Are You Going To Finish Strong
12:00:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin


Aku masukkan entry kali ni sebagai satu boost-up kepada semangat aku yang semakin melemah ! Arghh..aku pun tak tahu kenapa semangat aku kian hilang dan lemah. Apa yang perlu aku buat ? Mungkin ker aku patut muhasabah balik diri dan pertajamkan balik motif hidup yang sudah menumpul? Ustaz Najib Khassim ada ingatkan aku supaya meletakkan hadaf (matlamat) di tempat yang paling tinggi iaitu Allah. Kalau letak hadaf diposisi yang paling tinggi, apa-apa mehnah dan tribulasi yang mendatang, pasti aku tidak mudah putus ada. Aku juga ingat satu doa Umar Al-Khattab, 'Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari orang zalim yang kuat dan orang mukmin yang lemah.' Haa..korang nak tahu apa kata M.A. Uswah ? Beliau kata, "Islam agama tercintaku, Melayu bangsa sejatiku, Bahasa Melayu bahasa terindahku. Ku bangga menjadi bangsa Melayu yang Islami. Oleh itu, jadilah muslim sejati, jadilah juga melayu sejati."

Aku tertarik dengan video kat atas ni. Apa yang mengkagumkan, walaupun brother tu tak punyai akidah yang sohih jika dibandingkan dengan kita tapi dia sungguh berani dan rela untuk meneruskan hidupnya walaupun tangan kaki takade. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bersedia untuk menempuh risiko demi perjuangan yang kita junjung? Anda berani? Jawab soalan aku ni...