Institusi Usrah Anjurkan Seminar Kepimpinan Islam
7:49:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Mahasiswa dan anak-anak muda merupakan golongan yang terpenting dalam strata sosial masyarakat kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan, dibahu mereka digalas harapan masyarakat untuk melihat bumi tercinta ini dilimpahi barakah daripada Ilahi. Kelompok mereka sangat penting kerana mempunyai kekuatan ftizikal, mental, semangat dan idealisma. Hamparan pakej yang terhimpun ini menjadi kekuatan kepada mereka untuk menerjah segenap kepalsuan, berdada dengan penguasa korup dan bangkit menentang kezaliman.

Dalam konteks negara Malaysia kini, kita sangat sedih dengan kekangan yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa kerana kesannya terhadap intelektual amatlah buruk. Universiti menjadi sekadar sekolah tinggi yang hanya membekalkan pasaran tenaga kerja. Kampus hari ini amatlah sepi dengan budaya kritikan sihat, bukan sahaja mahasiswa yang membisu maah para cendekianya hanya terpasung dalam kesejukan bilik kuliah semata. Secara statistiknya pula, kita semakin terkebelakang dalam penarafan universiti yang cemerlang dalam ranking universiti dunia. Akhlak buruk anak muda kampus mengisi segenap dada-dada akhbar menggantikan kehebatan pidato yang bersemangat membela rakyat di Sudut Pidato Universiti Malaya dalam dekad 60an dan 70an.

Suasana kampus hari ini sampai ke tahap 'menopause', kenyataan pimpinan kampus utama yang tidak bergigi malah kemandoman aktivisme pelajar juga menjadi punca perdana kelesuan intelektual mahasiswa sekarang. Ranking universiti Malaysia semakin tercorot di pentas penarafan antarabangsa.

Melihatkan kondisi yang kian meruncing, Institusi Usrah Multimedia University kampus Melaka mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu Seminar Kepimpinan Islam yang julung-julung kalinya diadakan. Segala butiran seminar adalah seperti di bawah :

Tema : 'Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa'
Tarikh : 21 Februari 2009 (sabtu)
Tempat : Exam Hall, Multimedia University kampus Melaka.
Yuran : RM 8



Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan,” Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin”. Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah geladangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

InsyaAllah kami akan membawakan speaker dan panelis yang hebat dan terkemuka kepada anda yang hadir. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya di talian 0136285901 atau boleh menghantar email ke zuhud_life@yahoo.com . Lampirkan butiran diri untuk dihubungi.