Pantas
3:22:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Saya harus pantas. Masa tidak menunggu saya walau sedetik. Ahh, kenapa masa begitu laju sampai saya terpaksa berlari-lari untuk mengejar masa ? Masa tidak ada kaki. Masa tidak naik kereta. Bahkan masa tidak menunggang kuda ! Kenapa masa berlalu begitu pantas ? Saya tertanya-tanya.

Masa selalu sahaja meninggalkan saya di belakang. Setiap kali saya kejar, masa makin jauh meninggalkan saya. Semput dan tercungap-cungap main kejar-kejar dengan masa ni. Penat juga kalau berterusan macam ini. Hmm mungkin ada cara lain. Saya terfikir, tidak adakah cara untuk kita berhentikan masa daripada berlalu. Mungkinkah kita buat mesin untuk memberhentikan masa? jadi senanglah kita nak kejar masa, ye tak?

Kalau masa boleh diberhentikan, saya akan kumpulkan semua profesor-profesor seluruh dunia untuk membentangkan kertas kerja mesin memberhentikan masa. Tapi tak mungkin. Siapa kita nak berhentikan masa ni sedangkan masa milik Allah. Ahh tak mungkin ! Jangan merepek.

Kalau macamtu saya la yang kena berusaha sungguh-sungguh kejar masa. Selepas ni saya akan bergerak lebih pantas. Setiap gerak-geri saya mesti pantas belaka, macam Bruce Lee, lagenda kungfu. Dia ni terkenal dengan kepantasan. Apa-apa saja mesti pantas.

Apa yang perlu saya pantas :

1) membaca notes
2) menulis peta minda dan mengira
3) makan dan minum ( kalau nak makan nasi sepinggan, 5 minit pon boleh, 1 jam pon boleh)
4) berjalan dari kampus ke rumah sewa
5) berfikir dan mengeluarkan keputusan
6) tidur (tidur pon boleh pantas ker? saya akan cuba)

Ingat sahabat-sahabat, masa tidak menunggu kita. Beberapa pepatah arab saya ingat, "masa itu umpama pedang, kalau kita tidak pancung masa, ia akan pancung kita ", dan ' masa ni kalau kita tidak menggunakan untuk kebaikan, pasti kita akan gunakan untuk keburukan."

p/s ~ penulisan ini sekadar mengingatkan saya supaya saya lebih menghargai masa.

"itu adalah permulaan bagi hari yang baru. Allah telah memberi hari ini untuk digunakan sekehendak hatiku. Aku boleh menghabiskan masa itu atau menggunakannya untuk sesuatu yang berhasil. Apa yang aku lakukan adalah penting kerana aku menghabiskan satu hari dalam hidupku untuknya. Bila hari esok menjelang, hari ini akan hilang selama2nya, meniggalkan ditempatnya sesuatu yang telah ku ganti dengannya. Aku mahu ia menjadi keuntungan bkn kerugian; bkn jahat; kejayaan,bkn kegagalan, supaya aku tak insaf akn harga yang telah ku bayar untuk hari itu"
Khayalanku ~
6:23:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Tengah-tengah khusyuk study, tiba-tiba fikiran aku menangkap satu peristiwa manis. Masih segar bugar lagi peristiwa tu. Peristiwa ni berlaku semasa aku di bangku sekolah menengah Agama Melor..." Baik, awok semua kalu nok dapat pasangan hidup yang beriman kena selalu doa pada Allah deh. Minta dijodohkan dengan seseorang yang beriman. jangan nanti nok kahwin baru nok berdoa. Tok keno gitu. Kito kena doa awal-awal lagi. Sejak loni laa keno berdoa.", bebel ustaz Ahmad yang mengajar kami subjek Pendidikan AlQuran dan Sunnah. Baik sungguh ustaz ni. Selalu jer suka senyum. Riak senyumnya masih dapat aku ukirkan dalam ruang sempit benakku ini.

"Ustaz, awal lagi laa kalau kito nok pikir tentang perkahwinan ni. Sekarang kami baru 17 Tahun. Kami nok pikir tentang study dan masuk universiti nanti", sampuk sahabat sekelas aku yang nampak curious tentang bab2 kahwin ni. Aku hanya mendiamkan diri sambil cuba menulis ciri-ciri bakal teman hidupku. Antaranya, beriman, taat suami, sopan santun, cantik, menutup aurat, hafal alQuran dsb. "wah besar sungguh keinginanku terhadap si dia. Tapi aku siapa? Di mana level aku?", pelbagai persoalan terpancul keluar dari kotak fikiranku yang masih tidak matang itu.

