah kotorinya dengan nafsu yang membalut jiwa.

Penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Kembalilah kepada nasihat Allah SWT dengan memegang tali-tali Allah. Jangan sekadar berdolak dalik secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha untuk bermujahadah. Yusuf sanggup meringkuk dalam penjara bertahun lamanya demi menjaga diri dari terbius biusan cinta.

Berhati-hatilah dengan cinta. Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

Lafaz Cinta di Lembah Penuh Dosa

Tidak semua orang akan mampu kekal sebagai muslim dan muslimah yang teguh iman cintanya kepada Allah SWT. Di kala dia terus hidup berdampingan dengan lembah hina yang penuh dengan kemaksiatan, kejahatan dan kekufuran. Tapi, di tengah lumpur dosa yang pekat itulah, berpijar gelombang pahala dan kasih Allah bagi mereka yang istiqomah mengumandangkan nama Allah, bersujud kepadaNya, dan membangkitkan hidupnya untuk mengorbankan nyala iman di relung hati. Inilah aura hati yang penuh cinta, yang selalu menyala dari lembah hina yang penuh dosa.

Jadilah umpama air jernih yang mengalir, suci lagi menyucikan. Bukannya air yang bertakung, mengundang keladak, tercemar dan mengeluarkan bau yang memeningkan.

p/s ~ Entry ini saya tulis untuk melepaskan segala tekanan yang membatu dalam minda. Walaupun dalam kehangatan final exam, namun saya gagahkan diri demi sebuah ketenangan jiwa dan keharmonian emosi. Ia tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah pergi. Hanya potret jiwa yang mampu dikongsi bersandarkan pembacaan saya dalam beberapa buah buku. Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Lafaz-lafaz cinta, Kitab cinta Yusuf dan Zulaikha. Isinya masih tergantung, akan disambung jika masih ada mood untuk entry sebegini. Huh! Apapun, cinta itu tiada salahnya, namun jiwa-jiwa lemah longlai yang tidak mampu berhadapan dengan realiti cinta akhirnya membawa kepada cinta songsang yang menyesatkan. Tenggelam dalam gelap zulumat. Nauzubillah.

.
BUAT TEMAN
2:23:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin














Siulan angin seirama rentak bayu,
Hembusan rindu berbaur kenangan lalu,
Di sinilah aku menanti,
Menunggu kehadiranmu yang belum pasti,

Teman…

Aku insan terpinggir Cuma,
Melayari lautan berapi,
Mengharungi onak dan duri,
Termaktub kata-kata,
Berbirai duka berhamparan permata,
Layakkah aku?
Menagih kasihmu yang padu,
Menagih cintamu yang satu.

Mode : Jiwang sket ~

.

IF YOU HAVE NEVER FAIL, YOU HAVE NEVER LEARN
3:45:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin







Saya sungguh tertarik dengan video klip yang ringkas dan padat ini.

Ia memberi semangat pada saya, yosh !

Ia memaparkan beberapa nama tersohor di peringkat antarabangsa dalam bidang masing-masing. Mereka telah banyak menyumbang sesuatu yang bernilai kepada masyarakat dan dunia.

Keupayaan mereka dalam bidang yang mereka ceburi telah banyak memberikan kesan yang besar kepada masyarakat dan menjadikan mereka luar biasa.

Mereka pernah gagal, tapi mereka tidak pernah berhenti mencuba.

Mereka cekal dan gigih.

Mereka tidak kenal erti putus asa.

Mereka tabah.

Mereka berani mencuba.

Mereka optimistik.

Mereka berfikiran jauh.

Mereka berjiwa besar.

Mereka berani mengoyak tradisi dan status-quo.

Akhirnya, mereka menjadi idola dunia.

Antaranya ;

Abraham Lincoln
Mantan Presiden America







Michael Jordan
Pemain basketball dunia










Nick Vujicic
Motivator













Thomas Edison
Inventor













Amin al-Zanki
I wanna be somebody










Mari kita kembali ke negara kita sendiri. sebagai seorang pelajar, Dr Mahathir Mohamed gagal terpilih untuk diberi biasiswa melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan hanya mendapat temapt belajar di dalam negeri, waktu itu di Singapura dan berjaya lulus sebagai doktor perubatan. Seorang tokoh cendekiawan Melayu yang luar biasa ialah Anwar Ibrahim. Semasa di sekolah beliau gagal memasuki aliran sains, dan seperti Dr Mahathir juga, beliau gagal terpilih belajar di luar negara, dan hanya belajar di Universiti Malaya, di situ pun beliau mengulang setahun. Beliau menubuhkan sebuah persatuan belia yang paling berpengaruh di negara iniaitu Angkatan Belia Islam Malaysia. Persatuna ini sekarang mempunyai hampir 400 buah tadika dan sekolah di seluruh negara yang dikendalikan oleh ahli-ahli persatuan itu.

Sekadar menyebut satu lagi nama, barangkali tidak ada remaja Melayu yang tidak pernah menikmati kelazatan burger berjenama Ramly Burger. Kini En. Ramly bin Mokni ialah pengeluar burger yang terbesar di Malaysia dengan nilai jualan RM50 juta setahun. Beliau hanya setakat lulus Sijil Pelajaran Malasi dan tidak pernah memasuki mana-mana universiti.

Tertarik dengan beberapa ayat yang memberi semangat dari seorang kenalan dari IIUM, aktivis dakwah kampus Maaruf Club, juga mantan pengerusi SIGMA, Ustazah Rafidah Jannah.

Sebenarnya semua orang bisa menjadi tokoh yang berpengaruh dalam apa jua bidang bergantung kepada usaha dan kesungguhan untuk memajukan diri masing-masing. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatuju kita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat, kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!

Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita. Pengalaman saya bersama sahabat-sahabat yang hebat dan pemikir banyak meninggalkan kesan dalam diri saya. Daripada merekalah saya belajar banyak skil kepimpinan seperti mengasah minda dan berani berhujah. Ya, saya bukan yang terbaik tapi tak salah kan jika saya mahu jadi yang terbaik! Semuanya terletak pada diri kita untuk melakukan perubahan.




Lagu ini saya dapat semasa jaulah saya dan beberapa sahabat ke Kelantan. Sewaktu lagu ini dimainkan, kami sedang sesat di Terengganu. Haha, cuak Umair yang tengah driving waktu itu sekitar 11pm.

Apapun, lagu dan post ini saya tujukan buat diri saya sendiri. Sebenarnya, apa-apa artikel yang saya tulis dalam Dimensi Minda ini adalah sebahagian usaha saya dalam menulis diri saya sendiri.

Yazza!

Mencari Spirit Yang Hilang :)

.