Jangan Marah !
1:24:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”(Riwayat Ibn Abi Dunya)

Sifat marah yang dicela adalah bila diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, maki hamun, mencela, memukul, dll. Manakala sifat marah yang dipuji ialah, apabila mempertahankan hak, melihat kemungkaran, dll. Bila marah biji mata jadi merah, urat leher mula timbul. Marah ibarat bara api dalam hati anak adam yang datang dari syaitan yang dicipta dari api. Api hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah SAW berpesan agar kita mengambil wudhu' jika kita sedang marah.

Ingat kebaikan orang lain juga boleh menyebabkan kita dapat mengawal nafsu amarah. Selain itu, ubah posisi badan. Kalau berdiri kita duduk, kalau duduk kita baring. Hm, sekadar perkongsian ringkas pada sahabat semua dan juga diri.