1:16:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin



Rakyat Malaysia memerlukan anjakan paradigma tentang budaya hidup . Penulis buku ini mengkritik sikap terlalu bergantung kepada subsidi dan hak istimewa dalam menjaga periuk nasi mereka - mereka yang tidak sedar perubahan global semasa.
Demokrasi yang dilaungkan dalam Malaysia disindir tidak berfungsi sepenuhnya dan masih terdapat banyak ketidak adilan menembusi ruang-ruang perpaduan kaum di Malaysia.

Turut menganalisa polemik politik semasa, penulis cuba menarik pemikiran para pembaca agar mengintai masalah dalaman negara dalam skop yang lebih meluas agar sesuai dengan era globalisasi semasa. Menurut penulis, rakyat Malaysia tidak seharusnya memberi mandat sepenuhnya kepada ahli politik dalam menentukan halatuju rakyat, sebaliknya benar-benar memainkan kuasa rakyat untuk manipulasi karismatik ahli politik dalam membina acuan negara berdasarkan keperluan rakyat. Gelombang rakyat sebagai raja sebenar dalam negara harus dibangkitkan.


Fenomena kebergantungan melampau terhadap “suapan” pemerintah dan berlindung di sebalik hak keistimewaan dilihat penulis adalah satu sindrom penyakit yang amat bahaya melanda kaum melayu. Ia bukan sahaja dilihat tidak adil kepada kaum lain malah ia juga secara perlahan-lahan membunuh sifat daya saing dan jati diri bangsa itu sendiri tanpa kita sedar.


Konsep “ Takkan Melayu hilang di dunia” yang ditekankan penulis bukan mengenai bilangan mahupun warna kulit atau keturunan Melayu itu, tetapi melangkaui paradigma mengenai maruah, nilai dan halatuju insane bernama Melayu. Melayu yang sebenar adalah melayu yang bebas jiwanya , emansipasinya tidak terkongkong dengan penjajahan pemikiran manja – kebergantungan terlalu melampau pada hak keistimewaan melayu tanpa diseiringkan dengan daya usaha untuk sebaris dengan keutuhan daya juang untuk hidup kaum lain yang tanpa dodoian konsep ketuanan.


Antara isi penting lain yang turut disentuh adalah, salah satu kerukunan perkauman semakin terhakis adalah kerana sesetengah daripada kita dimomokkan dengan kisah berbaur prejudis kepada kaum lain. Lebih melihat unsur pesaing atau lebih tepat lagi musush dalam selimut berbanding kawan. Justeru, agak sukar untuk kita merealisaksikan kesatuan dalam nada “Aku anak Malaysia” dengan memperlihatkan sikap saling berprasangka sesama kaum terus menguasai dan terus diwariskan pada generasi seterusnya.


Intipati penting yang terserlah dalam bab “ Democracy vs Special Rights “ penulis meninggalkan satu persoalan yang wajarr untuk kita fikirkan bersama. Adakah Raja berpelembagaan hanya berfungsi menaungi keistimewaan rakyat Melayu sahaja? Siapakah raja kepada rakyat bukan Melayu? Adakah bukan melayu dikategorikan sebagai bukan rakyat di bawah raja – raja ataupun yang Di Pertuan Agong? Bagaimanakah raja-raja ini berperanan menjaga negara sekiranya hanya rakyat berbangsa Melayu sahaja dijaganya?


Dalam bab “ Race politics” penulis membuat sedikit analisa kritis terhadap parti – parti yang terdapat di Malaysia. Bermula dengan ulasan ringkas mengenai perubahan iklim politik Malaysia, penulis cuba mengangkat idea penulis mengenai perubahan negara merentasi parti politik. Melihat UMNO sebagai parti politik bersifat perkauman yang tidak relevan lagi dalam era demokrasi ini, pembangkang juga disifatkan tidak begitu diyakini dapat membuat perubahan besar kepada rakyat melainkan dilakukan beberapa perubahan antaranya parti yang didakwa penulis seperti PAS dan DAP harus lebih terbuka dan tidak terus tenggelam dalam ketaksuban membawa agenda entity tertentu. PKR juga dilihat terlalu bergantung kepada de facto Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR harus membuat persiapan lebih rapi bagi menggariskan nama pemimpin masa hadapan yang mampu menggantikan Anwar. Jika tidak, PKR sebenarnya parti picisan semata. Dalam mengklasifikasikan parti –parti ini; penulis membahagikannya kepada 2 bentuk iaitu “General Interest Party” – memenuhi keinginan semua rakyat tanpa mengira kaum dan “Special Interest Party” – mendokong agenda pihak-pihak tertentu seperti kaum dan agama.


