Kembara Ilmu : Seoul, South Korea
5:36:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin



"Wah, sejuknya! Wei tengok, mulut aku keluar 'asap'lah",  aku menyakat.
"Jom, kita hembus sama-sama. 1..2..3..hembus!", kami semua ketawa kecil.

Alhamdulillah. Beberapa bulan yang lepas, aku berpeluang mengembara ke Seoul, South Korea. Berpeluang menjadi salah seorang daripada 14 orang delegasi dari Malaysia. Kami di hantar ke sana oleh Kementerian Belia Sukan Malaysia untuk menjadi duta kecil Korea.  Membawa misi untuk terus mengekalkan hubungan baik antara Malaysia-Korea.

Kembara ini merupakan kali pertama pemusafiran ke luar negara. Alhamdulillah. Tak pernah aku letakkan harapan untuk ke luar negara dalam masa terdekat ini, kerana aku yakin aku tak mampu untuk menanggung semua kos perbelanjaan makanan, pengangkutan, penginapan, kesihatan, dan lain-lain. Sebelum ni jangan nak mimpikan ke Seoul, nak ke Indonesia pun memang tinggal harapan saja. Ye la, nak travel bukannya murah. Semua 'makan' ribu-ribu ringgit. Nak makan kat kampus pun berjimat cermat. Tapi, perancangan dan ketetapan yang Dia aturkan sangat mengejutkan diri ini. Tak mengapa, tolak ketepi apa yang telah berlaku, sebab itu semua perancangan Dia. Dia yang aturkan itu dan ini. Aku tak nak terlalu 'questions' sangat kenapa aku terpilih, tak ada orang lain ke, dan lain-lain sebab aku tak mahu buat 'kerja' Tuhan.

Bagi aku, peluang kembara ini merupakan REZEKI dariNya. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sebenarnya, sudah agak lama aku menyimpan banyak cerita dan pengajaran yang aku perolehi dalam pemusafiran di sana. Entah, tiba-tiba rasa terpanggil nak share sesuatu. Apa guna aku diberi peluang olehNya ke sana tapi aku membawa balik 'tangan kosong yang tak kosong'. Ada banyak perkara yang boleh dikongsi sebenarnya, cuma masa dan komitmen yang pelbagai mengekang aku untuk menaip sesuatu di teratak peribadi ni. Dah hampir setahun agaknya aku tak update blog. Mungkin. Ini pun aku gagahkan diri untuk menaip setelah aku penat dengan coding dan functions untuk final year project. 

Bumi Seoul ini dikenali sebagai Soul of Asia. Barangkali kerana pembangunan yang sangat pesat berlaku di negara yang terkenal sebagai negara Winter Sonata. Aku tak boleh nak describe secara details, tapi bagi aku pembangunan mereka sangat 'awesome'. Negara yang mengamalkan dasar tertutup itu mampu membangun sebegitu hebat dan cepat. Aku rasa, mereka sangat termotivasi dengan sejarah negara mereka. Aku dan delegasi lain di bawa ke Seodaemun Prison. Kami di bawa melawat di pembagai tempat dan sudut di sekitar penjara itu. Pada pendapat aku, perkara yang paling  diorang highlightkan ialah "Jepun jahat, kejam. Kita kene keluar dari tekanan tentera Jepun yang gila kejam ni. Bina kehidupan baru yang jauh lebih baik.." Lebih kurang begitulah aku rasa. Wallahu'alam. Aku pun tak tahu dengan details, tapi itulah apa yang aku dapat setelah berbual dengan seorang warga Israel dan penduduk Korea sewaktu aku melawat Seodaemun Prison tu. Apapun, semangat diorang memang aku tabik. adang-kadang semangat ini melampaui batas hingga mengakibatkan masalah sosial tapi pakar-pakar seluruh dunia kata sebab utama Korea berjaya berubah menjadi negara perindustrian, demokrasi dan teknologi maklumat adalah kerana semangat dalam pendidikan. Pendidikan diorang memang betul-betul mendidik pelajar untuk mecapai apa yang negara mereka kehendaki. Kalau ke Korea, insyaAllah tak akan berjumpa dengan remaja-remaja lepak, dadah, rempit, dan lain-lain. Semua remaja diorang akan aturkan dengan pelbagai program kemahiran, bengkel, komunikasi, media, dan lain-lain. Pendek kata, Korea mahu menjadi pusat asia, pintu gerbang asia timur laut dan menjadi negara yang berkongsi impian dan persahabatan dengan masyarakat dunia. So, they work fot it :)

"Kang Mihyun, are you believe in God?", soal saya.
"Em, not. i just believe on my own self..",  balas beliau selambe.

