Ketegasan Dalam Memimpin
12:28:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Terlalu banyak nilai dalam sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Kata ustaz Najib Khassim, ''sirah yang berlaku dahulu sepatutnya dijadikan salah satu panduan penting untuk menyelesaikan pelbagai kemelut yang berlaku sekarang ini''.

Dalam kepimpinan sesebuah organisasi, seharusnya ada nilai ketegasan dalam memimpin orang bawahan. Ketegasan yang terbaik adalah demokratis. Pemimpin seharusnya pandai memainkan watak. Tidak salah sekiranya kita punyai beberapa watak yang berbeza dalam memimpin. Kita boleh mengenakan beberapa watak tapi natijahnya hanya satu, untuk Islam. Ingat, jangan terlalu dodoikan orang yang kita pimpin sehingga memberi impak buruk kepada gerak kerja berorganisasi. Ramai yang lembik tengkuk walhal, cakapnya hebat. Kadang-kadang kena bertegas dalam beberapa perkara.

Rasulullah SAW bersifat moderate dalam kepimpinannya. Baginda boleh bertegas dan berlembut. Begitu juga semasa kepimpinan Umar al-Khattab RA dan Abu Bakar RA. Umar RA seorang yang terlalu tegas dalam banyak perkara, tapi Abu Bakar RA bersifat lemah lembut, Abu Bakar RA telah menjadi check and balance dalam kepimpinan mereka. Sama juga kalau dilihat dalam pemerintahan Usman RA dan Ali RA.

Tuntasnya, ketegasan dalam kondisi yang dipenuhi dengan euforia seperti kondisi kita saat ini menjadi sesuatu yang istimewa jika ketegasan tersebut diiringi dengan kepiawaian dan kedewasaan dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan berbagai stake holder yang berkepentingan dengan pembuat keputusan. Maksudnya keputusan yang diambil mempunyai logik publik yang bernas sehingga menyebabkan stake holder mengakui bahwa keputusan itu semata-mata untuk kepentingan semua bukan hanya untuk kepentingan segelintir orang; apalagi untuk kepentingan sang pemimpin. Selamat mencuba :0