Pada penghujung bab, penulis mendedahkan visi buku ini iaitu membetuk satu pemikiran baru dalam merejuvenasikan keharu- biruan politik hari ini menginjak kepada sesuatu yang dinamakan integriti politik matang. Kurang matangnnya rakyat dalam bermain posisi masing –masing dalam memacu jentera pembangunan mahupun kerukunan negara, lemahnya rakyat kaum majoriti bernama melayu dalam membentuk satu suasana persaingan sihat dengan kaum- kaum lain agar kewibawaannya untuk berdikari mampu berdiri dalam sistem meritokrasi tidak diperlekehkan dan ketidak stabilnya kemantapan parti – parti yang memimpin negara baik BN mahupun PR dalam mengangkat kredibiliti negara di peringkat global, adalah penyakit-penyakit utama yang menghantui negara untuk terus ke hadapan.

Al-Munawirah
Gambar Sekitar SKI 09'
6:22:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Bergaya sungguh Datuk Abd Ghani (kot putih) dan ayah kak Aitiqah (kot hitam). InsyaAllah nanti giliran saya pula untuk jadi lebih hebat daripada mereka berdua.




Aizuddin (Assistance Director) sedang brief Dzul dan Nabil untuk letakkan bom kat tepi stage..




Datuk Abdul Ghani sedang berbicara tentang tarbiyahtul awlad (tarbiyah kepada anak-anak). Hebat Datuk..


" kenapa saya dengar macam bunyi detikan BOM ?", tanya datuk kepada saya. Saya hanya diamkan diri sebab saya tahu ni mesti kerja Aizuddin..

Sesi bergambar sebahagian daripada peserta seminar bersama Datuk Abdul Ghani.


Ali (pembaca alQuran) mengigatkan seluruh peserta tentang cerita pemuda-pemuda yang beriman seperti tercatit dalam surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 14.



Ustaz Fadhlur Rahimi bin Ahmad Bustami membentangkan kertas kerja bertajuk 'Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Abad'. Sungguh bertenaga !


Ustaz Dzulkhairi, presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia tersenyum lebar


Eh, Ustaz Najib, Sdr Azlan Zainal pun ada juga ?


Ketibaan beberapa MT Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ke dewan seminar diiringi oleh, Presiden IU, Pengarah seminar dan usher VIP.


Sdr. Azlan Zainal penuh penghayatan dan bersemangant bentangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa pasca kini


Crew Utusan interview Datuk Abdul Ghani dalam sesi press conference


Peserta menjamu sedikit juadah makan pagi


"Mahasiswa perlu lebih kedepan dalam merencara gerakan untuk meningkatkan potensi ekonomi dan memantapkan perpaduan ummah", ujar Sdr. Hasbie Muda dalam slot latihan dalam kumpulan.


Ustazah Rafidah Jannah memperkenalkan formula 'MP3' kepada peserta. insyaAllah TERBAIK !


Sdr Nik Abdul Razak


Fuh, kacaknya kalian.


Makan bersama bakal pimpinan negara.


Director seminar sedang menggarapkan beberapa pelan bertindak bersama rakan seperjuangan, Mohd Khairul dari UTM Skudai, untuk mengembalikan keizzahan islam !


Ustaz Najib bersama Widad, anak kesayangan yang bakal bersama-sama ayahnya dalam arena dakwah dan tarbiyah insyaAllah.


Eh Hanif Amir, ramainya muslimat hang dok ngorat. Bagi peluang kat saya pula..hu3..

Sebahagian daripada komiti Seminar Kepimpinan Islam 2009. Aku merindui kalian. uhibbukum jamiian..
Pesan Badiuzzaman Said Nursi
7:10:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Saya masih lagi ingat pesan seorang ulama, mujaddid malah seorang sufi besar abad 20, Badiuzzaman Said Nursi, kepada saya ketika diakhir pertemuan kami dalam suatu mesyuarat sulit di Hadramaut, Yaman. Pesan beliau, ' Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."
Lagu Tema SKI 09' - StandUp!
7:54:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Institusi Usrah Anjurkan Seminar Kepimpinan Islam
7:49:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Mahasiswa dan anak-anak muda merupakan golongan yang terpenting dalam strata sosial masyarakat kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan, dibahu mereka digalas harapan masyarakat untuk melihat bumi tercinta ini dilimpahi barakah daripada Ilahi. Kelompok mereka sangat penting kerana mempunyai kekuatan ftizikal, mental, semangat dan idealisma. Hamparan pakej yang terhimpun ini menjadi kekuatan kepada mereka untuk menerjah segenap kepalsuan, berdada dengan penguasa korup dan bangkit menentang kezaliman.

