Solidariti Melayu ~
12:40:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Dah lama tak mencoret dalam teratak milik peribadi dek kekangan masa dan komitmen yang pelbagai. Namun, sedikit masa tersisa ni, akan saya gunakan sebaik mungkin untuk meluah rasa dan citra. Kendatipun begitu, izinkan saya untuk menulis dengan telus. Nah, ia berkaitan kesatuan melayu MMU.

Sedih bila melihat orang melayu sering bercakaran dan bertelagah sesama sendiri. Bimbang dan lemas melihat orang melayu semakin berpecah belah. Adakah mereka lupa atau buat-buat lupa akan sejarah dahulu yang terpotret jelas dalam menuskrip sejarah tentang perpecahan umat melayu? Lupa ker apa yang telah terjadi di sebalik sejarah yang dah berlaku? temanku, sejarah itu jujur. Justeru, mana mungkin sejarah bisa menipu? sejarah juga tidak bisa disorok, bukan?

Saya juga melayu. Dan, saya sayangkan umat melayu. Namun, saya gusar melihatkan kondisi umat melayu kini yang cuai dan lagho ketika mana bangsa lain sedang tunggu saat kejatuhan dan kehancuran umat melayu. Percayalah, mereka akan bertepuk tangan dan bersorakan melihat umat melayu rebah. Maafkan saya, saya tak bermaksud untuk mengajar kalian semua bersifat 'racist' terhadap bangsa lain. tapi sekadar ingatan supaya kita semua lebih berwaspada. Sedarlah, hakikat tidak pernah berubah ! anda dan saya perlu terima hakikat ini, bahawa mereka sedang menunggu kita untuk rebah.

Temanku, sudahlah berprasangka sesama kita. Tolak sedikit perbezaan antara kita demi membina persamaan yang banyak. Sampai bila ingin kita perluaskan 'barrier' yang terbina antara kita? Ayuh, robohkan blok-blok tembok yang terbina selama ini yang menyebabkan kita lebih mementingkan hal-hal 'domestik' kelab semata-mata tanpa berkeinginan untuk bergerak secara bersama bagi mendepani masalah massa MMU yang semakin menggerutu ini. saya ingatkan sekali lagi, tolak perbezaan yang sedikit dan binalah persamaan antara kita iaitu ISLAM dan BANGSA. Hanya dua faktor besar inilah saya kira yang dapat mengembalikan keizzahan solidariti melayu MMU.

Slogan "takkan melayu hilang di dunia" yang dilaungkan Hang Tuah perlu dihayati oleh umat melayu Islam bagi mengekalkan dan memastikan survival Islam dan Melayu tidak terancam dan dipijak. Saya mengajak seluruh pimpinan mahasiswa melayu MMU khususnya untuk bahu-membahu dalam mengembalikan semula suara solidariti melayu yang kian membisu...

p/s ~ maafkan saya kalau entry kali ini agak kurang enak untuk dibaca, namun pada saya pendedahan itu perlu.