Pantas
3:22:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Saya harus pantas. Masa tidak menunggu saya walau sedetik. Ahh, kenapa masa begitu laju sampai saya terpaksa berlari-lari untuk mengejar masa ? Masa tidak ada kaki. Masa tidak naik kereta. Bahkan masa tidak menunggang kuda ! Kenapa masa berlalu begitu pantas ? Saya tertanya-tanya.

Masa selalu sahaja meninggalkan saya di belakang. Setiap kali saya kejar, masa makin jauh meninggalkan saya. Semput dan tercungap-cungap main kejar-kejar dengan masa ni. Penat juga kalau berterusan macam ini. Hmm mungkin ada cara lain. Saya terfikir, tidak adakah cara untuk kita berhentikan masa daripada berlalu. Mungkinkah kita buat mesin untuk memberhentikan masa? jadi senanglah kita nak kejar masa, ye tak?

Kalau masa boleh diberhentikan, saya akan kumpulkan semua profesor-profesor seluruh dunia untuk membentangkan kertas kerja mesin memberhentikan masa. Tapi tak mungkin. Siapa kita nak berhentikan masa ni sedangkan masa milik Allah. Ahh tak mungkin ! Jangan merepek.

Kalau macamtu saya la yang kena berusaha sungguh-sungguh kejar masa. Selepas ni saya akan bergerak lebih pantas. Setiap gerak-geri saya mesti pantas belaka, macam Bruce Lee, lagenda kungfu. Dia ni terkenal dengan kepantasan. Apa-apa saja mesti pantas.

Apa yang perlu saya pantas :

1) membaca notes
2) menulis peta minda dan mengira
3) makan dan minum ( kalau nak makan nasi sepinggan, 5 minit pon boleh, 1 jam pon boleh)
4) berjalan dari kampus ke rumah sewa
5) berfikir dan mengeluarkan keputusan
6) tidur (tidur pon boleh pantas ker? saya akan cuba)

Ingat sahabat-sahabat, masa tidak menunggu kita. Beberapa pepatah arab saya ingat, "masa itu umpama pedang, kalau kita tidak pancung masa, ia akan pancung kita ", dan ' masa ni kalau kita tidak menggunakan untuk kebaikan, pasti kita akan gunakan untuk keburukan."

p/s ~ penulisan ini sekadar mengingatkan saya supaya saya lebih menghargai masa.

"itu adalah permulaan bagi hari yang baru. Allah telah memberi hari ini untuk digunakan sekehendak hatiku. Aku boleh menghabiskan masa itu atau menggunakannya untuk sesuatu yang berhasil. Apa yang aku lakukan adalah penting kerana aku menghabiskan satu hari dalam hidupku untuknya. Bila hari esok menjelang, hari ini akan hilang selama2nya, meniggalkan ditempatnya sesuatu yang telah ku ganti dengannya. Aku mahu ia menjadi keuntungan bkn kerugian; bkn jahat; kejayaan,bkn kegagalan, supaya aku tak insaf akn harga yang telah ku bayar untuk hari itu"