Tapi, ada sesuatu yang kurang. Pembangunan dalaman berbentuk rohani. Majoriti penduduk Korea tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Malah ramai dlam kalangan mereka tidak menganut sebarang agama. Sebab tu kita boleh lihat, kadar pembunuhan diri dalam kalangan warga Korea antara yang tertinggi di dunia. Apapun, syukur pada Allah. Sebab sekarang, aku dengar banyak juga info bahawa orang yang masuk Islam di Korea makin meningkat dengan mendadak. Alhamdulillah. Cahaya hidayahNya menyinari setiap sudut muka bumi apabila hampir kiamat kelak. Mungkin ini salah satu dari prosesnya, mungkin. Bagaimana pula di Malaysia?  Makin ramai yang murtad intentionally. Makin ramai juga yang murtad unintentionally. Fikir-fikirkan.

Sekiranya inilah detik yang terakhir,
memberi bukan untuk menerima,
menabur budi bukan untuk dianngap berjasa.

Bukan itu yang diburu sejak mula,
menyebut kebaikan meragut keikhlasan.

Tidak mengapa jika tidak dikenang.
Asalkan segalanya menghadirkan rasa ketenagnan.

Sesungguhnya, kerana Dialah segala-galanya.

Jika sanggup datang, mesti sanggup pulang.
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.
Bertemu untuk berpisah..dan perpisahan ini adalah
untuk pertemuan. semoga kembara kita di dunia akan
sampai ke destinasinya yakni syurga
Biiznillah.

Sekiranay inilah detik yang terakhir,
Pandanglah kebawah utnuk insaf akan nikmat
yang melimpah.
Dan dongaklah ke atas untuk sedar akan amal
yang terbatas.

Terkadang orang yang benar akan terhina
kerana salah dalam menegakkan kebenaran.
adakalahnya pula mereka yang salah menjadi
mulia dek kerana berhati-hati dalam membaiki kesalahan.

ya Allah, jika aku salah ampunilah aku.
Hadirkanlah dalam jiwa ini ketakwaan.
sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik
yang menyucikan. Sesungguhnya, engkaulah pelindung
dan sebaik-baik pelindung.

Akhirilah kehidupan ini dengan mendapat
kemuliaan dari MU.



 
 

 
Sedikit gambar ini saja aku masukkan sebagai kenangan untuk diri sendiri di kemudia hari. Apapun, aku sedikit berisi, gemuk dan rasa malas nak berjalan banyak. Sebab, banyak sangat makan. Pasti, aku tak akan pernah lupakan kenangan di Seoul, South Korea. Banyak tauladan. Banyak juga sempadan. Aku menanam harapan lagi untuk ke luar negara tidak lama lagi. InsyaAllah jika tidak ada apa-apa halangan, aku akan ke....biarlah rahsia. Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya. InsyaAllah. Aku tak tahu apa benda yang aku dah tulis ni. Tapi, at least aku dah tunaikan janji aku untuk menulis sesuatu di blog setelah hampir setahun tidak update.

Inilah sedikit kembara yang pernah lalui. Aku namakan ia sebagai kembara ilmu. Walaupun, tidak berada dalam kuliah, mengkaji bahan-bahan bacaan, membuat analisa. Tapi, dengan memerhatikan negara orang, cara, budaya, pemikiran, sikap mereka juga merupakan ilmu. Kembara ilmu. Kalau ada rezeki lagi, aku nak merantau lagi. Nak stay sana sekejap, nak belajar bahasa arab, nak buat umrah, nak tuntut ilmu baiki diri, nak hafal Quran, nak kerja. Allahu'alam, aku hanya merancang. Dia yang tentukan. Aku ikut je mana Dia akan 'campak' aku. Mohon yang terbaik dariNya. Allahu'alam :)


 


한국은 대단한 나라입니다... 너무 좋아요! ❤❤ ~ 언젠가는 한국에 가고 싶어요. :)

.
|
This entry was posted on 5:36:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Komentar:

On December 18, 2011 at 10:00 AM , Anonymous said...

ensemnye abg korea (._.)v

 
On December 18, 2011 at 3:00 PM , Faiz Shukri said...

wow, terbaiklah.. bukan senang nak dapat peluang sebegini.. semoga terus sukses di masa depan..

 
On January 21, 2013 at 8:04 AM , Anonymous said...

I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you design this
website yourself or did you hire someone to do it for you?

Plz reply as I'm looking to design my own blog and would like to know where u got this from. thank you
My weblog ; Click This Link

 
On December 29, 2022 at 8:32 AM , Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT