kami petualang !
5:59:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


"Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul krna MengasihiMU,
bertemu utk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU,
hati2 ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jlnNYA yg sebenar,Penuhkan piala hati ini dgn cahaya RabbaniMU yg xkunjung malap.
Lapangkan hati2 ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kpdaMU,
Hidup suburkan hati2 ini dgn ma'rifat pengetahuan sebenar ttgMU..


Jika Engkau mentaqdirkan mati
maka matikanlah pemilik hati2 ini sbagai para syuhada dlm perjuangan agamaMU
Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.


Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini."



Anda dan Institusi Usrah ...
1:39:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Institusi Usrah atau nama ringkasnya IU adalah persatuan pelajar yang berdaftar secara rasmi di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia University dan bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya dari sudut akademik dan ko-kurikulum sesuai dengan matlamat Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia University umumnya berhasrat melahirkan mahasiswa yang bertaraf dunia.

IU untuk siapa? Kami membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja, baik dia muslim atau pun tidak. Kami tidak meletakkan sebarang syarat penyertaan kepada ahli-ahli. IU untuk anda dan untuk semua ! untuk yang memakai tudung, untuk yang bersongkok dan berkopiah, juga untuk yang terbuka kepala. IU juga terbuka kepada apa-apa sahaja latar belakang, baik dia sukakan ilmu agama, ilmu teknologi maklumat, aktiviti luar, mahupun untuk sesiapa yang suka berhibur.

Berbaloikah join IU ? ya, sangat berbaloi. Kami tidak menjanjikan sebarang alaun. Tetapi Allah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk memurnikan islam sama ada dalam dirinya atau di persekitarannya dengan menggabungkan diri dalam suatu wadah seperti IU ini.


http://iumelaka.com/


ustaz dzulkhairi