DONT STOP ME NOW !
1:03:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin
Ketika anda merasa sangat lelah, ketika tenaga dan fikiran seperti terkulai, ketika mata seperti ingin terpejam, sementara tugas yang harus anda kerjakan masih banyak, katakan pada diri sendiri : jangan minta saya berhenti sekarang !

Katakan itu dan teruslah bekerja. Anda tidak akan mati untuk terus bergerak kerananya. Justeru anda akan menjadi lebih bertenaga dan bersemangat daripada sebelumnya, fikiran anda akan lebih jernih dan kreatif daripada sebelumnya.

Yang membuat anda gagal meraih kejayaan adalah kerana anda takut untuk memulai. Dan ketika langkah pertama dan langkah-langkah berikutnya telah dibuat, jarang pula orang berhenti di tengah jalan padahal kejayaan sebenarnya sudah dekat dengannya.

Padahal yang perlu anda lakukan hanyalah konsisten dan semangat pantang menyerah. Ketika anda sudah keletihan berlari, berjalanlah dan atur kembali nafas anda. Jika berjalan kaki anda sudah tidak mampu lagi, merangkaklah, bergulinglah, apapun itu jangan pernah berhenti ! Tidak ada sesuatu pun yang boleh menghentikan langkah anda, kecuali diri anda sendiri.

Teruskanlah melangkah menuju mimpi anda, dan suatu ketika anda akan tiba di sana.

Kata martin Luther King Jr., "Jika anda kehilangan harapan, entah bagaimana anda juga akan kehilangan energi untuk bertahan dalam kehidupan, kemudian anda akan kehilangan keberanian untuk membuat perubahan. Anda akan kehilangan segala kemampuan untuk mewujudkan mimpi-mimpi anda. Oleh kerana itu, aku masih menjaga mimpiku hingga hari ini,"

Motivasi buat diri tatkala terasa sangat penat mengatur langkah.




.