Teladan #1 : Belajar Dari Itik Berenang
4:25:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Mengurus kehidupan sebagai seorang pelajar universiti bukan semudah a,b,c. Apatah lagi sekiranya seseorang pelajar itu terlibat secara langsung dengan aktiviti berpersatuan secara aktif. Sekiranya timbul masalah atau kekurangan, minda mereka bercelaru, tertekan, dan tidak dapat menyusun kehidupan dengan sebaiknya. Lebih teruk lagi apabila mereka gagal memberi respon yang tepat atas perkara yang sedang mereka alami itu.

Mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka.

Ada satu teori yang menarik untuk kita renungkan. Cuba renungkan bagaimana seekor itik yang sedang berenang di atas peemukaan air. Nampak tenang dan lancar bukan? Semacam tidak apa-apa yang sedang berlaku. Jika sekali pandang, kita akan nampak seolah-olah itik itu sedaang meluncur laju di atas permukaan air.

Walaupun nampak tenang, tapi siapa tahu yang sebenarnya itik tersebut sedang bekerja keras untuk menggerakkan kaki-kakinya untuk terus meluncur dan mara kehadapan membelah arus sungai. Namun, adakah mereka rasa terbenan dengan tindakan mereka? Tidak, kerana mereka suka berenang !

Tenang.

Begitu juga dengan mereka yang berjaya. Dalam menyusun kehidupan seharian yang sibuk dan penuh cabaran, mereka sentiasa bertenang dan cuba mengawal hidup mereka sebaiknya. Walaupun nampak tenang, tapi sebenarnya mereka juga sedang giat mencari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan yang timbul. Minda dan fikiran mereka bekerja keras. Mereka menganalisa dan mengkaji, merancang dan melaksanakan. Mereka merempuh cabaran yang berliku dengan penuh ketenangan. Adakan mereka rasa terbeban? Tidak juga, kerana bagi mereka itu satu keseronokan seperti itik yang gembira kerana dapat berenang !

Apapun yang berlaku, ingati prinsip itik berenang :)
This entry was posted on 4:25:00 AM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Komentar:

On December 4, 2010 at 12:04 PM , Deen said...

nice,mohon share