Pengembaraan saya dan Doraemon
12:47:00 AM | Author: Nik Muhammad Amin

Semalam adalah hari yang paling menarik. Saya berjumpa dengan Doraemon. Kami sempat berborak sebentar. Dia cerita kat saya, sebenarnya dia nak pergi ke dunia ais, 800,000 tahun ke belakang. Dia ingin membuat kajian mengenai serpihan meteor yang dijumpainya di tanah besar China beberapa hari yang lepas. Katanya, serpihan meteor itu ada kaitan dengan malapetaka yang dihantar oleh kerajaan Pesuruh Angin pada zaman purbakala. Setelah membuat sedikit penelitian, hujan meteor tersebut merupakan sebab utama mengapa Negara Jepun terpisah dari tanah besar China, seperti yang terjadi sekarang. Ini menyebabkan Doraemon teringin nak malihat keadaan sebenar waktu itu. Tapi malangnya, terowong masa yang dia guna tu telah berlaku sedikit masalah. Dia termasuk dalam dimensi lain. Akhirnya, sampai kat dimesi masa yang saya tinggal sekarang. Pesawat yang dinaikinya juga mengalami sedikit kerosakan kecil di bahagian kiri sayap. Dia meminta tolong saya untuk mendpatkan 2 botol air paip untuk membaiki bahagian engine yang rosak.

Tanpa membuang masa, saya terus berlari kearah bangunan FOSEE yang terletak berhampiran bukit bagi mendapatkan bekalan air. Setelah itu, saya berkejaran balik ke kawasan pesawat tersebut terdampar. Saya serahkan dua botol air yang diisi tadi kepada Doraemon. Dia kemudiannya mengisi air tersebut kedalam tangkin pesawat tu. “Fuh, nasib baik ada orang datang. Kalau tak, teruk saya nanti di kacau oleh tikus-tikus bukit. Terima kasih ye saudara”, bebel Doraemon. Saya hanya tertawa kecil melihat pergerakan Doraemon yang sangat cute. Kemudia, Doraemon mengeluarkan beberapa alat dari poket ajaibnya baki membaiki sepenuhnya pesawat tersebut.

Hm, usai saja pesawatnya dibaiki, dia meminta diri untuk balik semula ke dimesi masanya. Katanya, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk pergi ke dunia ais, 800,000 tahun kebelakang. Sebab perjalan ke sana memakan masa 11 jam lebih.

Sebelum balik, dia ada menawarkan pertolongan untuk saya. Sebab saya dah tolong dia, so dia nak tolong saya balik. Hehe, saya tersipu-sipu malu. Saya berbisik dalam hati, “Hm, masa ni lah aku kene ambik peluang”. Akhirnya, saya meminta Doraemon untuk membawa saya ke dunia 7 tahun kebelakang. Saya nak tengok apa yang terjadi kat MMU.

Tanpa membuang masa, dia mengajak saya naik pesawat tu dan meminta saya memakai tali keselamatan. Katanya, kelajuan pesawat ni adalah 40,000 km/minit. Saya cuak. Perjalan lebih kurang 20 minit, pada pukul 7.10 pm saya akhirnya tiba di sebuah tapak pembinaan. Ixora ! wah, Ixora dalam proses pembinaan. Masa tu hamper 17 % baru siap. Doraemon cakap ni adalah taun 2003. Sya mengangguk kebingungan. Kemudian, saya meminta jasa baik doraemon untuk tunggu sebentar. Saya nak tengok keadaan kampus MMU. Disamping tu, saya minta kat dia “Pintu Kemana Sahaja”. Sebab saya bercadang untuk meninjau juga aktiviti2 lain selain hari tersebut. Dia tersenyum dan bagi alat hebat tu. Saya meminta dia menunggu saya sekejap.“Hm, takde masalah. Saya ada bilik yang boleh mengentikan masa. Awak pergi lah kemana yang awak nak pergi. Bila masuk ke dalamnya masa saya berbeza dengan masa diluar bilik. Bla..bla..”.

Saya meniggalkan Doraemon mengomel seorangan. Saya sudah tidak sabar2 lagi untuk ke dalam kampus. Bila lalu je main hall, Nampak macam meriah semacam. Ramai je orang Melayu Islam. Diorang pakai baju yang lawa-lawa. Macam ada program je. Rupa-rupanya ada konsert nasyid. Wah, sangat meriah waktu tu. Hehe, saya masuk, snap beberapa gambar.







Hehe, saya snap menggunakan kamera hp kesayangan. Saya perlu cepat, takleh lama kat sini. Sebab final exam lagi 3 minggu. banyak lagi tempat yang saya nak tengok. Saya pergi ke belakang main hall untuk gunakan Pintu Kemana Sahaja. Saya nak ke IU Dinner pada tahun yang sama, 2003. Jeng..jeng..saya sampai. Semua yang ada dalam majlis tu tengok saya. Saya buat tak tahu je, cover2 sikit.





Ok, melompat ke tahun 2005 pulak. tahun 2004 terpaksa saya skip beberapa program, sebab saya tak leh selalu kerap muncul pada setiap tahun. nanti ada orang syak. So, saya banyak tinggalkan tahun 2004 dan terus melompat ke tahun 2005 :)
banyak yang berlaku dalam tahun ni. Memang menarik. Zaman ni Akhi Poxsue yang jadi president. Saya cuba pura-pura buat sebagai stranger. Namun, abg Hamdan dah mula syak. "Asyik kitorang ada program, ada muka enta. Asyik ada muka enta, ada je program. Enta ni SB ke?", abg Hamdan membebel. Saya buat dek je. Tengoklah, beberapa gambar saya sempat snap.


Bekok X-Challenge !




Appreciation Gathering




Iftar (Berbuka Puasa)






Kuparoh (Kursus Penghayatan Rohani)






Usrah Bowling




Tamrin






Usrah Umum



Jom pi Umbai (2004)



Saya meneruskan perjalanan ke tahun 2006. tahun 2005 betul-betul meninggalkan banyak makna buat saya. Walaupun saya bukan tanzim pada waktu itu, namun, saya dapat merasai ukhuwah antara mereka. Tahun 2006 insyaAllah lagi mantap !

IU Dinner




Kuparoh (Kursus Penghayatan Rohani)





Festival Nasyid






Mukhayyam Tarbawi




IU X-Challenge 2



Gambar yang akhir sekali ni saya juga yang tangkap. Diorang ingat saya ni pemandu bot kot? Abg Hamdan tengok saya semacam. tak habis habis dengan teori, "Asyik kitorang ada program, ada muka enta. Asyik ada muka enta, ada je program." Saya buat tak tahu sekali lagi. Padahal saya Vice President IU 2009/2010, datang dari masa depan untuk mencedok segala kekuatan semangat, ketinggian tarbiyah, amal jamai'e, amal islami, dll yang diorang ada. Saya kembali ke tahun 2003 dan kami meniggalkan MMU pada jam 11.10 pm. Dalam perjalanan pulang ke time-frame 2010 iaitu zaman saya yang asal, saya sempat bertanya kepada Doraemon apakah formula untuk maju ke hadapan? Dia menjawab, "Awak harus ada pemikiran 10 tahun ke hadapan!".

Sesampainya saya di Bukit Beruang, saya terus mencapai laptop dan buku diari. Menyimpan apa yang telah saya dapat dalam buku diari. ia sangat personal. Hanya sebahagian kecil saya simpan dalam diari maya, Dimensi Minda.

p/s ~ saya makin pening dengan plot cerita saya dan doraemon. Maaf kalau ada salah silap kawan2. Dari hujung rambut, ke hujung kuku, hehe. Ini juga insyaAllah menjadi khulasah entry buat sesi akademik kali ini. Final exam dah hampir. Doakan kejayaan kita semua :)