Aku memegeng firman Allah (24:26)" Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)". Ayat ni menjadi pemacu untuk aku terus mengubah diri. Berubah semahu-mahunya, transform hampir totally 100% menjadi lelaki sejati, cheewah.



mujahidah ~ ( gambar contoh)



Aku sering kali meluahkan perasaan kepada seorang sahabat handai bahawa aku ni mahu sangat bernikahkan seorang mujahidah. Seorang yang taat pada Allah dan Rasul. Seorang yang meletakkan perjuangan dan akhirat di hadapan sebagai jalan hidupnya. Seorang yang hafizah, dan mampu membimbing anak-anak menjadi anak muda yang cintakan alQuran. Seorang yang warak dan sopan santun, menghormati suami dan ibu bapa. Aku meluahkan perasaan aku padanya lagi bahawa aku nak sangat berubah kerana muslimat idaman tu. "Amin, jangan gitu. Niat nta kena betol min. Nta berubah kerana apo? Kerana muslimat yang bakal nta kawin kor kerana Tuhan yang menjadikan muslimat tu?", sahabat aku menyampuk. "Innama 'amalu binniat. Wainnalikumriin manawa. Famankanat hijratuhu ilallah...", sahabat aku memperkuatkan hujahnya. Aku terus tertunduk malu, tersipu-sipu. "Ohh maafkan ana, ana sungguh jahil", jawab aku sedih dan insaf.

Sekarang aku bertekad aku tidak lagi mahu menjadi diri aku yang dahulu, jahil. Aku adalah aku yang sekarang. Perjuangan adalah isteri pertama bagiku. Menegakkan addenulhaq adalah daily list-to-do pertama yang perlu aku laksanakan bilamana mata ini celik dari tidur. Huuh... bukan senang nak menyambung 'lidah nabi ni'. penuh mehnah dan tribulasi. Aku perlukan seorang pendamping yang sentiasa menyuntik aku semangat untuk terus menerjah segenap kepayahan yang tersaji di depan mata.

"ooi Nik, apa yang hang dok termenung tu. Study skit termenung memanjang", zul memekak. "aduss..kaco laa hang ni. baru nak berjiwang". Aku dah mula bengang dengan zul. Suka sangat gangu lamunan orang. " Haih, hari ni dah 25 sept cek ooii. Esok lusa nuh dah nak raya. 6 oct, final exam dah start. Baguih laa tu..termenung termenung. Esok kang nak jawab aper dalam exam?", housmate aku terus membebel, macam perempuan.

Persoalannya sekarang, apa yang aku merepek ni. ngee ~
TEORI BEBAL DARWIN
10:54:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Saya membaca satu buku mengenai keruntuhan teori evolusi di dalam buku "MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN".Boleh tahan tebal buku ni. Namun ketebalan tidak menjadi faktor penghalang untuk saya baca. Isi-isi buku ni hebat. Mengupas dalam kebatilan dan kepalsuan pemikiran kabur sang pendusta. Teori pincang ni telah menjadi asas kepada semua falsafah anti-kepercayaan spiritual di muka bumi ini. "Perjuangan Untuk Terus Hidup" merupakan selogan keramat Darwin untuk menjajah dunia seluruhnya. Teori ini mengaplikasikan Undang - Undang rimba ke tabiat manusia, siapa kuat menjadi raja dan siap lemah akan tetap menjadi hamba.


Gambar-gambar ini merupakan menggambarkan penderitaan,
ketakutan, keganasan dan kesengsaraan yang telah dilakukan oleh Hitler
dan mereka yang berkongsi pandangan dengan beliau terhadap manusia.
Darwinisme menjadi punca pokok mimpi ngeri ini, masih terus menyiksa
manusia seluruh dunia.


Kebencian Hitler terhadap agama


Walaupun belum habis membacanya, tapi saya dapat merumuskan satu sebab mengapa manusia merasakan satu keinginan yang mendalam kepada kehidupan duniawi dan menolak agama ke tepi adalah anggapan bahawa kehidupan adalah kekal.

Dengan melupakan bahawa kematian pada bila-bila masa akan mengakhiri kehidupan, manusia mudah merasakan bahawa ia mampu mengecapi hidup yang gembira dan sempurna. Sebenarnya, mereka terang- terangan menipu diri sendiri. Kehidupan dunia hanyalah sebuah tempat sementara di mana Allah menguji manusia.

Ini adalah sebabnya mengapa manusia diciptakan serba kekurangan dan jauh daripada mencukupi untuk memuaskan keinginan dan keperluan manusia yang tidak terbatas. Setiap benda yang mempersona di dunia ini akhirnya akan ketinggalan, rosak, reput dan lenyap.

Ini adalah hakikat yang tidak pernah berubah.


MPP UIAM Anjur Forum Masa Depan Politik Malaysia
5:31:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin



Dalam keadaan kekalutan politik Malaysia dengan desas-desus peralihan kepimpinan negara pada 16 September ini, Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengadakan Forum Perdana membabitkan tokoh-tokoh muda dari 3 parti politik terbesar di Malaysia iaitu YB Mukhriz Tun Dr. Mahathir (ahli Parlimen Jerlun yang bertanding jawatan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, lihat profail), YB Nik Nazmi (Ahli DUN Seri Setia dan Setiausaha Politik MB Selangor, lihat profail) dan saudara Fadly Ramly, seorang peguam yang bertanding dalam PRU ke 12 di DUN Tioman (lihat profail), merupakan bekas Presiden MPP UIAM 2002-2003. Forum yang telah mendapat kelulusan dari pihak Hal Ehwal Pelajar UIAM ini telah memilih tajuk “Perubahan Landskap Politik Malaysia : Kesan Kepada Mahasiswa”. Ini merupakan siri kedua forum politik yang telah dibenarkan oleh pentadbiran UIAM selepas Forum Pindaan AUKU yang turut mempertemukan ketiga-tiga buah parti tersebut.
Mahasiswa Kedah Tubuh NGO
6:10:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
KUALA LUMPUR : Keprihatinan, kepekaan dan kesungguhan telah ditunjukkan oleh mahasiswa-mahasiswa Kedah terhadap perpaduan rakyat, semangat integrasi, soal-soal kebajikan dan juga sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat terutamanya di negeri Kedah, telah terbukti dengan tertubuhnya sebuah badan NGO baru, yang dinamakan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA).

Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau ringkasannya PERSADA, ditubuhkan dibawah ikatan amanah dan dijadikan sebagai satu medium terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah, sama ada yang berada di dalam dan juga di luar negara, menggagaskan dan memperluaskan peranan mereka hingga mencapai tahap yang optimum, demi kebaikan seluruh mahasiswa anak-anak Kedah dan masyarakat khususnya untuk rakyat negeri Kedah itu sendiri.

Dengan tertubuhnya PERSADA yang menaungi semua persatuan-persatuan mahasiswa dan pelajar negeri Kedah di setiap IPTA dan IPTS, persatuan mahasiswa dan pelajar di semua Institut Perguruan dan maktab, kolej-kolej, politeknik-politeknik, sama ada di dalam dan juga di luar negara, ia diharapkan mampu menjadi wadah kesatuan buat semua mahasiswa anak jati negeri tersebut.

PERSADA yang telah didaftarkan secara sah dan rasmi sebagai sebuah badan NGO yang bebas, turut menyertai gabungan badan-badan NGO seluruh negeri Kedah yang lebih dikenali sebagai WEHDAH. Daripada sambutan yang agak memberansangkan dan juga respon positif yang telah ditunjukkan oleh mahasiswa-mahasiswa Kedah atas penubuhan PERSADA ini, menyerlahkan kesungguhan dan kesanggupan mahasiswa-mahasiswa Kedah berganding bahu dan bekerjasama bagi mencapai matlamat penubuhannya.

Antara matlamat penubuhan PERSADA ini ialah untuk menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi mahasiswa-mahasiswa Kedah yang berada di dalam mahupun di luar negara. PERSADA juga bermatlamat untuk menjayakan dan melaksanakan kerja-kerja ke arah memaksimumkan pengupayaan mahasiswa dan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran, pengalaman dan daya inisiatif untuk membangunkan mereka dengan nilai-nilai murni yang kondusif.

