QAIDAH SULBAH
7:37:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Kat bawah ni saya adaptasi dari blog Presiden GAMIS sebab saya rasa sesuai untuk tatapan kita semua yang mahu bergelar Qaidah Sulbah.

Berikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah

• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas

Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh diperincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah? Saya berikan beberapa idea

• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak.
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu


Dalam masa yang sama, Qaidah Sulbah adalah orang yang beriman dan tinggi kebergantungan kepada Allah SWT serta beramal sunnah. Pengetahuan tentang agama sangat penting supaya mereka tidak melanggar sempadan syariat. Yang paling menarik, Qaidah Sulbah berani melawan ketetapan zahiriah Quran berdasarkan ilmu yang mereka miliki.

Qaidah Sulbah juga sentiasa menyibukkan diri mereka berfikir tentang benda yang besar bukanhnya ranting. Mereka memerah minda untuk menyelesaikan the big picture of something seperti tarbiah secara gambaran besar bukannya serpihan. Anda boleh menjadi Qaidah Sulbah dengan syarat anda sedia melepasi syarat-syarat yang telah dikemukakan di atas.


susah tak ?
AKU PERLU BERUBAH
4:11:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Malam itu, saya dibentak keras oleh senior-senior dalam sesi muhasabah. Mereka mengigatkan saya mengenai kondisi diri yang kelihatan lemah dan tidak terarah dalam memacu organisasi. Saya hanya mendiamkan diri dan cuba untuk menerima apa yang mereka katakan walaupun pedih dan memeritkan. Saya cuba menahan emosi kerana saya tahu itu adalah ujian atau teguran daripada Allah direct kepada saya yang selama ini selalu lalai dan lemah. Saya sedar itu.

Saya balik ke rumah dengan harapan besar untuk berubah, menjadi seorang yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Mata saya tertumpu tajam ke arah skrin laptop tatkala fikiran mula menerawang jauh mengoyak sejarah tokoh-tokoh islam kontemporari. Saya teringat Abdul Qader Awdah, Dr Abdullah Nasih Ulwan, Syiekh Faisal Molawi dan Dr Abdul Majid Zandani. Mereka sangat tegar mempertahankan islam walaupun menghadapi tribulasi yang hebat. Dr Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin Afghani juga terlintas dibenak fikiran. Mereka mempunyai ciri-ciri Qiadah Sulbah yang amat hebat ! Saya cuba untuk menghirup semangat mereka.

Saya terasa begitu kerdil. Organisasi yang kecil ini pun tercungap-cungap untuk dipikul. Apatah lagi yang besar. InsyaAllah saya akan cuba belajar dan perbaiki diri. Saya bersedia untuk dilatih dengan latihan kepimpinan. Ada sesiapa tawarkan latihan ini? Saya bersedia...