Anda dan Institusi Usrah ...
1:39:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Institusi Usrah atau nama ringkasnya IU adalah persatuan pelajar yang berdaftar secara rasmi di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia University dan bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya dari sudut akademik dan ko-kurikulum sesuai dengan matlamat Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia University umumnya berhasrat melahirkan mahasiswa yang bertaraf dunia.

IU untuk siapa? Kami membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja, baik dia muslim atau pun tidak. Kami tidak meletakkan sebarang syarat penyertaan kepada ahli-ahli. IU untuk anda dan untuk semua ! untuk yang memakai tudung, untuk yang bersongkok dan berkopiah, juga untuk yang terbuka kepala. IU juga terbuka kepada apa-apa sahaja latar belakang, baik dia sukakan ilmu agama, ilmu teknologi maklumat, aktiviti luar, mahupun untuk sesiapa yang suka berhibur.

Berbaloikah join IU ? ya, sangat berbaloi. Kami tidak menjanjikan sebarang alaun. Tetapi Allah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk memurnikan islam sama ada dalam dirinya atau di persekitarannya dengan menggabungkan diri dalam suatu wadah seperti IU ini.


http://iumelaka.com/


ustaz dzulkhairi
|
This entry was posted on 1:39:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Komentar: