Lahabau !
3:18:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Anak muda sekarang makin biadap !

Semalam, balik dari surau taman, aku berehat sekejap di ruang tamu rumah sewa sambil tonton Buletin Utama TV3. Melihat dan menganalisa perubahan arus politik, ekonomi dan sosial dunia. Namun terkejut beruk bila melihat rakaman video dua orang pelajar perempuan yang membantai guru mereka di sebuah sekolah yang disorok identitinya. VERY RUDE !!

Kalau dulu pun aku pernah mendengar beberapa rakan yang hangat membincangkan isu pelajar melayu perempuan yang bergaduh di Terengganu. Ala-ala taekwando katanya. Aksi tendang-menendang, bantai-membantai, dan maki hamun merupakan pemandangan biasa !

Aku makin keliru, adakah semua ini berpunca daripada kemenangan islam tertangguh??
10 Tahun Sebelum Merdeka (Sejarah Yang Disembunyikan)
4:55:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
saya telah bertunang dengan KEMATIAN !
2:08:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

"Saya telah bertunang. saya telah bertunang dengan KEMATIAN. Dan saya tidak tahu bila si dia akan mengahwini saya".


Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah kita tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita telah lewati makin menghampirkan kita pada kematian seperti orang lain ? Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita.


Saya teringat satu ayat alQuran yang bermaksud, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan”. (QS 29:57). Maknanya, tiap-tiap manusia yang hidup akan menghadapi kematian jua, setiap orang !


Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru lahir dan seorang yang sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak punyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi nafas atau untuk mengambilnya kembali.


Bilamana sampai saat seseorang itu ingin meninggal, maka dia tidak boleh untuk mempercepat atau melambatkan kematiannya walau sesaat atau kadar lebih cepat dari itu. Allah menjelaskan dalam alQuran, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahiu yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, 62:8)


Kebanyakan manusia ingin mengelakkan dari berfikir tentang kematian. Mereka menyibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan seperti : apa yang mereka mahu makan hari ini, baju apa yang perlu dipakai untuk majlis makan, apa rancangan televisyen yang menarik waktu malam dan sebagainya. Mereka berasa tidak nyaman bila berbicara tentang kematian. Ramai juga yang beranggapan bahawa kematian akan menyambut mereka setelah mereka tua. Ahh dungu !


Tidak ada seorang pun yang tahu mereka akan mati bila. Siapa sangka malaikat maut sedang meleretkan matanya ke arah anda sekarang ! Anda tidak boleh menjamin bahawa anda akan hidup dalam sejam berikutnya. Bahkan siapa sangka anda akan mati dalam keadaan yang macamana. Mungkin dalam keadaan yang berlumuran darah, pecah kepala, mati dalam kemalangan, husnul khotimah (insyaAllah) dan sebagainya. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat umum di pejabatnya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda selesai membacanya atau bahkan kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahawa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:


Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)


Kita seringkali melihat orang lain mati dan diusung dalam keranda dan dibawa ke pusaran. Tetapi berama ramai antara kita yang memikirkan tentang ketika hari orang melihat kita mati dan mengusung kita ke pusaran ? Seseorang tidak dapat mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya.


Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.


Bertaubatlah wahai insan selagimana pintu taubat masih terbuka luas untukmu. Kesali dosa-dosamu yang telah kamu lakukan. Jangan nyawa sampai ke kerongkong baru mahu bertaubat. Kerana pada masa itu, pintu taubat telah tertutup buatmu.


Maafkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada kamu semua. Kiranya hayatku tercerai dari badan, aku mohon halalkan segala makan minumku.
http://disertasi.blogspot.com/

1) Firman Allah swt dalam surah al-Saff ayat 2 " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa engkau berkata apa yang tidak engkau lakukan. Besar kemurkaan Allah ke atas mereka yang berkata apa yang tidak mereka lakukan". Mengikut Syeikh Abdullah Basmeih di dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman-ayat ini sempena sekumpulan pemuda Islam di zaman Nabi saw sebelum datangnya perintah jihad-mereka sanggup mati demi Islam. Tetapi apabila perintah jihad diturunkan, mereka tidak menunaikan apa yang mereka nyatakan sebelum ini.


2) Menjadi dilema kepada penjawat jawatan di atas, apabila kadangkala kita tidak beramal dengan apa yang kita sampaikan. Bahkan yang lebih menyedihkan apabila kebaikan yang kita seru kepada mad'u dan audien, tidak kita laksanakan, sebaliknya kejahatan yang ditegah supaya tidak menghampirinya, kita pula yang melakukan. Dan ini diingatkan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 44 " Adakah kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan, dan pada waktu yang sama kamu lupakan diri kamu sendiri, sedangkan kamu membaca al-Kitab, apakah kamu tidak memikirkannya?"


3) Yang biasa berlaku, kadangkala, mad'u dan audien yang mendengar pesanan kita berubah menjadi lebih baik, sedangkan kita sebagai penjawat jawatan di atas, tidak pun berubah. Hanya kerana kita pandai berceramah, bijak menyusun ayat dan perkataan, kita dihormati dan disanjung. Pada waktu yang sama, kita sendiri tidak berusaha memperbaiki diri sendiri. Pepatah Arab ada mengatakan " Perbaiki diri kamu, waktu yang sama serulah yang yang lain". Ini bermaksud proses pengislahan diri berjalan seiring dengan dakwah di jalan Allah.


4) Pesanan Sa'id Hawa di dalam kitabnya Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan-mengingatkan 3 ciri penting kepada seorang daie di jalan Allah. Yang pertama ikhlas, yang kedua sabar dengan gelagat mad'u dan yang ketiga beramal dengan apa yang disampaikan.