Simposium Mahasiswa
3:18:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan idea-idea pembaharuan, sehingga sanggup berkering tekak bagi memastikan objektif dan wawasan perjuangan mereka kesampaian. Apa yang pasti usaha mereka sentiasa dihargai masyarakat, para pemimpin negara dan juga agama.

Hakikatnya, itu cuma senario dari lipatan sejarah kita puluhan tahun dahulu. Kini, angkatan belia muda atau dengan lebih spesifiknya golongan mahasiswa,kita dianggap lesu dan tidak bermaya. Tiada lagi kedengaran suara-suara dari para pejuang muda atau kelihatan kelibat tokoh-tokoh kepimpinan muda yang patut dibanggakan oleh masyarakat. Persoalannya bagaimanakah ini boleh terjadi? Di manakah generasi muda di mata masyarakat? Apakah telah padam obor kepimpinan generasi muda yang suatu ketika dahulu marak menyala? Apakah tiada kesinambungannya kini?

Jadi,dalam melahirkan waris kepimpinan yang hebat, kita perlu bersama menyingsing segala kekuatan yang ada dalam mencorakkan gaya kepimpinan yang akan mentadbir negara ini pada masa akan datang.Pelan tindakan bagi mengizinkan berlakunya transformasi di dalam tampuk kepimpinan mahasiswa seharusnya telah dilaksanakan!

“Sememangnya mahasiswa sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya agar dapat menjadi seorang pemimpin –pendidik ataupun transforming leader yang mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan datang biar mereka menjadi pemimpin negara. Menginsafi keadaan ini, pemimpin mahasiswa perlulah menoleh kembali peranan mereka. Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan. Hanya mahasiswa yang mempunyai visi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf(berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan(managing changing) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin(membawa rahmat ke seluruh alam).
-Mustafa Kamil Ayub, 1989

Atas dasar kesatuan dalam membina kepimpinan yang ampuh jua lah kami berasa terpanggil untuk mengadakan Simposium Mahasiswa pada tahun ini.Simposium ini bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran di kalangan mahasiswa tentang peri pentingnya mencapai satu aliran pemikiran yang sama dalam seluruh organisasi kepimpinan Islam. Peserta Simposium ini juga akan disajikan dengan santapan minda dan rohani yang diharapkan dapat memberikan gambaran tentang corak kepimpinan yang matang dengan adanya persamaan aliran pemikiran yang berlandaskan syariat Islam dan cara terbaik untuk menangani masalah di dalam sesebuah organisasi kepimpinan.InsyaAllah…



Ayuh sertai kami!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di atas(poster) atau pun hubungi saya terus :)
Muga usaha kita ini diberkati Allah..Amin...

sumber : Ukhti Iszyani
Faruk Aksoy Lancar Filem 'Fetih 1453'
12:25:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin








Saya sudah tidak dapat menahan kesabaran untuk tengok movie yang hebat ini !

Teringin nak wujudkan Akademi Kepimpinan Al-Fateh di bawah Institusi Usrah. Walaupun idea ini agak melangit dan idealistik, tapi saya suka jadikan sesuatu yang idealistik kepada realistik.