Urus Fikiran !
8:45:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
1. Sebaiknya kita perlu tahu bagaimana untuk mengurus fikiran.

2. Saya mengalami tekanan fikiran yang agak serius beberapa hari yang lepas. Akibat daripada gagal mengurus fikiran dengan baik. Ya, terlalu banyak perkara yang berserabut dalam benak fikiran. Tambahan pula, tiada masa yang sesuai di'gazet'kan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

3. Penulis dan penyajak James Joyce berkata, "Apa yang kita fikir, itulah hasil yang akan kita keluarkan." Dan musuh kepada fikiran yang baik adalah kesibukan. Saya suka 'list-out'kan semua kerja-kerja yang saya ingin buat dalam senarai list-to-do peribadi saya untuk seharian atau secara mingguan. Pada asasnya, ia suatu tindakan yang bijak. Namun saya silap. Terlalu banyak list-to-do hanya mematahkan semangat dan ia telah menggerunkan saya. Ia makin menambahkan tekanan dalam menyiapkan kesemua list-to-do tersebut. So bagaimana? He3...

4. Wujudkan 'tempat berfikir'. Mungkin saya perlu mencari satu tempat yang paling banyak merangsang otak saya untuk berfikir.

5. Law of attraction ; fikiran adalah energi yang sangat kuat, bergetar dengan frekuansi yang sangat tinggi. Benda-benda yang memilki frekuensi yang sama akan saling tarik menarik. Positif menarik positif manakala negatif menarik negatif.

6. Segala sesuatu yang terjadi oleh kerana fikiran, dan keberadaan kita sekarang adalah komulasi hasil fikiran kita masa lalu. Berfikirlah bahawa anda gagal, maka anda akan bertindak secara gagal. Tetaplah membiarkan pemikiran negatif dalam diri anda, sama artinya anda membina satu hambatan yang besar untuk masa depan anda.

7. Apa yang anda fikirkan tentang diri anda akan menentukan hidup anda. Sebab itu, dalam satu usrah bersama adik-adik, saya pernah melontarkan satu metafora yang perlu mereka fikirkan secara mendalam, iaitu ''Siapa anda menentukan bagaimana anda melihat, apa yang anda lihat itulah yang anda akan dapat".

8. Apa yang anda gambarkan tentang diri anda akan selalu lebih kecil daripada SIAPA anda yang sebenarnya. Kenali diri, jana potensi ! Sebab tu ada orang kata, kadang-kadang dunia tidak perlu untuk dirubah, tetapi cara kita berpikir tentang dunia yang perlu dirubah.