Hala Tuju Baru HEP
1:14:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia :

Walaupun masih memerlukan banyak perbincangan, tetapi, saya berpendapat bahawa sekurang-kurangnya terdapat tujuh perkara pokok yang perlu dimurnikan dalam rangka menggubal hala tuju HEP.

Pertama, kita perlu mempunyai pemikiran, falsafah, pengarahan dan pendekatan yang jelas tentang pembangunan mahasiswa.

Kedua, kita perlu mempunyai kerangka governans yang melibatkan semua stakeholders iaitu pihak pengurusan tertinggi KPT, Universiti, fakulti, kolej kediaman dan mahasiswa.

Ketiga, kita perlu mempunyai misi yang benar-benar tepat, iaitu "membangun dan menggilap potensi mahasiswa".

Keempat, ialah menentukan objektif yang juga tepat, iaitu : menyediakan modal insan bersepadu dan berkualiti untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan; menyediakan perkhidmatan dan bimbingan yang optimim secara profesional dan mesra mahasiswa; dan memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa berpartisipasi dengan penuh dan aktif dalam struktrur dan proses perancangan dan perlaksanaan program pembangunan mahasiswa di dalam dan luar kampus.

Kelima, dasar-dasar dan program-program pembangunan mahasiswa perlu dirangka berasaskan keperluan sebenar dan dan tidak terperangkap dalam sistem dan prosedur yang boleh mengalihkan fokus.

Keenam, kita perlu mempunyai perancangan, pasukan, pelaksanaan dan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh untuk pembangunan mahasiswa. R&D ini perlu diiktiraf untuk proses kenaikan pangkat mereka yang terlibat.

Dan ketujuh, perlu ada proses latihan yang sistematik.Pegawai-pegawai HEP harus dilengkap dengan ilmu dan kemahirah membangunkan mahasiswa dengan cara dan pendekatan yang mesra-mahasiswa. Ia perlu dilaksanakan secara berkala dan berperingkat.

Belajar sambil mencabar, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.

Alaf baru yang suram !