Dalam konteks negara Malaysia kini, kita sangat sedih dengan kekangan yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa kerana kesannya terhadap intelektual amatlah buruk. Universiti menjadi sekadar sekolah tinggi yang hanya membekalkan pasaran tenaga kerja. Kampus hari ini amatlah sepi dengan budaya kritikan sihat, bukan sahaja mahasiswa yang membisu maah para cendekianya hanya terpasung dalam kesejukan bilik kuliah semata. Secara statistiknya pula, kita semakin terkebelakang dalam penarafan universiti yang cemerlang dalam ranking universiti dunia. Akhlak buruk anak muda kampus mengisi segenap dada-dada akhbar menggantikan kehebatan pidato yang bersemangat membela rakyat di Sudut Pidato Universiti Malaya dalam dekad 60an dan 70an.

Suasana kampus hari ini sampai ke tahap 'menopause', kenyataan pimpinan kampus utama yang tidak bergigi malah kemandoman aktivisme pelajar juga menjadi punca perdana kelesuan intelektual mahasiswa sekarang. Ranking universiti Malaysia semakin tercorot di pentas penarafan antarabangsa.

Melihatkan kondisi yang kian meruncing, Institusi Usrah Multimedia University kampus Melaka mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu Seminar Kepimpinan Islam yang julung-julung kalinya diadakan. Segala butiran seminar adalah seperti di bawah :

Tema : 'Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa'
Tarikh : 21 Februari 2009 (sabtu)
Tempat : Exam Hall, Multimedia University kampus Melaka.
Yuran : RM 8



Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan,” Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin”. Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah geladangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

InsyaAllah kami akan membawakan speaker dan panelis yang hebat dan terkemuka kepada anda yang hadir. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya di talian 0136285901 atau boleh menghantar email ke zuhud_life@yahoo.com . Lampirkan butiran diri untuk dihubungi.
SUPERHERO SEMASA KECIL
9:39:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Cybercop memang best


Flashman antara yang power!


Dulu semasa saya dibangku sekolah rendah saya ada beberapa ikon yang saya jadikan sebagai idola. Antaranya ialah Cybercop. Hu3, Cybercop ni best sangat. Kehebatan diorang berpasukan dan senjata yang luar biasa yang mereka ada memang menggiurkan selera. Ada yang keluarkan pedang besar, pistol laser dan gergaji bulat. Tambahan pula, senjata mereka boleh di akses dimana-mana. Selain tu, kostum pakaian diorang memang paling best time saya kecil-kecil dulu. Ada juga movie superhero yang lain macam flashman. Tapi kostum flashman tak best sangat sebab nipis dan kurang protection! tapi kira oklah.

Seingat saya, semasa saya sekolah rendah darjah dua di Kubang Kerian Kelantan, ada seorang sahabat rapat yang nak hadiahkan kepada saya kostum Cybercop. Namanya Aiman. Dia anak kepada seorang ahli perniagaan yang kaya masa tu. Rumahnya besar, saya pernah berkunjung ke rumah dia. Best woo...Dia ada kostum Cybercop. Saya pernah pakai kostum Cybercop milik Aiman. Memang sempoi. Dalam kostum tu ada beberapa skrin kecil dan butang-butang yang keluarkan cahaya. Dia kata nak bawak kostum tu kat sekolah dan bagi pada saya. Hu3, perasaan gembira memang tak dapat nak sorokkan. Tapi esok, esok dan esok lagi dia tak bawak juga. Saya mula geram kat dia. At last, dia buat tak tahu, macam tak pernah janji apa-apa dengan saya. Saya tak pasti betul ke dia ada janji dengan saya nak bagi kostum tu. Atau saya hanya bermimpi dalam tidur. Ketagih sangat kot movie Cybersop setiap minggu. Saya tak pasti. Tapi kalau betul dia ada janji nak bagi kat saya, saya tunggu awak Aiman. Boleh saya pakai kostum tu ke bilik lecture. Hu3, baru best.




Cybercop





Flashman