SUPERHERO SEMASA KECIL
9:39:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Cybercop memang best


Flashman antara yang power!


Dulu semasa saya dibangku sekolah rendah saya ada beberapa ikon yang saya jadikan sebagai idola. Antaranya ialah Cybercop. Hu3, Cybercop ni best sangat. Kehebatan diorang berpasukan dan senjata yang luar biasa yang mereka ada memang menggiurkan selera. Ada yang keluarkan pedang besar, pistol laser dan gergaji bulat. Tambahan pula, senjata mereka boleh di akses dimana-mana. Selain tu, kostum pakaian diorang memang paling best time saya kecil-kecil dulu. Ada juga movie superhero yang lain macam flashman. Tapi kostum flashman tak best sangat sebab nipis dan kurang protection! tapi kira oklah.

Seingat saya, semasa saya sekolah rendah darjah dua di Kubang Kerian Kelantan, ada seorang sahabat rapat yang nak hadiahkan kepada saya kostum Cybercop. Namanya Aiman. Dia anak kepada seorang ahli perniagaan yang kaya masa tu. Rumahnya besar, saya pernah berkunjung ke rumah dia. Best woo...Dia ada kostum Cybercop. Saya pernah pakai kostum Cybercop milik Aiman. Memang sempoi. Dalam kostum tu ada beberapa skrin kecil dan butang-butang yang keluarkan cahaya. Dia kata nak bawak kostum tu kat sekolah dan bagi pada saya. Hu3, perasaan gembira memang tak dapat nak sorokkan. Tapi esok, esok dan esok lagi dia tak bawak juga. Saya mula geram kat dia. At last, dia buat tak tahu, macam tak pernah janji apa-apa dengan saya. Saya tak pasti betul ke dia ada janji dengan saya nak bagi kostum tu. Atau saya hanya bermimpi dalam tidur. Ketagih sangat kot movie Cybersop setiap minggu. Saya tak pasti. Tapi kalau betul dia ada janji nak bagi kat saya, saya tunggu awak Aiman. Boleh saya pakai kostum tu ke bilik lecture. Hu3, baru best.




Cybercop





Flashman
This entry was posted on 9:39:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Komentar:

On February 4, 2009 at 2:35 PM , Anonymous said...

Haha teringat zaman kecik2 dlu. Cybercop hari selasa klau tak selap. Aku suka yang merah tu. kalau tak silap aku dia la ketua kumpulan..

kuingkuing..yang muslimat tu power jugak. Aku minat dia..

 
On February 4, 2009 at 11:25 PM , Nik Muhammad Amin said...

Aku suka yang hijau. pistol dia besar, kuar laser.

 
On February 5, 2009 at 7:33 PM , Anonymous said...

salam..

cam power rangers je rupanye.... ^_^

tahun bile cybercop nie????

 
On February 6, 2009 at 7:26 AM , Anonymous said...

haha..semua katun belah2 jepun ni nak dekat sama. faktor warna dan senjata yang lebih kurang sama..

seronokkan klau imbas kembali kisah2 silam dulu kan? ngko ingat lagi tak sirah-sirah semasa sekolah rendah duluk?

kan ada yang nurse gigi dtg sekolah soh kita gosok gigi berjamaah masa rehat? member-member kelas sebelah pon ada gosok gigi sekali. pastu pegang cawan plastik warne warni. haHahaa..

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

 
On February 17, 2009 at 7:40 AM , Anonymous said...

gaban mane weh?haha