jOm contaCt "kEkasiH"..
11:25:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Oleh:
Afzannurrahman


“Ibnu Mas’ud ra berkata : Telah disebutkan seseorang lelaki di sisi Rasulullah saw yang sentiasa tidur sahaja sampai waktu subuh sehingga tidak pernah mendirikan solat malam. Maka Rasulullah saw telah bersabda : Bahawa lelaki itu telah dikencingi syaitan di telinganya..”

(BUKHARI MUSLIM & AN-NASA’I)

Satu cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.”

Kurniaan di dunia ialah:-

Jauh daripada segala penyakit
Lahir kesan takwa pada wajahnya
Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
Dipermudahkan hisab
Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.’

Usrah Umum 1 ~
7:04:00 PM | Author: Nik Muhammad Amin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal mengunjungi kita tidak lama lagi, Institusi Usrah kampus Melaka akan menganjurkan satu Usrah Umum. Usrah Umum ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Butiran Usrah Umum adalah seperti di bawah :

Tajuk : Bulan Ramadhan, Mari Menuju Izzah !"
Tarikh : 27 Ogos 2008
Masa : 9 pm - 11.00 pm
Tempat : Masjid Al-Irsyad Multimedia University (MMU)
Penceramah : Ustaz Ahmad Fahim bin Robani
(Pensyarah MMU dan ILIM)

Pihak Institusi Usrah mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk menghadiri Usrah Umum ini. Jumpa anda di sana !

* Jamuan ringan disediakan
* SAPS point diberikan (bagi pelajar MMU sahaja)

Ayuh kita mara menuju izzah (kemulian) !!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim


"Usrah is the Nucleus of Da'wah"

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil
Exco
Da'wah and Tarbiyah Bureau
Usrah Institution 0809
Multimedia University
Melaka Campus
Phone no. : 013-6285901
E-mail : zuhud_life@yahoo.com
Website : http://www.iumelaka.com/v1/
kembaLi daRi mEnyepi ~~
12:30:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Assalamualaikum wbt,

Hurm ~ dah lama ana tak bukak blOg ni, apatah lagi update. blOg dah naik sawang pon. al maklumlah sibuk memanjang jer, hehe. Alhamdulillah weekend ni ada sikit masa tersisa.






Suatu malam tu, ana tersandar atas kerusi sofa rumah sewaku. Mindaku lesu dan hampir tak berfungsi, nauzubillah. Namun mindaku sempat lagi mengimbau kisah silamku sewaktu di sekolah dulu, Sekolah menengah Kebangsaan Agama Melor. Rindu sungguh nak pi sekolah.




teringat sahabat2 sebatch. Hamdi, amir, hanif, nuruddin, hafiz, maisarah, anis ,faqihah dan lain2. sahabat2 sebatch ni laa yang banyak menyumbang kepada membentuk karekteristik ana skarang. Ana rindu pada antum semua. bila yer kita boleh ketemu lagik.

uhibbukum jami'an ~
sEkadar ajaKan dariku ~~
1:56:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Kepada sahabat-sahabat yang sedang menuntut di Multimedia Universiti khasnya, dan masyarakat di sekitar Multimedia Unviversiti amnya. Di sini, sukalah saya maklumkan bahawa pada 11 Ogos 2008 ini, kelas pengajian ilmu akan bermula di Masjid Al-Irsyad Multimedia Universiti kampus Melaka. Bersempena dengan itu, suatu majlis ceramah dan sekaligus perasmian kelas pengajian ilmu ini akan diadakan pada 13 Ogos 2008. Butiran kelas pengajian adalah seperti di bawah :



Hari

Tenaga Pengajar

Perkara

Isnin

Ustaz Najib Kassim

Mustika Hadis

Selasa

Ustaz Ahmad

Ahyatul Ahkam

Rabu

Ustaz Amsyari

Tajwid dan Tarannum

Khamis

Ustaz Husaini

Akidah (2 bulan sekali)

Jumaat

Pelajar-pelajar Arab

Hadis 40 (Bahasa Arab)



Tarikh bermula : 11 Ogos 2008

Masa : 7.45 p.m. - 8.35 p.m. (Antara maghrib dan isyak)


Kelas pengajian ini telah dianjurkan oleh Institusi Usrah kampus Melaka dan Arabic Language Society (ALS) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Multimedia Universiti.


**********************************************************************************


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Abu Umamah r.a


Di dalam kitab minhajul a'bidin karangan imam al ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu.


Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal.Ilmu dan amal diibaratkan
sebagai 2 permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata
amal.

Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia sia, tidak akan diterima
kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah nabi s.a.w.Ilmu
merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.Orang
yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam
tanpa cahaya,kekadang ular pun di sangka kayu api.amatlah bahaya
kehidupan tanpa ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita
tentang pentingnya ilmu.Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah.Ini kerana,Firman Allah Taala
yang bermaksud "

"hanyasanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan
ulama'(org alim)"

Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok,maka amal diibaratkan sebagai
buah.daripada ilmu terbit amal.Bak kata pepatah arab,ilmu tanpa
amal,umpama pokok yang tidak berbuah.

Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai
oleh Allah Taala,jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan"

Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan
dan amalan.Allah menegaskan dalam firmannya dalam surah as-saff ayat 2-3, yang bermaksud


"Wahai orang2 yang beriman,mengapa kamu perkatakan sesuatu yang
kamu tidak kerjakan"."Sangatlah benci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak
memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.

Saya masih teringat lagi kata-kata sahabat saya, akhi Hamdi yang sekarang ini berada di Mesir, (Hamdi, ana rindu kat enta..huhu)

"Alang-alang menjadi muslim, biarlah ke syurga..Alang-alang beramal, jangan sampai Allah murka".

Syukran akhi Hamdi, kata-kata enta, ana pegang insyaAllah.

Sekadar itu sahaja, wassalam.