Motivasi Diri
3:38:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin




















SEMUA manusia memerlukan motivasi. Nabi Muhammad SAW diberikan motivasi melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Ibrahim a.s juga memohon motivasi daripada ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT:



Maksudnya :

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku),

al-Baqarah : 260


Kita semua perlukan motivasi. Motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredhaan dan syurga ALLAH sebagaimana nab dan para sahabat. ALLAH mencatatkan di dalam al-Quran bertapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaadan syurga ALLAH.

Firman ALLAH SWT:


Maksudnya :

Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

al-Mutaffifin : 26


Lihat, bagaimana ALLAH sentiasa ingin kita bermotivasi bagi mencapai kebaikan syurga iaitu dengan menyuruh kita berlumba mendapatkannya. Namun yang dikesali, manusia sering berlumba bagi memperoleh nikmat sementara dunia iaitu harta, nama dan pangkat.

Ingatlah, sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki berbillion ringgit juga tidak dapat untuk menangguhkan kematiannya. Dia juga tidak dmampu 'memberi rasuah' kepada ALLAH agar memberikan kepadanya kontrak hidup selama tiga tahun lagi. Jadi, kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirkanlah.

Jangan engkau jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana dia akan mencelamu di kemudian hari.

Jangan engkau jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan engkau jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia akan tamat dan dicemburui.

Jangan engkau jadikan keluarga sebagai motivasi unggul kerana mereka jua akan mati. Tetapi, jadikanlah ALLAH, rasul dan syurga yang dijanjikanNya sebagai motivasi, pasti ALALH tidak akan mati dan janjiNya pula tidak akan mengecewakan.

Membiarkan orang lain sahaja bermotivasi dan memperoleh pahala, bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat membantutkan semangat anda. Sebaliknya, jadikan ia pendorong dan motivasi.

Berusahalah untuk melihat apa yang kita percaya :)



.