Teladan #2 : Tembok Diri
8:14:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin

Kisah : Apabila kerja-kerja pembesaran hospital hendak dimulakan di Maputo, Mozambique, Afrika. Pekerja yang sedang meruntuhkan dinding hospital terkejut apabila mendapati ada satu ruang luas wad bersalin yang sudah siap berada di sebalik dinding itu. Ia tidak pernah digunakan kerana kontraktor lama tersilap membuat dinding, padahal sepatutnya mereka membuat pintu. Lebih pelik lagi, tidak ada sesiapa yang menyedari 'kehilangan' wad bersalin itu, walaupun ia wujud pada pelan.

Hikmah : Dalam diri kita, ada banyak kekuatan yang tersembunyi. Pecahkan tembok penghalang dan miliki kuasa yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini !


(=_+).v ~ peace :)
Teladan #1 : Belajar Dari Itik Berenang
4:25:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Mengurus kehidupan sebagai seorang pelajar universiti bukan semudah a,b,c. Apatah lagi sekiranya seseorang pelajar itu terlibat secara langsung dengan aktiviti berpersatuan secara aktif. Sekiranya timbul masalah atau kekurangan, minda mereka bercelaru, tertekan, dan tidak dapat menyusun kehidupan dengan sebaiknya. Lebih teruk lagi apabila mereka gagal memberi respon yang tepat atas perkara yang sedang mereka alami itu.

Mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka.

Ada satu teori yang menarik untuk kita renungkan. Cuba renungkan bagaimana seekor itik yang sedang berenang di atas peemukaan air. Nampak tenang dan lancar bukan? Semacam tidak apa-apa yang sedang berlaku. Jika sekali pandang, kita akan nampak seolah-olah itik itu sedaang meluncur laju di atas permukaan air.

Walaupun nampak tenang, tapi siapa tahu yang sebenarnya itik tersebut sedang bekerja keras untuk menggerakkan kaki-kakinya untuk terus meluncur dan mara kehadapan membelah arus sungai. Namun, adakah mereka rasa terbenan dengan tindakan mereka? Tidak, kerana mereka suka berenang !

Tenang.

Begitu juga dengan mereka yang berjaya. Dalam menyusun kehidupan seharian yang sibuk dan penuh cabaran, mereka sentiasa bertenang dan cuba mengawal hidup mereka sebaiknya. Walaupun nampak tenang, tapi sebenarnya mereka juga sedang giat mencari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan yang timbul. Minda dan fikiran mereka bekerja keras. Mereka menganalisa dan mengkaji, merancang dan melaksanakan. Mereka merempuh cabaran yang berliku dengan penuh ketenangan. Adakan mereka rasa terbeban? Tidak juga, kerana bagi mereka itu satu keseronokan seperti itik yang gembira kerana dapat berenang !

Apapun yang berlaku, ingati prinsip itik berenang :)