حظا سعيدا

This entry was posted on 12:47:00 AM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Komentar:

On April 15, 2010 at 7:32 AM , bikrunnajah said...

menarik la cite doraemon ni...hehe~
awal2 cam mls nk bce, dlm hati, "apelah abg amin ni mepek kt blog die"...
bile smpai part gmba bru tau ape yg nk disampaikn...:D

 
On April 15, 2010 at 7:39 AM , Unknown said...

haha..apsal x der gmbar doraemon dlm tu??? dh lame x jumpe doraemon..hua3


p/s..nice skill..^_^

 
On April 15, 2010 at 8:35 AM , ~mIsS_p00h~ said...

Allahuakbar!~

Perlu kawal em0si tengok semua gambar yg terpublish!! Kebetulan pulak dalam kete pagi ini dok bergelombang keadilan jer~ Setiap bicara pasti punya tujuannya... kan? :)

Apa pun, akk doakan Yang Terbaik untuk adik-adik semua dlm final exm yg around corner~ (Jgn pakai pintu doraemon lagi yer! :D)

Walaupun penghujungnya mungkin cantik atau pun tidak, pasti perancanganNya Yang Tersusun itu punya hikmahNya yang tersendiri~ ;)

B.E.R.U.S.A.H.A.L.A.H!

 
On April 15, 2010 at 10:35 AM , Deen said...

pelik tetbe je doraemon nk gi mengkaji waktu zaman 800 000 juta tahun dulu...sedangkan dia adalah robot jenis pengasuh...hahaha...

tapi best2..imiginasi yg hebat...

p/s: kalu nk tau mcm mane doraemon hilang telinga,takut tikus n jadi warna biru(sbb asalnya kuning)..kena kaji..huhu

 
On April 15, 2010 at 11:47 AM , Anonymous said...

"The great successful men of the world have used their imagination…they think ahead and create their mental picture in all its details, filling in here, adding a little there, altering this a bit and that a bit, but steadily building - steadily building."

 
On April 15, 2010 at 11:56 AM , miss iszyani said...

huhu~
bila tgk gamba2 tu,esp part nasyid,tersenyum~ :)
saye berade di tempat kejadian!~ huhu

minda jd teringat juga,andai tak silap,pd thn 2001/2,IU ada organise tamrin utk kanak2 riang spt saye [pd ketika itu]
byk input yg kanak2 riang ni dpt ;)
mungkin masa akan dtg IU akn organize lg program spt itu? ;)
buat manfaat kanak2 riang yg lain pula~ ;) wee~

 
On April 15, 2010 at 12:14 PM , Sepek said...

lol, manarik weh ! aku nak jumpe jgk dgn doremon. haha!

 
On April 19, 2010 at 11:34 AM , Unknown said...

Kalau saya jumpa Doraemon, saya nak pelihara dia.. macam Nobita.

 
On April 23, 2010 at 2:55 PM , aini mardhiyah said...

Alahai doremon~

jgn lupa episod bertemu sizuka dan nobita ye (cerita masih tertangguh)

:)

 
On April 23, 2010 at 4:42 PM , Nik Muhammad Amin said...

keh3..tp si sizuka tak nak bgtau cerita tu kat publik. hanya doraemon dan Dorami je yang tahu cerita sebenar.

mcmne?

 
On April 24, 2010 at 3:52 PM , .: F@!n :. said...

mantap la.....best tgk gambr dulu2...nk jumpa doraemon gak...hehehe

 
On April 25, 2010 at 10:58 AM , Anonymous said...

IU mmg power..ak sayang IU. tak mcm kelab2 lain, bnyk benda manfaat yg aku leh terima drpd IU.

 
On May 5, 2010 at 8:23 PM , aMeL said...

hm... dari kelab2 lain pun ada sesuatu yang boleh dipelajari, yang mungkin xde dalam IU.

baik & buruk, kelebihan & kekurangan, sama-sama la kita pelajari membezakan antara keduanya.

(^^)