Selain itu juga, penubuhan PERSADA turut bertujuan untuk mengadakan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai matlamatnya. Penubuhan PERSADA secara tuntasnya bertindak sebagai wadah yang dapat mengemblengkan tenaga, idea, gerak kerja dan usaha, seterusnya memacu mahasiswa Kedah di seluruh Malaysia dan di luar negara, untuk memberi dan mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Menurut Presiden Penaja PERSADA, Mohd Faisal bin Mustaffa, dengan termaktubnya PERSADA ini sebagai badan NGO berdaftar, beliau berharap PERSADA dapat menjadi medan terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah dari pelbagai kaum dan agama, sama ada di dalam dan di luar negara, berkumpul dan duduk di bawah naungan yang satu, iaitu PERSADA, demi penyatuan mahasiswa Kedah itu sendiri.

Beliau juga menegaskan bahawa melalui PERSADA jugalah mahasiswa dapat bergerak dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat terutamanya di negeri Kedah, di atas nama sebuah badan NGO yang sah.

Hasrat beliau lagi agar PERSADA yang ditubuhkan atas dasar menyedari kepentingan hubungan keintelektualan mahasiswa dengan masyarakat, dalam mendepani arus sebenar dalam dunia masa kini, mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, bagi merealisasikan apa yang telah direncanakan.

http://faisalmustaffa.com/v2/
Bulan Ramadhan, Mari Menuju Izzah !
7:34:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin




'Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna fi Ramadhan'.
Alhamdulillah sempat juga aku menjejakkan kaki dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ : ١٨٣

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". (Al-Baqarah : 183)






شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ


"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...". (Al-Baqarah : 185)






Jangan ponteng puasa yer ! Orang memang tak nampak, tapi Allah dan para malaikat nampak. Allah telah menghantar malaikat Ratib dan Atid sebagai perisik kepada kita. So jangan cuba-cuba tak puasa.




Tuntutan bulan Ramadhan merupakan tuntutan tarbiyah ruhiyyah dan juga tarbiyah jasadiah. Tuntutan ini tidak lain dan tidak bukan untuk merapatkan (takarrub) diri kita kepada sang Pencipta. Tuntutan ini juga mengajak kita supaya meniggalkan sedikit kenikmatan duniawi yang selama ini membelenggu jiwa kita. Pada bulan Ramadhan, Allah menjanjikan tiada lagi syaitan untuk menggoda kita. Syaitan dibelenggu ! Yang ada hanya nafsu yang meruntun dan juga tabiat yang ada pada diri kita. Jadi gunalah masa ini untuk perbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT dan sekaligus melenturkan nafsu buas kita. Allah telah beri kita peluang untuk merapatkan diri kita padaNya, ambillah peluang ini.







Ramadhan adalah kurniaan yang paling berharga daripada Allah kepada umat Islam. Kemuliaannya memenuhi ruang mayapada dan mengisi setiap relung hati insan yang beriman. Hikmahnya menaburkan benih-benih kesabaran dan ketaqwaan serta melahirkan jiwa yang damai. Jika setiap orang memahami hikmah bulan mulia ini, maka mereka akan berharap seluruh tahun itu menjadi bulan Ramadhan.

Setiap insan merindui kedatangan Ramadhan yang mubarak untuk membakar segala dosa dan nista. Beribadah pada bulan yang mulia ini memiliki pahala yang luas dan mengandungi limpahan rahmat daripada-Nya. Di dalamnya juga tersimpan malam yang paling berharga melebihi kemuliaan amalan seribu bulan serta memperoleh berkah dalam segenap kehidupan.






Ramadhan adalah tamu yang banyak membawa keberkahan, nikmat, curahan pahala dan berbagai kebaikan. Sangat naïf sekali jika seorang Muslim tidak sadar akan kehadiran Sang Tamu Agung ini. Apalagi kalau sampai lalai dan baru sadar ketika sang tamu sudah akan pergi meninggalkan sang tuan rumah. Bukankah nabi saw. mengatakan bahwa jika seorang tamu datang berkunjung, ia membawa seribu berkah?


Sungguh Ramadhan merupakan tamu agung yang datang menemui kita umat Islâm. Tamu yang datang membawa limpahan pahala, penggandaan ganjaran, keutamaan-keutamaan ibadah dan sebagainya. Marilah kita sambut kehadirannya dengan hati yang bersih dan dada yang suci. Mudah-mudahan segala yang dibawanya kepada untuk kita benar-benar milik kita yang berguna dan memang kita butuhkan. Amîn!