ISLAM ITU LUAS :)
1:19:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin



Tertarik dengan beberapa ulasan lewat pembacaan saya dalam satu buku Untukmu Umatku, sentuhan Ustaz Zaharuddin. Ia berkaitan perpecahan yang berlaku dalam kalangan Umat Islam pasca fitnah ini. Tambahan pula, perbincangan kitab Jundullah Thaqofatan wa Akhlaqan karangan Sheikh Sa'id Hawwa dalam usrah mingguan sudah sampai pada tajuk "Kewajipan hari ini adalah penyatuan matlamat."

Bagi mereka yang memperjuangakan Islam melalui sesuatu platform. Mereka akan memperkecilkan usaha pendakwah lain yang tidak melalui wadah yang sama dengan mereka. Misalnya, kita kerap melihat kejumudan minda beberapa indvidu yang memperjuangankan Islam melalui politik, yang pastinya mereka tidak akan diremeh dan dikutuk. Sebaliknya, mereka yang tidak memperjuangankan Islam seperti mereka akan dicemuh, kononnya tercicir di jalan dakwah.. Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan pemainan perasaan oleh Syaitan.

Astaghfirullahalazim... tidakkah mereka sedar, ia satu penyakit ujub iaitu merasa diri hebat dengan jalan perjuangan itu? Sesungguhnya, memperjuangankan Islam mempunyai cara yang amat luas dan pelbagai. Tidak perlu semua ikut rentak yang sama, kerana kaedah perlu dipelbagaikan sesuai dengna kumpulan sasaran.

Bahkan, pejuangan Islam melalui politik itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus terang sebagai ahli atau pimpinan parti tertentu. Berceramah di musin pilihanraya atau pentas, berdemonstrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kepartian dengan terus terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan "berani" dan "memperjuangakan Islam' oleh segelintir mereka.

Kita dapat lihat pada zaman ini, begitu ramai ulama mempunyai peranan walaupun tanpa komitmen dengan parti politik kepartian tertentu. Antaranya, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhayli, Dr. Ramadhan al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan dan kertas kerja pembentangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, sama ada berparti atau tidak.

Tidak dinafikan, ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr Abdullah Azzam, Dr. Muhd Abu Faris, Syeikh Dr. Hammam Sa'id dan lain-lain dalam memperjuangkan Islam.

Apa yang penting, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu yang manakah lebih utama, berjasa dan lebih baik disisi Allah. Ada yang pemperjuangankan Islam melaui akademik, NGO, korporat, motivasi, sekolah, tadika, menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain. Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah? Ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan si pendakwah.

Allah SWT berfirman :


Maksudnya :

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.


Ibn Abbas menyatakan, maksud syakilatihi dalam ayat di atas bermaksud sudut masingp-masing. Manakala sebahagian lain mengatakan, berdasarkan niat masing-masing.

Buat pihak yang suka dan berhasrat mengutuk kerja dan usaha baik oarang lain, sedarilah anda sebenarnya sedang melakukan dosa dan menjauhkan orang daripada Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

" Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilaakukan), walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang." (Riwayat Ahmad dari hadis jabir, no 19717.)

Justeru, apa jua kebaikan yang diusahakan oleh seseorang kita ditegah untuk memperlekehkannya.

Anda pilih yang mana? Tepuk dada tanya Iman :)
.