Study Kes
1:52:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Selesai saja buat report malam tadi, saya terus mencapai katil. Dek kerana kepenatan setelah seharian 'menjalar' atas muka bumi ni. Saya cuba untuk tidur namun otak masih berputar ligat memikirkan beberapa masalah yang timbul kebelakangan ini. Walaupun masalah ni tampak kecil, pun begitu jika dibuat pemerhatian secara halus, ia mempunyai beberapa segmentasi yang perlu ditangani secara baik.

Study Kes 1 ;

Aisyah seorang yang sangat aktif bergiat dalam persatuan. Banyak persatuan, badan-badan pelajar yang dia ikuti. Suatu hari, Aisyah melepaskan kebimbangan, bagaimanakah cara untuk meletakkan keutamaan apabila dia terpaksa membuat keputusan sama ada untuk ke program tamrin yang dianjurkan oleh sebuah persatuan islam, atau ke program sukan tahunan anjuran MPP di sebuah kampus. Masalah yang timbul adalah, Aisyah merupakan Hicom dalam barisan komiti program sukan tahunan itu, dan dia diperlukan semasa program itu sedang berjalan. Dalam masa yang sama Aisyah ingin ke program tamrin tersebut. Aisyah kini dalam dilema. Apa yang perlu Aisyah buat ?

Study Kes 2 ;

Kelab bahasa di sebuah kampus menghadapi beberapa masalah kritikal. Iaitu, kekurangan tenaga lelaki bagi menggantikan barisan kepimpinan kelab pada sidang hadapan. Tenaga perempuan ramai, tiada masalah. Presiden kelab tersebut, Zamir, telah mengadakan perbincagan khas bagi menangani kemelut ini. Dalam perbicangan itu, ada suara-suara yang mengatakan ;

1. perempuan ramai, tapi tidak pandai berdikari.
2. perempuan banyak idea, tapi gerak kerja zero. Sembang deras.
3. Perempuan tidak mampu memipin dengan baik.
4. lelaki dah la sedikit, slow dan manja pulak tu.
5. lelaki sedikit, kerja berterabur dan tidak sistematik. Sembang deras.

Situasi ini hanya meletakkan Zamir dalam kepinga-pingaan yang berpanjangan. Kerana, harapan Zamir mahu melihat kelabnya itu pergi lebih jauh dan kembali bertenaga agar kelabnya itu mampu memainkan peranan sebagai sebuah wadah yang unggul dan memberi impak kepada seluruh masyarakat kampus. Zamir dihinggap seribu satu tanda tanya..

Persoalan yang timbul ini adalah benar. Pada hemat anda bagaimana?