MPP UIAM Anjur Forum Masa Depan Politik Malaysia
5:31:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin



Dalam keadaan kekalutan politik Malaysia dengan desas-desus peralihan kepimpinan negara pada 16 September ini, Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan mengadakan Forum Perdana membabitkan tokoh-tokoh muda dari 3 parti politik terbesar di Malaysia iaitu YB Mukhriz Tun Dr. Mahathir (ahli Parlimen Jerlun yang bertanding jawatan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, lihat profail), YB Nik Nazmi (Ahli DUN Seri Setia dan Setiausaha Politik MB Selangor, lihat profail) dan saudara Fadly Ramly, seorang peguam yang bertanding dalam PRU ke 12 di DUN Tioman (lihat profail), merupakan bekas Presiden MPP UIAM 2002-2003. Forum yang telah mendapat kelulusan dari pihak Hal Ehwal Pelajar UIAM ini telah memilih tajuk “Perubahan Landskap Politik Malaysia : Kesan Kepada Mahasiswa”. Ini merupakan siri kedua forum politik yang telah dibenarkan oleh pentadbiran UIAM selepas Forum Pindaan AUKU yang turut mempertemukan ketiga-tiga buah parti tersebut.